backup og meta

Tambah Anak Lagi Atau Sudah Cukup? Ibu, Pertimbangkan 6 Perkara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/01/2022

    Tambah Anak Lagi Atau Sudah Cukup? Ibu, Pertimbangkan 6 Perkara Ini!

    Ibu, bersediakah anda untuk mengandung lagi? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu difikirkan sebelum membuat keputusan menambah jumlah anak. 

    Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan membantu anda membuat pertimbangan dan keputusan sewajarnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    6 perkara perlu dipertimbangkan sebelum mengandung lagi

    Memutuskan untuk ingin menambah zuriat lagi atau tidak boleh menjadi perkara yang sukar kerana ia bukan sahaja melibatkan diri dan pasangan tetapi juga anak yang sudah ada dalam keluarga.

    Tidak kiralah menambah anak kedua, ketiga atau seterusnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membantu anda membuat keputusan terbaik.

    Amnya, merancang keluarga adalah perkara yang sangat peribadi. Perancangan sama ada menjadi ibu bapa buat kali pertama, kedua atau seterusnya, ia bukanlah keputusan mudah.

    Banyak perkara perlu dinilai sebelum sebarang keputusan diambil seperti usia anda dan anak sulung (jika merancang untuk anak kedua) dan keadaan kewangan.

    Baca juga:

    1. Pendapat pasangan sebelum mengandung lagi

    Anda dan pasangan perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai isu menambah zuriat ini. Mungkin anda mahukan 2 orang anak, tetapi pasangan sebaliknya.

    Sekiranya pasangan masih tidak bersedia, apa kata beri mereka sedikit masa. 

    2. Fikirkan aspek kewangan sebelum menambah jumlah anak

    Menjadi kewajipan untuk setiap ibu bapa memberikan kehidupan yang stabil dan selamat kepada anak-anak. 

    Jika keadaan kewangan semasa tidak mengizinkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, tahan keinginan anda buat sementara.

    Kos untuk membesarkan anak semakin meningkat saban tahun.

    Anda perlu menilai kos dan sekiranya mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa dengan pertambahan anak lain, teruskanlah perancangan tersebut.

    3. Bersediakah anak untuk mendapat adik baharu?

    Sekiranya si sulung masih terlalu kecil serta memerlukan perhatian dan bantuan sepanjang masa, keadaan tersebut pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran untuk anda menguruskan anak yang lain.

    Umumnya, jurang ideal antara dua orang anak adalah 3 tahun, tetapi dalam beberapa kes, walaupun jaraknya 7 tahun, ia masih tidak mencukupi. 

    Anak mungkin berasa teruja untuk mengetahui mereka bakal mempunyai adik atau rasa dikhianati. Jadi amat penting untuk memastikan anak sulung anda bersedia dengan kehadiran adiknya. 

    jumlah anak

    4. Besarkah rumah jika anda ingin menambah jumlah anak?

    Menambah bilangan ahli keluarga bermakna anda perlu menyediakan ruang untuk mereka juga.

    Perhatikan jika keadaan rumah memerlukan sebarang perubahan atau perlu berpindah. 

    Sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyediakan ruang buat anak baharu, teruskan perancangan anak. 

    5. Bersedia untuk melakukan perubahan dalam gaya hidup

    Sekiranya anda dan pasangan bekerja, mungkin sukar untuk menjaga bayi baru lahir kerana mereka memerlukan lebih perhatian dan penjagaan. 

    Berbincanglah sama ada kalian berdua bersedia berkongsi tanggungjawab dan melakukan perubahan dalam gaya kehidupan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak anda nanti.

    6. Mengandung lagi? Layanan tidak akan sama seperti kali pertama

    Semasa hamil anak pertama, dunia seperti meraikan anda. Namun keadaan akan menjadi berbeza pada kehamilan kedua.

    Bahkan, ada kalanya anda sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang mengandung.

    jumlah anak

    Jangkakan perubahan ini

    Untuk menambah jumlah anak dan menjaga lebih daripada seorang anak dalam 1 masa menimbulkan rasa yang bercampur baur. 

    Membuat perancangan awal sebelum bayi dilahirkan adalah pertaruhan terbaik yang boleh dilakukan, walaupun keadaan mungkin menjadi agak mencabar.

    Anda akan menjadi lebih sibuk dan jadual harian akan menjadi lebih padat.

    Di samping itu, anda juga akan mudah letih, walaupun sebelum bayi dilahirkan kerana menjaga anak semasa sedang hamil memerlukan banyak tenaga serta kesabaran yang tinggi.

    Selepas bersalin pula, jangkakan untuk berdepan 6-8 minggu pertama yang penuh cabaran. 

    Anda akan bergelut untuk memastikan si kecil dapat mengikut jadual penyusuan dan tidur yang mencukupi serta dalam masa yang sama memenuhi keperluan anak lebih tua.

    Kelebihannya di sini adalah kehadiran anak kedua akan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan, pengetahuan dan pengalaman diri.

    Tambah jumlah anak atau tidak?

    Terdapat perkara asas perlu ditanya dan difikirkan setiap pasangan sebelum merancang menambah bilangan ahli keluarga.

    jumlah anak

    Tanyakan kepada diri mengapa anda mahukan bayi lagi?

    Adakah kerana anda mahukan anak pertama mempunyai adik-beradik? Apakah anda mengalami tekanan untuk mempunyai bayi kecil kembali? Mungkinkah anda risau bahawa ini peluang terakhir sebelum terlalu tua?

    Apabila tiba masanya, fikirkan sebaiknya mengapa anda mahu atau tidak mahukan bayi lagi.

    Ada perkara baik tentang mempunyai bayi yang perlu anda ingati, begitu juga dengan kesan pemulihan selepas bersalin, keletihan dan tekanan menjaga bayi.

    Bayi adalah perkara hebat yang boleh berlaku dalam kehidupan, tetapi bersediakah anda untuk berdepan pelbagai cabaran sebelum, semasa dan selepas kehamilan?

    Tiada jawapan betul atau salah dalam hal ini. Segalanya bergantung kepada diri dan juga pasangan untuk menentukan keputusan yang terbaik buat keluarga kalian. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan