Terapi fizikal merupakan satu cara yang terbaik untuk mengurangkan kesakitan di belakang badan. Malah, ada banyak teknik regangan yang kita boleh belajar untuk mengurangkan sakit otot.
Bukan itu sahaja, melalui terapi fizikal, kita dapat belajar cara terbaik untuk mengangkat, membaling atau melontar dengan betul. Malah, anda juga dapat memperbaiki postur badan yang salah mengikut saranan ahli terapi!
2. Penggunaan haba atau ais untuk sakit belakang sebelah kiri
Jika anda baru sahaja mengalami sakit belakang badan sebelah kiri atas, cara yang terbaik untuk melegakannya adalah dengan meletakkan pek ais untuk mengurangkan inflamasi dan pembengkakan. Ais dapat membantu memberikan rasa kebas pada kawasan yang terjejas.
Apabila inflamasi telah surut dan berkurang, anda boleh letakkan kain hangat pula di kawasan tersebut. Objek yang hangat boleh meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan fleksibiliti otot dan tisu lembut.
Semua rawatan di atas dapat membantu sakit belakang badan sebelah kiri atas. Namun, jika rawatan tidak berkesan, pastikan anda jumpa doktor secepat mungkin!
Baca juga:
3. Terapi EPAT/shockwave
Terapi EPAT atau terapi shockwave ialah satu cara yang tidak invasif untuk mempercepatkan pemulihan tisu dan mengurangkan tempoh penyembuhan.
Rawatan EPAT tidak akan menyebabkan sebarang kesakitan. Ia dapat meningkatkan peredaran darah ke arah kawasan yang terjejas untuk mengelakkan inflamasi. Malah, rawatan ini juga tidak akan menyebabkan sebarang parut.
Selalunya, terapi ini dilakukan oleh para atlet. Melalui terapi EPAT, mereka masih boleh berlatih seperti biasa sambil menjalani rawatan.
4. Pengambilan ubat tahan sakit
Ubat tahan sakit sangat membantu untuk menghilangkan sakit belakang. Malah, ada banyak ubat tahan sakit boleh dibeli dengan mudah secara over-the-counter.
Tidak ada salahnya jika anda ingin menggunakan ubat tahan sakit. Jika anda makan ubat sebelum masa rehat, ia dapat membantu anda relaks dan tidur dengan tenang tanpa sebarang kesakitan.
5. Urutan tisu dalam untuk kurangkan sakit belakang sebelah kiri

Urutan tisu dalam atau deep tissue massage mungkin dapat membantu mengurangkan sebarang kesakitan pada kawasan otot yang berlaku disebabkan kecederaan.
Malah, ada banyak jenis teknik urutan yang boleh anda dapatkan untuk mengurangkan kesakitan. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan peredaran darah ke kawasan yang terkesan, malahan urutan yang betul juga dapat mempercepatkan proses pemulihan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen