backup og meta

7 Kerja Rumah Yang Ibu Hamil TAK PATUT Buat, Suami Kena Tolong Sama!

7 Kerja Rumah Yang Ibu Hamil TAK PATUT Buat, Suami Kena Tolong Sama!

Semasa mengandung, adalah dinasihatkan supaya anda mengelakkan diri daripada melakukan beberapa kerja rumah. Ini kerana terdapat tugasan di rumah yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan anda dan juga bayi.

Kerja rumah yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung

Penggunaan bahan kimia

Bahan kimia boleh jadi penyembur nyamuk, produk pencuci atau peluntur yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Jika anda mahu membersihkan tandas yang kotor atau membunuh serangga, anda boleh minta orang lain untuk membantu.

Selain itu, beberapa produk pembersihan semula jadi seperti cuka, lemon atau soda penaik boleh juga menjadi alternatif yang berkesan.

Mengalihkan perabot berat

Ingatlah bahawa dengan memindahkan perabot yang berat boleh meningkatkan risiko anda mengalami ketegangan otot, sakit atau juga kecederaan.

Ini adalah kerana, semasa kehamilan, tisu dan ligamen perantara mungkin melonggar. Selain itu, dengan berat badan anda, ia boleh membuatkan anda kehilangan keseimbangan dan meningkatkan peluang kecederaan.

Di samping itu, dengan menolak perabot di atas lantai juga boleh menyebabkan ketegangan. Jadi, biarlah suami anda ataupun orang lain di rumah anda yang melakukan tugasan itu.

Bersihkan sangkar haiwan peliharaan

Toksoplasmosis, jangkitan yang berpindah dari najis kucing anda, dilihat sebagai risiko terbesar untuk bayi dalam kandungan.

Juga, anda boleh terdedah kepada parasit atau kuman apabila membersihkan najis anjing atau kucing.

Oleh itu, ingatlah untuk memakai sarung tangan dan mencuci tangan anda dengan baik selepas melakukan kerja tersebut. Akan tetapi, sebaik-baiknya mintalah orang lain yang melakukannya.

Memanjat di atas kerusi atau tangga

Sesetengah kerja rumah yang memerlukan anda untuk memanjat atau menyeimbangkan badan di atas kerusi, meja ataupun bangku adalah perlu dielakkan.

Anda boleh senang terjatuh dan ia adalah amat bahaya untuk anda dan bayi.

Mengemop dan menyapu lantai

Aktiviti ini boleh menjejaskan bahagian bawah belakang badan dan urat pelipat lutut anda. Jadi, ambil rehat sebentar semasa anda melakukan kerja-kerja mengemop dan menyapu.

Membersihkan tingkap

Anda akan mudah terjatuh apabila anda berdiri di atas tangga tinggi untuk membersihkan tingkap. Sebaliknya, anda boleh gunakan kertas lembap untuk mengelap.

Mencantikkan perabot

Tidak digalakkan ibu-ibu mengandung melakukan kerja mencantikkan perabot. Ini kerana anda mungkin terdedah kepada pelarut daripada perabot lama, kesan baru, polyurethane atau cat, di mana kesemua ini boleh meningkatkan risiko anda mengalami keguguran.

Pendedahan kepada bahan kimia boleh meletakkan bayi anda pada risiko tinggi kecacatan kelahiran atau masalah pembelajaran.

Jika anda mahu melakukan kerja-kerja ini, langkah pencegahan di bawah boleh membantu anda:

  • Melakukan kerja di luar atau dalam kawasan yang mempunyai aliran udara yang baik untuk mencegah risiko pendedahan kepada asap.
  • Memakai sarung tangan, seluar panjang dan baju lengan panjang semasa membuat kerja rumah.
  • Memakai topeng muka untuk mengelakkan tersedut debu zarah.
  • Elakkan makan atau minum semasa membuat kerja.
  • Gunakan produk yang tidak mengandungi pelarut.

Jika anda melihat tanda-tanda seperti sakit kepala, loya atau sakit kepala ringan, berhenti melakukan kerja tersebut segera dan cari tempat yang mempunyai udara segar untuk bernafas.

Walau bagaimanapun, penyelesaian terbaik adalah untuk meminta seseorang melakukan kerja tersebut atau menunggu sehingga bayi anda lahir.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Avoid these 8 household chores during pregnancy. https://sg.theasianparent.com/avoid-these-8-household-chores-during-pregnancy/. Accessed May 24, 2017. Four household chores to avoid during pregnancy. https://www.babycenter.com/0_four-household-chores-to-avoid-during-pregnancy_10317892.bc. Accessed May 24, 2017.

Versi Terbaru

17/07/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Gembira Disahkan Hamil? Tahniah, Ini Cara Kira Usia Kandungan Buat Panduan Ibu Baru!

Ingin Lakukan IVF? Ketahui Kos Serta Risikonya Terlebih Dahulu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan