Senaman Mata

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ada yang mengatakan bahawa mata adalah jendela kepada jiwa kerana kemampuannya menyampaikan lebih daripada perkataan. Pada masa moden ini, kita banyak menghabiskan masa melihat telefon dan skrin komputer selama berjam-jam, kadangkala dalam keadaan pencahayaan yang lemah, yang meninggalkan kesan buruk kepada mata kita. Memandangkan menjauhkan diri daripada telefon dan komputer anda adalah agak mustahil, berikut adalah beberapa latihan yang boleh meringankan keadaan ini dan melegakan ketegangan mata.

Berkelip

Kebanyakan ketegangan mata disebabkan komputer adalah sebab kurang berkelip. Menyangkakan ianya tidak penting, kebanyakan orang terlupa untuk berkelip sewaktu memberi tumpuan pada skrin komputer mereka. Jika anda tidak berkelip dengan secukupnya, mata anda akan menjadi kering dan berlinangan air mata. Oleh itu, latih diri untuk berkelip setiap 44 saat untuk memastikan mata anda cukup kelembapan dan tidak gatal.

Pengimbasan visual

Selepas berjam-jam menumpukan perhatian dan merenung skrin komputer, cuba untuk menukar fokus anda ke berulang kali antara objek jauh dan objek dekat. Cuba untuk mencari objek sekitar 46 meter jauh daripada anda dan ikuti bentuknya. Kemudian tumpukan kepada objek 10 meter berhampiran anda dan ikuti bentuknya. Anda perlu menghabiskan 10 hingga 15 saat untuk setiap objek dan mengulangi semula langkah ini selama 4 hingga 5 kali.

Gerakkan bola mata 

Kaedah ini adalah satu usaha yang sangat mudah tetapi sangat membantu. Selepas sejam bekerja, duduk di kerusi anda, tutup mata anda dan mula untuk menggerakkan bola mata dalam bulatan. Ulangi langkah ini 1 hingga 2 kali setiap jam untuk memberikan mata anda urutan. Menggerakkan bola mata boleh melembapkan mata anda dan mengurangkan ketegangan otot-otot kecil.

Memberi tumpuan

Berhenti menatap skrin dan menaip. Pegang pen jauh daripada anda dan kemudian perlahan-lahan gerakkan kepada mata anda, tetapkan pandangan kepada bahagian tertentu pada pen tersebut hingga terlalu dekat dengan hidung dan anda tidak dapat menumpukan perhatian kepadanya. Ulangi senaman ini selama kira-kira 10 kali dan anda juga boleh menggerakkannya dari sisi ke sisi dan bukan ke belakang dan sebagainya.

Tapak tangan

Senaman ini merupakan salah satu senaman yang paling berkesan untuk melegakan mata letih. Duduk dalam kedudukan yang selesa dan gosok tapak tangan untuk memanaskannya. Kemudian, bentukkan tapak tangan dan tekan perlahan-lahan pada mata yang dipejamkan. Biarkan haba memberi kesan kepada mata anda.

Kerana kita semua akan bertambah tua, adalah penting untuk mengetahui bagaimana untuk menjaga badan dengan betul, terutamanya bahagian mata. Badan anda dilindungi dengan kumpulan otot yang berbeza dan  begitu juga mata anda; penggunaan berterusan akan menyebabkan kesakitan dan ketegangan yang tidak diingini. Oleh itu, jangan lupa untuk merehatkan mata anda dan amalkan senaman yang bersesuaian. Di samping itu, sediakan diet berkhasiat untu mata anda untuk mencegah glaukoma awal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

    Jika anak mengadu penglihatan kabur, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah, bagaimana? Ketahui caranya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mata Tiba-Tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

    Pernahkah anda mengalami gangguan penglihatan secara tiba-tiba sehingga membuatkan anda tertanya-tanya penyebab kebutaan itu belaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

    Orang lama kata punca ketumbit adalah sebab mengintai, namun ada kajian yang buktikan ia mungkin sebab stres? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

    Anda terfikir apakah yang menyebabkan bengkak pada mata anda tiba-tiba terjadi. Tahukah anda apakah penyebab mata bengkak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    jaga mata

    Apa Yang Dimaksudkan Dengan Mata Yang Sihat? Ketahui Simptom, Diagnosis & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/12/2020 . 5 minit bacaan
    khasiat daun sirih untuk mata

    Guna Daun Sirih Untuk Rawat Masalah Rabun? Boleh Percaya Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
    bendasing dalam mata

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan