Sekejap Sedih, Sekejap Gembira – Kenapa Ibu Hamil Selalu Alami Mood Swings?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Jika pasangan anda sedang melalui proses kehamilan, pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana pada satu ketika pasangan anda berasa gembira dan secara tiba-tiba emosinya berubah secara mendadak bertukar sedih atau marah? Jika pernah, mengapakah mood swings ini sering berlaku kepada ibu sedang mengandung? Ikuti perkongsian artikel berikut untuk mengetahui puncanya dan tip mengendalikan keadaan ini. 

Mengalami perubahan emosi seperti roller coaster atau mood swings adalah satu keadaan yang biasa berlaku bagi ibu yang sedang hamil. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan tahap hormon yang sedang memuncak apabila jumlah estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan ini boleh menjejaskan emosi dan membuatkan mereka lebih mudah tersentuh. 

Namun, bagaimana perubahan hormon menyebabkan perubahan emosi seorang individu? Tahap progesteron yang rendah dirujuk sebagai keadaan ‘dominasi estrogen’. Walaupun pada dasarnya, tahap estrogen adalah normal, tetapi ia dikatakan masih tinggi berbanding tahap progesteron yang rendah. 

Keadaan ini sekali gus menyebabkan perubahan emosi, kesakitan pada bahagian payudara, migrain, pengekalan air, peningkatan berat badan, pengeluaran darah haid yang tidak menentu dan pelbagai masalah lain lagi. 

Ketika sedang mengandung pula, kedua-dua hormon ini, sama ada estrogen atau progesteron akan meningkat secara dramatik. Akibat daripada dominasi peningkatan hormon estrogen, badan dikatakan tidak dapat menampung permintaan bagi hormon progesteron. Dalam kes yang serius, keadaan ini boleh mengakibatkan keguguran. 

Dalam masa yang sama, ketidakstabilan emosi ini mungkin juga disebabkan oleh proses kehamilan yang sedang isteri anda alami yang melibatkan pelbagai perubahan pada tubuhnya dan juga emosi. Contoh situasi yang sering berlaku adalah isteri anda mungkin gembira untuk menimang zuriat lambang kasih sayang anda berdua, tetapi kemudian mungkin akan terlintas di fikiran pasangan anda, mampukah dia menjadi ibu yang terbaik dan bersediakah anda berdua dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa?

Berikut adalah beberapa kebimbangan dan keadaan kesihatan biasa yang mendasari perubahan emosi ibu sedang mengandung:

  • Isu kewangan selepas kehadiran bayi
  • Perubahan bentuk badan
  • Kesihatan bayi
  • Penjagaan bayi 
  • Gementar dan takut memikirkan proses kelahiran
  • Mengalami masalah pedih ulu hati
  • Keletihan dan kelesuan
  • Berdepan dengan mabuk hamil atau morning sickness yang teruk

Keadaan dan situasi yang dinyatakan di atas merupakan contoh keadaan yang boleh membuatkan emosi anda terganggu. Jadi, adakah terdapat cara yang boleh membantu untuk mengendalikan perubahan emosi ini? 

Mengendalikan mood swings ibu sedang mengandung

Jangan risau, setiap masalah yang berlaku pastinya mempunyai jalan penyelesaian. Selain memastikan ibu mengandung mendapatkan rehat yang mencukupi terutamanya jika mengalami tekanan dan berasa sangat letih, anda juga harus mengingatkan pasangan anda untuk meminta bantuan ataupun pertolongan daripada anda mahupun ahli keluarga untuk membantunya melakukan sesuatu perkara yang sukar.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu mengendalikan perubahan emosi yang berlaku:

Me time

Pada ketika isteri anda berasa tertekan, sarankan kepadanya untuk mengajak rakan-rakannya untuk berjumpa. Cadangkan kepada pasangan anda untuk mereka pergi menonton filem yang menarik atau hanya duduk di taman mahupun restoran dan berbual kosong. 

Dalam erti kata lain, lakukan apa sahaja yang boleh membantu dan membuatkan pasangan anda melupakan sebentar tekanan atau sebarang kesan daripada proses kehamilan yang sedang dilaluinya.

Fahami proses kehamilan

Mempunyai pasangan yang sedang bergelar ibu mengandung, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah untuk memahami tentang keadaan atau situasi semasa yang sebenar dengan memperbanyakan bacaan mengenai kehamilan, proses kelahiran bayi dan peranan keibubapaan. 

Tip ini pasti dapat membantu anda untuk lebih memahami apa yang sedang dialami oleh ibu mengandung. Bahkan, pada pandangan isteri anda, pastinya anda tampak seperti anda mengambil berat tentang kehamilan yang dilaluinya. 

Luangkan masa bersama

Adalah satu perkara yang normal untuk ibu mengandung mengalami keletihan dan kelesuan sepanjang tempoh kehamilan. Luangkan masa bersama dengan pasangan anda dengan mengajak mereka untuk melakukan aktiviti riadah mengikut kesesuaian situasi mereka.

Bersenam atau sebarang aktiviti fizikal pastinya dapat mengembalikan kecergasan dan keceriaan dalam diri pasangan anda. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama, antara aktiviti riadah yang paling mudah untuk dilakukan adalah berjalan-jalan di sekitar taman rekreasi. 

Kenapa Ibu Mengandung Alami Mood Swings - roller coaster

Pemakanan seimbang

Sememangnya seorang ibu yang sedang dalam proses kehamilan cenderung mempunyai selera atau keinginan makan yang membuak-buak. Namun, ia bukan bermakna mereka boleh mengambil apa sahaja makanan tanpa mempedulikan mengenai khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam pemakanan yang diambil.

Jadi, sebagai pasangan yang prihatin, elakkan isteri anda daripada mengambil makanan yang merapu dan tidak mengandungi khasiat, kerana secara tidak langsung ia turut akan mempengaruhi perubahan emosi mereka. Dalam masa yang sama, anda juga harus menghindari daripada memakan makanan sebegini di hadapan mereka. Jika mereka teringin, sudah pasti anda tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka, bukan?

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya pada lewat tengah malam, pasangan anda secara tiba-tiba mengidamkan sesuatu yang pelik-pelik dan mungkin sukar untuk anda dapatkan? Satu tip yang mungkin boleh membantu mengelakkan isteri anda yang sedang hamil daripada mengalami mood swings adalah dengan menunjukkan bahawa anda berusaha untuk mencari makanan yang diidamkan. Walaupun pada akhirnya anda mungkin balik dengan tangan kosong, percayalah ia sudah cukup untuk menggembirakan hati isteri anda. 

Tempoh sementara

Perubahan emosi atau mood swings seperti roller coaster yang dialami oleh ibu mengandung ini bukanlah berlaku sepanjang masa. Kalau mungkin ada dalam kalangan ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan, tanamkan dalam kotak ingatan anda bahawa apa yang berlaku hanyalah untuk tempoh 9 bulan dan isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda berdua. Perbanyakkan bersabar dan elakkan daripada terasa hati jika timbul sebarang perbuatan, kata-kata atau permintaan yang diluar kotak pemikiran anda seperti isteri anda mengadu mengenai bau badan anda yang padanya adalah memualkan.

Penjagaan diri

Dalam anda sibuk menjaga isteri anda yang sedang sarat mengandung, pastikan dalam masa yang sama anda turut menjaga aspek kesihatan anda. Jika anda tidak sihat, pastinya ia akan memburukkan lagi keadaan.  

Fasa kehamilan bukanlah satu fasa yang mudah untuk dilalui oleh pasangan anda. Mengalami mood swings mungkin sesuatu yang menjengkelkan. Tetapi, sebaiknya cuba untuk bertolak ansur pada setiap keadaan dan situasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

    Perkara yang paling merisaukan bakal ibu adalah mengenai koyakan faraj ketika melahirkan anak. Ada ke cara untuk mengurangkan risikonya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit perut bawah

    Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
    tanda kontraksi

    Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena ‘Prepare’ Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
    asid folik

    Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan
    tabiat membaca

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan