Dehidrasi Semasa Hamil: Simptom dan Langkah Mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dehidrasi adalah kesan daripada badan anda yang kehilangan air lebih cepat berbanding anda mengambilnya. Ia adalah isu yang agak berat terhadap kesihatan anda. Tetapi bagi seorang ibu yang hamil, sangat penting untuk anda kekal berhidrasi. Ini kerana mereka memerlukan air yang lebih berbanding individu lain kerana air memainkan peranan yang penting untuk perkembangan bayi.

Petanda dehidrasi semasa kehamilan

Apabila ibu hamil mengalami dehidrasi, badan mereka akan mula menunjukkan beberapa tanda yang spesifik, antaranya adalah ibu mengalami suhu badan terlalu panas. Ini adalah petanda dehidrasi yang paling nyata. Anda boleh memastikannya dengan melihat kepada warna air kencing anda. Jika ia berwarna kekuningan, anda mungkin mengalami dehidrasi dan jika ia berwarna jernih, anda tidak perlu terlalu risau.

Dehidrasi juga akan mendatangkan simptom-simptom seperti berikut:

  • Mulut kering
  • Kerap mengantuk
  • Berasa haus
  • Kurang pergi ke tandas untuk membuang air kecil
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Pening

Jika anda mengalami simptom-simptom ini, minum air dan rehat dengan secukupnya. Anda juga perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat dan rawatan. Dehidrasi yang tidak berapa teruk selalunya boleh dirawat dengan hanya mengambil air secukupnya. Tetapi dehidrasi yang teruk pula, terutamanya semasa hamil memerlukan rawatan perubatan secepatnya.

Simptom dehidrasi yang teruk termasuklah:

  • Berasa sangat haus
  • Mulut dan kulit mengalami kekeringan yang teruk
  • Berasa runsing dan cepat marah
  • Air kencing jadi sedikit atau tiada langsung
  • Air kencing menjadi keruh
  • Mata kelihatan tenggelam
  • Degupan jantung dan pernafasan menjadi laju
  • Tekanan darah menjadi rendah

Anda juga perlu memerhatikan perubahan pada kulit anda. Anda mungkin mengalami dehidrasi sekiranya kulit anda menjadi kering, kurang elastik atau jika dicubit ia lambat kembali ke keadaan asal. Jika anda mengalaminya, segera berjumpa doktor.

Bagaimana mengatasi dehidrasi semasa hamil?

Sebenarnya, dehidrasi tidak terlalu sukar untuk diatasi. Kuncinya adalah untuk minum air setiap hari secukupnya. Cuba minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari. Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air di antara waktu makan. Ini kerana makan bersulam air akan mendatangkan masalah kepada penghadaman.

Jika ‘morning sickness’ anda mengakibat anda mengalami muntah-muntah, cuba minum air secukupnya apabila anda mula berasa mual. Sekiranya ini berlarutan dan cubaan untuk minum air juga tidak berkesan, berhubunglah dengan doktor anda.

Jauhi kafein kerana ia hanya akan meningkatkan keperluan anda pergi ke tandas untuk membuang air kecil. Air putih adalah yang paling terbaik. Namun begitu, susu, jus buah-buahan dan sup juga memadai untuk mendapatkan amaun air yang secukupnya.

Anda juga perlu berhati-hati dengan aktiviti yang akan mengakibatkan peningkatan suhu badan seperti senaman berat. Aktiviti luar yang mendedahkan anda kepada haba atau kesesakan juga perlu dielakkan.

Sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi. Namun ia lebih membahayakan buat ibu hamil. Cara paling terbaik untuk mengatasinya adalah mengambil berat hal hidrasi dan pengambilan air anda. Biasakan diri membawa botol air berisi air putih ke mana-mana sahaja anda pergi dan lihat sendiri amaun air yang anda minum. Selagi anda minum air dalam kuantiti yang secukupnya setiap hari, badan anda dan bayi dalam kandungan juga pasti akan dapat manfaatnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Badan anda dipenuhi kesan gigitan pepijat? Bagaimana hendak atasi? Pertama sekali, periksa katil anda sama ada ada pepijat atau telur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 29/09/2020 . 4 minit bacaan

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Alahan makanan dan minuman tertentu boleh membawa maut. Namun ada kajian terbaharu yang kata bakteria dalam perut boleh jadi jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    zakar tidak tegang

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat batuk

    Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan