backup og meta

Adakah Haiwan Peliharaan Anda Boleh Membahayakan Bayi dalam Kandungan?

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 29/11/2019

    Adakah Haiwan Peliharaan Anda Boleh Membahayakan Bayi dalam Kandungan?

    Ramai orang yang menganggap bahawa hidup mereka lebih berseri dengan membela haiwan peliharaan. Haiwan peliharaan juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan tuannya. Walau bagaimanapun, semasa anda hamil, haiwan peliharaan boleh menyebabkan masalah.

    Apakah kebimbangan utama membela haiwan peliharaan semasa hamil? 

    Tiada masalah untuk anda membela haiwan peliharaan, tetapi anda perlu memastikan haiwan peliharaan anda tidak menjejaskan kesihatan anda dan kandungan..

    Kucing dan haiwan lain boleh membawa bakteria pada najis mereka, yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda (terutama semasa trimester pertama). Ingatlah bahawa risiko jangkitan adalah lebih tinggi jika kucing anda berkeliaran bebas. Walau bagaimanapun, jika anda telah biasa dengan kucing anda, anda mungkin telahpun imun dengan toksoplasmosis (kerana anda mungkin sudah dijangkiti sebelum ini). Periksa dengan doktor sama ada anda pernah mendapatnya sebelum anda hamil.

    Apakah komplikasi yang boleh berlaku akibat membela haiwan peliharaan semasa hamil? 

    Terdapat sesetengah penyakit yang mungkin lebih memberi risiko kepada anda jika anda membiarkan haiwan peliharaan anda bebas di luar rumah. Haiwan peliharaan anda mungkin membawa bakteria yang boleh memberi komplikasi kepada kehamilan anda. Berikut merupakan antara komplikasi lazim yang anda akan dapat:

  • Penyakit Cakaran Kucing (CSD) boleh membuatkan anda mendapat komplikasi yang serius. CSD boleh membahayakan otak, mata, jantung, atau organ dalaman lain. Komplikasi-komplikasi ini mungkin memerlukan rawatan intensif dan lebih berkemungkinan melemahkan sistem imun bayi anda.
  • Rabies adalah penyakit virus berjangkit, selalunya dipindahkan melalui gigitan haiwan gila. Virus penyakit anjing gila ini boleh merosakkan sistem saraf tengah dan juga otak. Simptom-simptom penyakit anjing gila adalah sama dengan kebanyakan penyakit lain, termasuklah demam, sakit kepala, dan lemah serta tidak selesa. Penyakit anjing gila boleh berbahaya dalam beberapa hari sahaja selepas mendapat virus tersebut.
  • Secara umumnya, kebanyakan haiwan peliharaan jinak adalah selamat dan tidak akan menyebabkan masalah. Walau bagaimanapun, penting untuk anda bercakap dengan doktor anda tentang haiwan peliharaan anda dan dapatkan pemeriksaan rutin untuk anda dan bayi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan