backup og meta

Alololo... Si Kakak Cemburu Bila Lahir Adik Baru, Apa Ibu Bapa Perlu Buat?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2021

    Alololo... Si Kakak Cemburu Bila Lahir Adik Baru, Apa Ibu Bapa Perlu Buat?

    Hubungan antara adik beradik perlulah dijaga dengan baik agar tidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

    Situasi ini sering kali akan terjadi apabila seorang anak mula terima kehadiran adik baru yang dirasakan hanya mengganggu.

    Buat ibu bapa, jangan pula sangka perasaan si abang atau kakak ini adalah tidak normal kerana ia adalah lumrah kehidupan biasa.

    Persoalannya, apa yang ibu bapa perlu buat? Jom ikuti artikel ini!

    Hubungan antara adik beradik yang rumit…

    Sebenarnya, hubungan antara adik beradik ini adalah satu ikatan yang suci lagi murni meskipun kadangkala berlaku ketidaksefahaman.

    Ini lebih-lebih lagi jika mereka masih di usia muda dan masih belum mengerti akan kepentingan hubungan yang rumit ini.

    Pada mulanya, anak yang sulung pasti akan berasa bahawa hanya dirinya satu-satunya putera atau puteri ibu bapa mereka.

    Namun dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kecil itu, maka akan tercetuslah perasaan cemburu di dalam hati.

    Ia tentu sahaja didalangi oleh rasa tidak puas hati ekoran perhatian mungkin akan lebih ditumpukan kepada adik mereka.

    adik beradik

    Ya, ia adalah normal namun perlu diuruskan dengan baik oleh ibu bapa! Bagaimana?

    Apa ibu bapa perlu buat mengenainya?

    Kunci untuk menjaga hubungan antara adik beradik dalam kalangan anak-anak adalah terletak pada ibu bapa mereka sendiri.

    Perasaan tidak puas hati itu mungkin tidak boleh dielak namun boleh diurus dengan baik oleh ibu bapa. Ini caranya:

    #1. Jangan marah jika anak cemburu

    Pertama sekali, ibu bapa tidak sepatutnya marah kepada si anak yang sedang rasa cemburu terhadap anak yang lain.

    Ia adalah satu perasaan yang normal dan boleh ditangani dengan cara menerima perasaan itu dengan hati terbuka.

    Katakan kepada yang sulung bahawa mereka juga adalah permata dalam kehidupan anda dan tidak akan terganti dengan lain.

    #2. Elakkan membandingkan anak-anak

    Si adik mungkin cenderung lebih comel, cerdas atau cergas berbeza dengan abangnya kerana tidak semua anak berkebolehan yang sama.

    Oleh itu, jangan sesekali mengatakan bahawa seorang anak lebih bagus berbanding yang lain kerana inilah punca rasa cemburu hadir.

    Sebaliknya, pintalah untuk mereka membandingkan segala pencapaian dengan diri mereka sendiri yang terdahulu dan lihatlah perubahannya.

    adik beradik

    #3. Bahagikan tanggungjawab seratanya

    Jika ini berlaku, jangan pula anda hanya menghukum yang sulung hanya kerana pada dasarnya memang mereka bersalah.
    Usah wujudkan situasi ‘siapa yang mula dulu’ sebaliknya nasihat kedua-duanya agar tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

    #4. Gelarkan anak dengan cara yang betul

    Dalam kalangan masyarakat kita, gelaran seperti Along, Angah, Achik dan seterusnya adalah gelaran yang sangat bagus.

    Ia tidak akan mewujudkan rasa tidak puas hati berbeza jika kita menggelarkan si adik dengan nama yang akan mendatangkan rasa cemburu.

    Elakkan memanggil yang kecil dengan nama seperti ‘Cantik’, ‘Comel’ dan lain-lain, yang hanya akan membuat si sulung kecil hati.

    Walau bagaimanapun, panggilan manja merupakan sesuatu yang opsyenal. Penerimaannya mungkin berbeza dari satu individu ke individu yang lain.

    #5. Luangkan masa anda dengan baik

    Akhir sekali, ibu bapa tidak harus hanya meluangkan masa untuk bermain atau berbicara dengan seorang anak itu sahaja.

    Sebaliknya, luangkan masa dengan kesemua mereka untuk mengelakkan rasa cemburu gara-gara terabai dan menyepi.

    Apa kata kalian sekalikan kesemua anak di dalam setiap aktiviti yang dilakukan untuk mewujudkan suasana hubungan antara adik beradik yang aman lagi harmoni.

    adik beradik

    Konklusinya, ibu bapa akan memegang kunci utama kepada kesejahteraan hubungan di antara anak-anak.

    Kuasailah ilmu keibubapaan dengan baik agar kehidupan kekeluargaan anda senantiasa aman, sihat dan sejahtera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan