backup og meta

Alamak, Bayi Dalam Kandungan Terbelit Tali Pusat - Ibu JANGAN PANIK, Buat 2 Benda Ini!

Alamak, Bayi Dalam Kandungan Terbelit Tali Pusat - Ibu JANGAN PANIK, Buat 2 Benda Ini!

Terdapat beberapa mitos berkenaan kes bayi terbelit tali pusat ketika hendak melahirkan bayi.

Ada individu yang mempercayai bahawa kondisi ini berlaku akibat ibu makan mi segera atau pakai selendang berbelit-belit ketika sedang hamil. Mitos ini adalah karut dan tidak sepatutnya menjadi kepercayaan masyarakat moden kini! 

Tali pusat merupakan perantara utama bayi dalam kandungan dengan ibunya. Ia merupakan jambatan yang berfungsi membekalkan oksigen dan nutrisi kepada bayi dalam kandungan.

Namun begitu terdapat beberapa komplikasi berbahaya yang boleh berlaku kepada bayi dalam kandungan anda berkaitan dengan tali pusat antaranya bayi terbelit dengannya ketika dalam kandungan ibu.

Jom kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apakah nama kondisi ini?

melancap semasa mengandung

Kondisi yang turut dikenali sebagai nuchal cord ini wajib diketahui oleh ibu bapa kerana ia mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan anda.

Ia berlaku disebabkan tali pusat dipenuhi bahan lembut dan licin yang dikenali sebagai ‘Jelly Wharton’, yang berfungsi melindungi saluran darah bagi membantu menghalang mampatan, simpulan atau belitan yang ketat daripada terjadi.

Namun begitu, anda tidak perlu terlalu risau kerana kebanyakan kes bayi yang mengalami komplikasi ini akan lahir dengan sihat dan sempurna!

Punca berlakunya nuchal cord

Menurut pakar, kondisi ini hanya berlaku kepada 1 daripada setiap 3 kelahiran bayi. Bagi anda yang tertanya mengapa kondisi ini boleh berlaku, ini merupakan jawapannya:

  • Pergerakan akrobatik bayi dalam kandungan
  • Hamil anak kembar
  • Struktur tali pusat mempunyai kelainan
  • Air ketuban terlalu banyak
  • Tali pusat terlalu panjang melebihi 50 – 60 cm
  • ‘Jelly Wharton’ tidak mencukupi lalu menyebabkan tali pusat berpintal

Ibu bapa perlu tahu bahawa kondisi ini akan berlaku secara rawak dan tidak ada kena mengena dengan perbuatan seorang ibu. Perlu ditekankan bahawa kondisi ini adalah tidak berbahaya dan anda boleh melahirkan bayi secara normal.

Simptom bayi terbelit tali pusat

bayi terbelit tali pusat

Sebenarnya, tidak banyak simptom yang dapat dikesan sekiranya kondisi ini berlaku. Pun begitu, terdapat beberapa petanda yang mungkin menunjukkan bayi anda terbelit tali pusat antaranya:

Sebaiknya, anda boleh berjumpa doktor untuk melakukan ultrasound bagi mengesan sebarang kemusykilan yang mungkin dikesan semasa melakukan imbasan kehamilan.

Komplikasi bayi terbelit tali pusat

Secara umumnya, tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya kondisi ini berlaku.

Namun begitu, terdapat juga kemungkinan akan berlaku komplikasi antaranya adalah tali pusat membelit terlalu rapat lalu merencatkan aliran darah. Menurut statistik, kira-kira 10% kematian bayi adalah disebabkan oleh komplikasi ini.

Apa yang perlu ibu bapa lakukan?

hipotiroidisme-bayi-dan-kanak-kanak

Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu bapa adalah panik. Ini hanya akan menyebabkan tekanan kepada anda dan juga bayi dalam kandungan. Jika berlaku apa-apa komplikasi, anda perlu mengikuti panduan ini:

  1.  Jangan panik. Anda sebenarnya tidak perlu melakukan apa-apa sehingga melahirkan bayi. Ini kerana bayi anda sebenarnya mempunyai kebolehan untuk melepaskan diri daripada tali pusat di lehernya dengan sendiri.
  2. Tunggu dan lihat. Kebanyakan ibu bapa akan mula memikirkan tentang kaedah melahirkan bayi secara pembedahan kerana risau bersalin normal akan mengeruhkan keadaan. Ini sebenarnya bergantung kepada keadaan bayi itu dan pemerhatian doktor. Jika doktor mengesahkan simpulan atau belitan itu terlalu ketat dan boleh mendatangkan bahaya kepada bayi, kebiasaannya doktor akan dapat mengesannya melalui graf jantung bayi dalam kandungan (CTG).

Konklusinya, bertenang dan jangan panik. Kondisi ini sebenarnya adalah normal dan tidak perlu terlalu risau sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental anda.

Sebaiknya, sentiasa berhubung dengan doktor untuk mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan anda okay!

Baca juga:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What happens if the umbilical cord is around my baby’s neck?, https://utswmed.org/medblog/nuchal-cord-during-pregnancy/, Accessed Oct 14 2020.
  2. My baby has a cord around the neck: Should I worry?, https://hospitals.aku.edu/nairobi/AboutUs/News/Pages/cord-around-the-neck.aspx, Accessed Oct 14 2020.
  3. 10 Things to Know About Nuchal Cords, https://hiehelpcenter.org/2017/09/22/10-things-know-nuchal-cords/, Accessed Oct 14 2020.
  4. Cord Around the Neck, https://globalhealthmedia.org/portfolio-items/cord-around-the-neck/, Accessed Oct 14 2020.
  5. The Trauma Parents Experience When Their Children are Injured at Birth, https://www.cerebral-palsy-faq.org/the-trauma-parents-experience-when-their-children-are-injured-at.html, Accessed Oct 14 2020.

Versi Terbaru

31/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ingin Lakukan IVF? Ketahui Kos Serta Risikonya Terlebih Dahulu!

Wujudkah Tanda-Tanda Hamil 1 Hari? Mungkin Ya Mungkin Tidak, Jom Baca!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 31/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan