Barang baby sesudah keluar dari hospital anda sudah sediakan. Next, sediakan pula barang baby yang khusus untuk penyusuan agar anda lebih bersedia dan tidak kekok menggunakannya.
Sebagai ibu baru, momen penyusuan adalah detik yang mengujakan untuk memberikan nutrisi terbaik untuk si manja. Oleh itu, anda memerlukan ilmu, teknik dan barang bayi yang betul dan cukup untuk melancarkan lagi proses penyusuan.
Apa lagi, jom kita teruskan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
6 Checklist barang keperluan bayi dan ibu semasa menyusu
1. Nursing pad
Nursing pad atau breast pad ialah aksesori yang penting untuk mengelakkan baju si ibu basah disebabkan lelehan air susu.
Ada 2 jenis nursing pad yang anda boleh dapatkan, jenis pakai buang (disposable) dan boleh dipakai berulang kali (washable).
Terpulang kepada anda jika anda memerlukannya. Jika anda si ibu yang berada di rumah, ia tidak menjadi masalah kerana anda boleh terus susukan bayi, tetapi tidak bagi si ibu yang sedang bekerja.
2. Nipple cream
Puting merekah atau luka adalah masalah biasa terjadi bagi ibu baru, terutamanya pada awal minggu penyusuan.
Dari sudut kesihatan, puting yang luka boleh menjadi pintu kepada bakteria dan menyebabkan jangkitan.
Anda boleh ubatinya dengan menggunakan krim puting berasaskan lanolin atau bahan semula jadi lain membantu melembapkan dan mempercepatkan proses pemulihan.
3. Nursing pillow

Realiti yang akan berlaku semasa menyusukan bayi ialah anda akan menyusukan mereka setiap satu atau dua jam, siang dan malam.
Dengan bantuan barang baby seperti nursing pillow, ia akan membantu baby anda berehat dengan selesa pada ketinggian yang betul sambil membantu anda mengelakkan sakit belakang dan bahu.
Bantal penyusuan membantu:
- Menyokong baby pada paras yang sesuai untuk penyusuan
- Mengurangkan tekanan pada tangan dan bahu ibu
- Mengelakkan baby terhimpit atau tersedak kerana kedudukan yang tidak stabil
4. Breast pump untuk ibu
Ada ibu memerlukan penggunaan breast pump bagi mengelakkan susu daripada terkumpul dan menyebabkan ketidakselesaan, perlu berjauhan dengan baby ataupun atas faktor-faktor kesihatan.
Sebelum membeli, pastikan anda tahu breast pump yang sesuai untuk anda!
5. Storan susu perahan

Barang baby yang penting semasa tempoh penyusuan ialah barang kelengkapan untuk penyimpanan susu seperti bekas atau plastik khas yang bebas BPA.
Dari sudut kesihatan, penyimpanan susu yang betul akan memastikan nutrien dalam susu tidak rosak dan mengelakkan pencemaran.
Tip penyimpanan:
- Simpan susu di bahagian belakang peti sejuk (bukan pintu) untuk suhu stabil
- Labelkan tarikh perahan
- Guna kaedah “first in, first out” supaya susu lama digunakan terlebih dahulu
6. Alat kesihatan bayi
Tidak dilupakan barang yang berkaitan dengan kesihatan baby di dalam checklist. Jika ada sebarang tanda-tanda yang tidak diingini berlaku, barang tersebut ada di dalam beg anda!
Antaranya termometer digital, nasal aspirator, gunting kuku bayi dan kain lap lembut untuk menjaga kebersihan keseluruhan bayi.
7. Nursing cover
Untuk menjaga privasi anda semasa menyusukan si comel di tempat awam, nursing cover merupakan barang yang anda jangan lupakan!
Pastikan anda membeli cover yang mesra dengan kulit, tidak terlalu besar dan selesa untuk anda dan si comel dipangkuan.
8. Pakaian ibu dan bayi
Ya, pakaian anda dan si manja juga merupakan barang yang penting untuk dibawa bagi mengelakkan sebarang perkara seperti anak termuntah dan sebagainya. Lebih baik bersedia daripada perlu beli yang baru.

Kesimpulan
[embed-health-tool-due-date]