backup og meta

Awas! Bahaya Jika Berat Naik Banyak semasa Hamil

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 13/09/2019

    Awas! Bahaya Jika Berat Naik Banyak semasa Hamil

    Ramai orang percaya bahawa berat naik semasa hamil adalah perkara semula jadi yang berlaku jika mengandung. Anda perlu mendapat nutrisi yang cukup untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Akan tetapi, jika anda gagal untuk mengawal berat badan anda dalam tempoh kehamilan, ia boleh meningkatkan risiko mendapat masalah kesihatan, bukan sahaja kepada anda, bahkan juga kepada bayi anda.

    Ketahuilah bahawa naik berat badan semasa hamil adalah sesuatu yang normal. Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan pelbagai masalah:

    Diabetes

    Bagi wanita hamil yang menghidap diabetes, adalah mudah untuk mereka mengalami kenaikan tahap gula darah semasa hamil. Selepas kelahiran, anak daripada ibu yang mendapat diabetes semasa hamil adalah cenderung mengalami terlebih berat badan pada usia tiga tahun. Kanak-kanak ini juga boleh mendapat keadaan kesihatan lain seperti kulit kuning, masalah pernafasan dan gula darah rendah.

    Pemakanan

    Doktor atau pakar nutrisi anda boleh membantu mengajar anda tentang bagaimana untuk memastikan glukosa darah anda berada dalam lingkungan yang sihat. Mereka juga akan memaklumkan anda tentang cara membahagikan posyen hidangan ideal dan menyusun masa hidangan yang ideal untuk anda.

    Kita sedia maklum bahawa sayur-sayuran, buah-buahan, roti gandum-penuh, kraker gandum-penuh, dan bijirin adalah sumber serat semula jadi, yang mengandungi nutrien baik untuk tubuh anda. Peningkatan serat sebanyak 10 gram bagi setiap hidangan harian boleh mengurangkan risiko diabetes gestasi sebanyak 26 peratus.

    Aktiviti

    Melakukan senaman yang kerap boleh menyumbang kepada memastikan tahap glukosa anda dalam lingkungan yang sihat. Berjalan dan berenang adalah contoh senaman yang baik. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh terlalu kuat bersenam, dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang berapa banyak dan berapa kerap anda dibenarkan untuk bersenam. Ini juga bergantung kepada keseluruhan keadaan kesihatan anda.

    Pengambilan ubat

    Jika gula darah anda kekal pada tahap yang tinggi, doktor akan berikan anda preskripsi untuk mengambil ubat dalam lingkungan yang sihat dan melindungi bayi anda.

    Hipertensi (Tekanan darah tinggi)

    Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh menggandakan risiko strok, serangan jantung, kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang. Ini boleh terjadi disebabkan oleh obesiti, minum terlalu banyak alkohol, merokok atau sejarah keluarga.

    Rawatan hipertensi melibatkan perubahan gaya hidup dan kemungkinan terapi ubat.

    Perubahan gaya hidup

    • Mendapatkan gaya hidup yang sihat adalah langkah penting dalam mencegah dan merawat tekanan darah tinggi.
    • Melakukan senaman aerobik yang kerap boleh menyumbang kepada kehilangan berat badan, terutama jika anda terlebih berat badan atau obes.
    • Berhenti merokok atau mengehadkan pengambilan alkohol.
    • Mengambil diet sihat (makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan produk tenusu rendah-lemak, kurang tepu, lemak total dan sodium).

    Terapi ubat 

    Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi seandainya anda mendapat hipertensi yang serius, seperti:

    • Sekatan-beta
    • Sekatan saluran kalsium
    • Sekatan-Alpha
    • Agonis-Alpha
    • Perencat renin
    • Gabungan ubat lain

    Naik terlalu banyak berat badan semasa hamil adalah berbahaya kepada ibu dan bayi. Lagi pula, anda sukar untuk mendapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin. Sentiasalah bertanya kepada doktor anda untuk nasihat kenaikan berat badan bagi memastikan anda kekal sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan