backup og meta

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Perkara yang paling merisaukan bakal ibu adalah mengenai koyakan faraj ketika melahirkan anak. Ada ke cara untuk mengurangkan risikonya?

Koyakan faraj saat melahirkan anak

Koyakan faraj yang berlaku semasa bersalin terjadi kepada lebih 90% wanita. 

Bahkan, situasi faraj terkoyak yang kecil adalah sangat umum untuk terjadi dengan anggaran hampir 99%. 

Luka itu juga dapat sembuh dengan cepat sehingga ia nampak seperti keadaan normal dalam proses kelahiran

Pun begitu, mendengar istilah Miss V terkoyak semasa melahirkan anak sudah tentu sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa takut. 

Ia secara tidak langsung akan mewujudkan keinginan untuk menghindarinya dengan apa jua cara, kan?

Sesungguhnya agak mustahil untuk mengelakkan koyakan faraj semasa bersalin.  Tetapi ada cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan trauma yang teruk kesan Miss V terkoyak.

Mengapa koyakan faraj terjadi?

Ketika tahap kedua proses melahirkan anak, kepala bayi akan turun ke saluran kelahiran dan bergerak masuk ke perineum.

Pada saat ini, kulit perineum (bahagian antara faraj dan dubur) perlu menipis dan meregang pada kepala bayi. 

Apabila kepala si manja mula keluar, bukaan labia dan faraj akan mula membonjol dan meregang. Jika kulit dan perineum belum cukup meregang, maka wujudlah risiko untuk faraj terkoyak. 

melahirkan anak

Terdapat juga beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko untuk kecenderungan berlakunya koyakan pada Miss V, seperti:

Walau bagaimanapun, sangat jarang untuk wanita menyedari faraj mereka terkoyak. Ini disebabkan oleh intensiti dan tekanan yang berlaku semasa tahap bersalin yang dilalui. 

Selalunya selepas proses melahirkan anak, mereka akan dimaklumkan mengenai koyakan faraj yang terjadi dan ia akan mengundang rasa terkejut kerana mereka tidak merasakannya.

Mengenali tahap koyakan pada faraj

Secara umum, koyakan pada faraj atau luka perineum boleh dikelaskan kepada 4 jenis.

Koyakan yang paling biasa adalah tahap pertama dan kedua. 

Faraj terkoyak tahap 1 biasanya berlaku apabila kulit mengalami koyakan tetapi dianggap kecil dan tidak akan dijahit atau hanya memerlukan beberapa jahitan sahaja. 

Bagi koyakan tahap 2 pula akan melibatkan kulit dan otot pada sekitar faraj dan memerlukan beberapa jahitan. 

Koyakan faraj yang lebih teruk jarang berlaku dan dianggarkan sekitar 1% kelahiran sahaja. Biasanya ia terjadi kesan daripada episiotomi. 

episiotomi

Episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepat, mengelak ataupun mengurangkan risiko faraj terkoyak secara berlebihan.

Luka pada tahap 3 melibatkan koyakan pada kulit faraj, kulit perineum dan otot meliputi sehingga kes sfingter dubur (otot sekitar dubur).

Manakala keadaan Miss V terkoyak pada tahap 4 adalah sama dengan luka koyakan tahap 3, kecuali ia lebih meluas dan merangkumi sfingter dubur dan otot di sekelilingnya.

Kedua-duanya boleh menjejaskan fungsi dasar pelvis dan otot dubur. 

Boleh ke untuk tahu tahap koyakan pada faraj yang mungkin akan dialami? 

Sebenarnya, ia sukar untuk diramalkan jenis tahap koyakan pada faraj yang akan berlaku. Tetapi ada perkara yang boleh membantu mengurangkan risiko. Nak tahu?

Tip kurangkan risiko koyakan

Berikut adalah cadangan untuk mengurangkan kemungkinan faraj terkoyak semasa melahirkan anak:

  • Urutan perineum
  • Kedudukan/posisi semasa bersalin
  • Menggunakan kompres hangat pada perineum anda semasa bersalin
  • Mempunyai proses kelahiran terkawal dan perlahan melibatkan kepala bayi

Tapi apa itu urutan perineum?

Urutan perineum untuk ibu mengandung

Bermula daripada minggu ke-35 kehamilan dan ke atas, anda atau pasangan boleh melakukan urutan perineum sehingga bayi dilahirkan untuk mengurangkan risiko koyakan faraj. 

Urutan ini sangat bermanfaat bagi ibu yang baru pertama kali mengandung dan bersalin. Anda boleh memilih bantuan pasangan dalam hal ini.

Petua melakukan urutan perineum

#1 Mandian air suam

Mandi dan berendam dalam air suam sebelum memulakan urutan dapat membantu melonggarkan otot sekitar perineum.

#2Kuku pendek

Tisu sekitar faraj dan perineum anda sangat nipis. Pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan calar atau luka pada kulit mahupun rasa tidak selesa pada kawasan ini.

#3 Kedudukan selesa

Anda perlu berada dalam keadaan tenang semasa urutan dilakukan, jadi penting untuk mendapatkan kedudukan yang menyelesakan.

Tempat yang terbaik untuk melakukan urutan adalah di tempat tidur. Jangan lupa untuk tambahkan bantal sebagai sokongan tambahan pada punggung dan lutut. 

#4 Pelincir

Gunakan pelincir seperti minyak vitamin E, minyak badam atau minyak zaitun.

faraj terkoyak
sumber @ https://www.rcog.org.uk/

#5 Ibu jari

Letakkan ibu jari seperti dalam kedudukan gambar di atas selama 1 minit. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menekan ke bawah dubur serta ke sisi dinding faraj dan biarkan selama seminit. 

Anda akan berasa sensasi regangan. Pastikan anda menarik nafas dalam-dalam. 

#6 Urutan lembut

Urut perlahan-lahan bahagian bawah faraj menggunakan gerakan berbentuk U selama 2-3 minit. Ulangi urutan 2-3 kali.

#7 Ulangi setiap hari atau apabila boleh

Mungkin memerlukan beberapa minggu urutan harian sebelum anda melihat keanjalan di kawasan perineum.

Berbincang dengan pakar

Sekiranya anda bimbang tentang koyakan faraj atau ada pertanyaan, berbincanglah dengan doktor pakar sakit puan untuk lebih kepastian.

Mereka akan dapat membantu memberikan kefahaman mengenai faktor risiko yang berkaitan proses melahirkan anak serta apa yang mereka dan anda boleh lakukan untuk mencegahnya.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Sept 27, 2020 from

https://www.royalberkshire.nhs.uk/patient-information-leaflets/Maternity/Preventing%20perineal%20tears_apr19.pdf

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/expert-answers/preventing-vaginal-tearing-during-childbirth/faq-20416226

https://www.rcog.org.uk/en/patients/tears/reducing-risk/

https://www.bellybelly.com.au/birth/tearing-during-birth/

https://www.kidspot.com.au/birth/labour/preparing-for-labour/6-ways-to-reduce-perineal-tearing-during-birth/news-story/6fb5c28c8f990d3ca3b818e9ba1a47af 

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Segan Nak Tayang 'Bawah' Depan Nurse? Perlu Ke Ibu Hamil Cukur Bulu Faraj Sebelum Bersalin?

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan