backup og meta

Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

Kita semua tahu mengenai manfaat berenang, ia adalah senaman sihat yang dapat menguatkan otot di seluruh badan. Tetapi, apakah kesan berenang di waktu malam pada tubuh?

Sukan air jenis ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan biasanya dilakukan pada waktu pagi serta petang.

Namun, bagaimana dengan waktu malam? Adakah ia sesuai dan apa pula kesan terhadap kesihatan?

Adakah anda berminat untuk mengetahui jawapannya? Teruskan membaca okay!

Bolehkah berenang di malam hari?

Untuk pengetahuan kalian, memilih masa berenang juga sama pentingnya dengan memanaskan badan sebelum membenamkan diri di dalam air.

Terdedah dengan sinaran matahari secara berlebihan, terutamanya selepas jam 10 pagi boleh memberikan impak negatif terhadap kesihatan.

Tambahan lagi, kebanyakan individu yang memilih untuk bersenam selepas matahari terbenam bertujuan untuk mengelak daripada terdedah dengan cahaya UV.

Pun begitu, para pakar tidak mengesyorkan aktiviti senaman dilakukan waktu malam kerana dibimbangi mampu mengganggu kitaran tidur.

Namun, penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa anda sebenarnya boleh bersenam pada waktu malam!

Dengan syarat, anda harus mengelak daripada melakukan aktiviti senamam secara berlebihan berjarak beberapa jam sebelum waktu tidur.

Ini kerana bersenam dengan terlalu keras pada malam hari mampu meningkatkan suhu badan malah menyukarkan proses untuk lelap.

Bagi menjawab persoalan sama ada berenang di malam hari dibenarkan atau sebaliknya, jawapannya ya!

Asalkan anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang berisiko mengganggu tidur.

Baca juga:

Manfaat-manfaat berenang waktu malam

Memandangkan bersenam waktu malam dibenarkan, mari ketahui pula antara manfaat senaman ini yang dapat diperolehi.

1. Tidak terdedah kepada sinaran UV

selaran matahari punca bawah mata hitam

Sudah terang lagi bersuluh, salah satu sebab mengapa sesetengah individu memilih untuk melakukan aktiviti pada waktu malam adalah kerana tidak mahu terdedah dengan bahaya cahaya UV.

Pendedahan terhadap sinar matahari yang berlebihan pastinya mampu memberi impak negatif yang besar kepada kesihatan kulit, mata dan sistem imun.

2. Boleh meningkatkan kualiti tidur

Selain mengurangkan risiko pendedahan UV yang berlebihan, berenang pada waktu malam juga sebenarnya dapat meningkatkan kualiti tidur anda.

Benar, bersenam pada waktu malam akan membuat anda merasa sangat letih.

Walau bagaimanapun, anda boleh memanfaatkan kepenatan tersebut untuk tidur malam yang lebih nyenyak.

Di samping itu, walaupun tidak ada penyelidikan yang benar-benar membuktikannya, sukan air yang dapat menguatkan otot badan ini boleh membantu mereka dengan masalah insomnia.

3. Membakar kalori

Antara manfaat berenang yang lain, anda juga dapat membakar lebihan kalori.

Ini kerana tubuh akan membakar lebih banyak kalori ketika anda bersukan dengan kelajuan yang cepat dalam jarak yang jauh.

Salah satu sukan yang mempunyai kedua jenis kriteria ini ialah, berenang!

Berenang dengan cepat dan jauh, seperti menggunakan cara gaya bebas, berpotensi membakar lebih banyak kalori, sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Namun, disebabkan ia boleh menjadi agak berat, pastikan anda menjarakkan waktu beberapa jam antara aktiviti bersenam dengan tidur ya!

4. Meningkatkan kelenturan tubuh badan

Seperti yang kita tahu, berenang secara dasarnya adalah senaman yang baik untuk tubuh.

Tetapi bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan fleksibiliti badan terutama jika anda menjalani gaya hidup yang tidak aktif.

Contohnya, sekiranya pekerjaan anda hanya memerlukan pergerakan yang terhad dengan duduk menghadap komputer sepanjang hari, aktiviti ini adalah pilihan terbaik!

Dengan melakukan senaman ini, semua bahagian badan anda dapat diregangkan lalu meningkatkan kelenturan.

5. Bantu melapangkan fikiran

kebaikan berenang

Faktor stres melampau menyukarkan kita untuk melapangkan fikiran dengan berkesan, lebih-lebih lagi setelah penat bekerja mahupun belajar.

Tetapi jangan risau, berenang dikatakan membantu menenangkan fikiran yang kusut, terutamanya apabila dilakukan waktu malam sambil menyaksikan keindahan bintang-bintang di langit.

6. Sesuai bagi golongan evening person

Segelintir individu mungkin lebih gemar untuk bersenam di pagi hari, namun bagi golongan evening person (yang sering tidur dan bangun lewat), berenang ketika malam menjadi pilihan.

Bukan itu sahaja, buat mereka yang biasanya sukar tidur pada waktu malam juga dapat menggunakan senaman ini sebagai cara untuk meningkatkan kualiti tidur.

Apa yang dapat disimpulkan?

Jelas, berenang pada waktu malam mempunyai banyak faedah dan bukanlah hanya berlandaskan nilai keseronokan.

Bukan hanya terhad kepada berenang, aktiviti senaman yang lain juga memberikan manfaat yang sama kepada kesihatan anda.

Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang cergas dan sihat, bersenam secara konsisten di samping menjaga diet pemakanan seimbang adalah jawapannya!

Apa pun, seperti yang telah dikupas di dalam artikel ini, jika ingin bersenam di malam hari, sentiasa beringat untuk menjarakkan waktu sukan dan tidur agar masa rehat anda tidak terjejas.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.sleep.org/exercise-time-of-day/
  2. https://www.swimming.org/justswim/8-benefits-of-swimming/
  3. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/ten-benefits-swimming-you-may-not-know-about.html
  4. https://www.theswimguide.org/2020/03/20/5-mental-health-benefits-of-swimming-outside/
  5. https://www.sleepfoundation.org/articles/how-exercise-impacts-sleep-quality

Versi Terbaru

24/12/2020

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

Bagaimanakah Anda Melindungi Kulit Daripada Bahaya Sinaran UV?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/12/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan