backup og meta

Benarkah Bayi Yang Aktif Bergerak Dalam Kandungan Akan Lasak Sewaktu Membesar?

Benarkah Bayi Yang Aktif Bergerak Dalam Kandungan Akan Lasak Sewaktu Membesar?

Kebanyakan janin aktif bergerak sekitar minggu ke-7 kehamilan, tetapi hanya selepas sekitar 16 hingga 18 minggu si ibu akan merasakan pergerakan terutamanya bagi ibu yang kali pertama mengandung.

Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

Kaitan pergerakan janin dan keadaan ibu

Kajian terbaru menunjukkan bahawa janin bergerak lebih banyak sebagai tindak balas kepada tekanan yang dihadapi si ibu dan juga apabila si ibu gembira. Janin yang lebih aktif juga didapati mencapai skor yang lebih tinggi pada ujian kematangan otak dan mempunyai kawalan pergerakan tubuh yang lebih baik selepas lahir.

Apa yang kurang diketahui ialah pergerakan janin ini juga mungkin memberi kesan kepada ibu, berkemungkinan melatihnya untuk menyedari kehadiran anaknya dan juga menyesuaikan dengan corak aktivitinya sebagai persediaan untuk kehidupan selepas lahir.

Perkembangan Janin Terganggu, Punca Kelahiran Bayi Pramatang

Janet DiPietro di Johns Hopkins University di Baltimore, Maryland, dan rakan-rakannya mendapati bahawa setiap kali janin bergerak, jantung ibu berdegup lebih cepat dan sistem saraf simpatetiknyamenerima rangsangan – walaupun dia tidak sedar akan pergerakan janin tersebut.

Walaupun kepentingan dapatan kajian ini belum jelas, tetapi ini menunjukkan hubungan ibu dan janin merupakan dua hala. Badan ibu memberi kesan kepada janin dan janin juga memberi kesan kepada si ibu.

Sistem saraf simpatetik mengawal tindak balas lari atau lawan (fight-or-flight response) serta memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi dalaman badan yang normal. Oleh itu,  hubungan dua hala ini mungkin mengajar si ibu untuk memberi perhatian kepada bayi mereka.

Janin yang aktif bergerak akan lasak sewaktu membesar?

perkembangan janin

Terdapat beberapa kebenaran tentang kenyataan bahawa janin yang aktif bergerak akan menjadi kanak-kanak yang aktif dan lasak sewaktu membesar. Pun begitu, hasil kajian tidak menunjukkan dapatan yang konsisten.

Dalam satu kajian di Israel, aktiviti 22 pasangan kembar antara 11 dan 14 minggu kehamilan dikaji dan didapati bahawa secara umum, kembar yang dikesan lebih aktif oleh ultrabunyi didapati lebih sukar diuruskan, tidak dapat diramalkan dan sangat aktif pada usia 3 dan 6 bulan selepas kelahiran, mengikut penilaian oleh para ibu.

Sementara itu, dalam kajian yang lebih besar dan lebih awal, DiPietro mendapati bahawa walaupun janin lelaki yang lebih aktif pada 36 minggu menjadi kanak-kanak yang lebih aktif, sebaliknya berlaku kepada perempuan.

Persamaan yang didapati ialah janin yang lebih aktif bergerak sewaktu dalam kandungan membesar menjadi kanak-kanak yang lebih mudah berinteraksi dengan mainan atau orang asing pada usia 2 tahun, tanpa mengira jantina mereka.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.essentialbaby.com.au/pregnancy/news-views/does-foetal-activity-tell-you-anything-about-your-babys-personality-20170210-gua9bq

https://www.newscientist.com/article/dn18796-bumpology-active-fetus-boisterous-child-uh-oh

 

Versi Terbaru

21/10/2024

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel berkaitan

Susah Hamil Kembar Sebab Tak Ada Keturunan? 4 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 21/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan