Pembedahan C-section atau dipanggil secara ringkas sebagai pembedahan C-sec adalah satu kaedah yang biasa digunakan untuk kelahiran yang berisiko jika tidak boleh bersalin secara normal. Anda pasti ingin sembuh dengan cepat setelah melalui prosedur C-sec. Berikut tip untuk rawat luka pembedahan Czer.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Rawat luka pembedahan Czer
Kami ada beberapa tip atau saranan mudah bagi ibu-ibu yang ingin sembuh dengan pantas setelah prosedur C-sec.
#1. Dapatkan rehat yang mencukupi sehingga tempoh luka pembedahan sembuh
Seperti mana prosedur-prosedur pembedahan yang lain, tubuh anda memerlukan masa untuk sembuh.
Anda mungkin hanya perlu berada selama beberapa hari di hospital setelah pembedahan C-sec dilakukan, tetapi anda perlu memberikan lebih banyak masa kepada tubuh untuk berehat di rumah, iaitu sekitar 6 minggu.
#2. Jaga tubuh anda dengan baik, cara rawat luka pembedahan czer
Walaupun anda sedang berehat di rumah, ini tidak bermakna bahawa anda boleh melakukan banyak perkara lain. Jangan memaksa diri untuk melakukan tugas-tugas harian yang boleh memenatkan tubuh.
Elakkan daripada turun naik tangga berkali-kali dalam sehari. Cuba untuk pastikan barang-barang keperluan seperti makanan dan pakaian berada berhampiran agar anda tidak perlu berjalan jauh.
Anda juga tidak disarankan untuk tidak mengangkat barang-barang yang berat melebihi berat bayi anda.
Dapatkan kepastian daripada doktor berkenaan waktu yang sesuai untuk anda kembali:
- bersenam
- bekerja
- memandu kereta, atau
- melakukan perkara-perkara yang memerlukan lebih banyak pergerakan
#3. Petua sembuhkan luka pembedahan dengan berjalan sedikit
Berjalan seperti biasa setiap hari boleh membantu anda kekal cergas selain mengekalkan kesihatan mental.
Selain itu, berjalan perlahan juga boleh membantu mengurangkan risiko darah beku dan masalah berkaitan jantung serta salur darah yang lain.
#4. Makan makanan bernutrisi tinggi bantu rawat luka pembedahan
Pemakanan bernutrisi bukan sahaja penting semasa hamil, malah ia turut wajib diamalkan setelah anda melahirkan bayi.
Oleh itu, pemakanan bernutrisi akan menjadikan bayi lebih sihat selain memberikan tenaga kepada tubuh sendiri.
Kajian menyatakan bahawa dengan memakan sayur-sayuran ketika menyusukan anak, memberikan rasa pada susu badan yang kemudiannya meningkatkan keseronokan anak untuk memakan sayur tersebut ketika mereka membesar.
Pengambilan air yang mencukupi juga membantu meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan selain mengelakkan daripada berlakunya sembelit.
#5. Elakkan sembelit
Gabungan antara pertukaran hormon, otot perut yang lemah dan kerap berbaring akan menyebabkan anda lebih mudah mendapat sembelit.
Sembelit yang teruk boleh menjadi sangat menyakitkan dan teran dengan cara yang kuat akan mencederakan parut pembedahan C-sec.
Oleh itu, anda perlu minum banyak air dan mengambil jenis makanan yang kaya serat untuk mengelakkan sembelit daripada terjadi. Bertanya kepada doktor jika anda sesuai untuk mengambil pelembut najis.
Kesimpulan
Anda tidak perlu membandingkan antara bersalin normal dan C-sec memandangkan kedua-duanya bertujuan untuk mengurangkan risiko kelahiran yang tidak selamat.
Apa yang paling penting adalah, bayi dapat dilahirkan dengan selamat dan ibu masih dapat melalui proses kelahiran dengan baik.
Jangan gadaikan nasib diri dengan berkeras untuk melahirkan anak secara normal jika anda lebih sesuai melalui C-sec untuk proses kelahiran yang selamat.
[embed-health-tool-due-date]