Rahim pecah adalah satu keadaan yang mana dinding rahim koyak. Ia selalu berlaku pada pesakit yang mempunyai kecacatan pada lantai pelvis atau mereka yang menjalani pembedahan Caesarean.
Dinding yang pecah itu boleh membabitkan hanya sebahagian atau keseluruhan dinding rahim. Rahim pecah ini boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk kepada ibu dan bayi berbanding rahim pecah yang berlaku selepas pembedahan Caesarean.
Walaupun kebanyakan rahim pecah berlaku semasa bersalin, secara relatifnya, jarang sekali ia berlaku sekiranya anda tidak pernah mengalami pembedahan Caesarean.
Kondisi ini berlaku dalam setiap 1/5700 ke 1/20,000 kehamilan. Ia lebih kerap berlaku di negara yang kurang maju, mungkin kerana kadar bersalin lebih tinggi, tempoh bersalin lebih lama, dan kadar wanita yang mempunyai pelvis yang kecil lebih banyak di kawasan ini.
Tambahan lagi, di negara yang kurang maju, perkhidmatan kecemasan obstetrik kurang dapat diakses dan ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi yang berada dalam kandungan.
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan sila dapatkannya di sini.
Ketahui simptom-simptomnya
Apakah simptom-simptom rahim pecah ?
Simptom ini selalunya akan terpamer pada si ibu. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang berterusan pada abdomen dan pendarahan dalaman terutamanya sewaktu bersalin.
Kesakitan itu mungkin bukan pada tempat rahim itu terkoyak, tapi berada di kawasan tubuh badan yang lain.
Simptom-simptom lain termasuklah:
- Takikardia (jantung berdegup laju)
- Hipotensi yang sederhana hingga teruk
- Kadar kecutan rahim berkurang
- Nyeri rahim
- Terasa berat/tekanan pada pelvis yang:
- Bertambah teruk dengan berdiri dan mengangkat kaki
- Bertambah teruk pada penghujung hari
- Berkurang apabila baring
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus menghubungi doktor sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:
- Kesakitan pada abdomen
- Pendarahan faraj
- Kadar degupan jantung bayi dalam kandungan tidak sekata
Anda seharusnya memaklumkan pada doktor sekiranya anda pernah mengalami rahim pecah sebelum ini untuk mengelakkan komplikasi
Ketahui puncanya
Apakah yang mengakibatkan rahim pecah?
Tiada sebarang punca yang jelas yang mengakibatkan rahim pecah, akan tetapi wanita yang mengalami kondisi ini selalunya mempunyai perkara berikut:
- Lantai pelvis yang lemah dan kendur;
- Kecacatan pada ligamen yang membuatkan rahim tergantung/ternaik daripada lantai pelvis
- Kerosakan pada otot, neuromuskular tidak berfungsi dengan baik, kecacatan tisu pelvis dan rahim sejak lahir.
- Kecacatan genetik; sesetengah wanita lahir dengan ruangan dalam rahim yang luar seperti: uterus bikornu, uterus didelphys dan blind uterine horns
- Kehamilan dengan uri yang tidak normal;( placenta accreta, increta, or percreta);
- Mengalami trauma fizikal seperti kemalangan , keganasan domestik dan tembakan.
- Menjalani prosedur gerakan obstetrik seperti pusingan dalaman, pengeluaran songsang, bersalin menggunakan instrumen, mengeluarkan uri secara manual.
Ketahui faktor risiko
Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko rahim pecah?
Punca sebenar rahim pecah sukar untuk ditentukan, namun faktor risiko kepada kondisi ini sudah dikenal pasti. Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
- Kelahiran berganda
- Kelahiran melalui faraj
- Kehamilan pada usia yang lanjut
- Estrogen berkurangan kerana keadaan perubatan atau rawatan
- Pernah menjalani pembedahan pelvis
- Penggunaan dadah/ubat
Memahami diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah rahim pecah didiagnosis?
Ciri-ciri klinikal yang selalu digunakan untuk mendiagnosis keadaan ini ialah:
- Ujian fizikal untuk kesakitan pangkal paha/belakang, pendarahan dalaman, atau inkontinen urin.
- Ujian kadar degupan jantung fetus
Bagaimanakah rahim pecah dirawat?
Rawatan konservatif umum (untuk pelvis kenduran/pecah dan inkontinen urin):
- Senaman kegel;
- Terapi estrogen faraj setempat;
- Pesari faraj (disk tergantung didalam faraj).
Rawatan pembedahan termasuklah:
- Histerektomi vaginal boleh digabungkan dengan pencegahan pembedahan;
- Prosedur pembedahan tambahan jika ada inkontinen urin, sistosele, rektosele, dan enterosele .
- Sacralcolpoplexy (penggantungan faraj/prolaps),penetapan sakrospinous atau penggantungan ligamen uterosakral.
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah ini:
- Elakkan membuat kerja berat
- Hanya mengambil ubat yang diberikan oleh pengamal perubatan.
- Bersenam secara sederhana setiap hari dan sewaktu kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-due-date]