backup og meta

JANGAN Urut Kaki Jika Terseliuh, Tapi Cuba Guna Kaedah RICE Untuk Merawatnya!

JANGAN Urut Kaki Jika Terseliuh, Tapi Cuba Guna Kaedah RICE Untuk Merawatnya!

Ketika anda sedang bermain bola dan cuba menggelecek bola daripada pasukan lawan, kaki anda tersalah gelecek dan menyebabkan anda terseliuh pada bahagian pergelangan kaki. Anda meraung kesakitan kerana ini adalah pertama kali anda mengalami terseliuh kaki. Apa yang patut dibuat kalau terseliuh kaki dan lebam?

Anda mungkin runsing untuk membuat keputusan sama ada ingin berurut, berjumpa doktor atau hanya merawat sendiri?

Namun tahukah anda, jika anda mengalami masalah ini, anda tidak semestinya perlu melakukan urutan. Ada satu kaedah yang mungkin lebih kurang menyakitkan. 

Apakah kaedah tersebut?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kecergasan, anda boleh klik di sini

Hanya tukang urut profesional

terseliuh kaki

Untuk pengetahuan anda, terseliuh adalah salah satu kecederaan yang paling kerap berlaku dalam aktiviti sukan yang banyak melibatkan penggunaan bahagian bawah tubuh seperti kaki.

Terdapat beberapa jenis keadaan terseliuh kaki yang boleh berlaku dan ia boleh menjadi kronik.

Walaupun terdapat beberapa jenis rawatan yang tersedia bagi membantu memulihkan masalah ini, anda tidak sepatutnya mencuba melakukan urutan pada bahagian yang terseliuh.

Ia hanya boleh dilakukan oleh ahli profesional yang bertauliah yang benar-benar mengetahui kaedah sebenar terapi urutan. 

Baca juga:

Guna kaedah R.I.C.E untuk rawat kaki terseliuh

terseliuh kaki

Ia sebenarnya bergantung kepada jenis dan tahap kecederaan yang anda alami.

Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan pembengkakan, menggalakkan penyembuhan ligamen dan mengembalikan fungsi pergelangan kaki anda.

Sekiranya anda mengalami jenis kecederaan teruk, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar perubatan kecederaan muskuloskeletal. 

Bagi jenis terseliuh akut, kaedah terapi urutan mungkin memberi kebaikan kepada pesakit yang terlibat.

Rawatan standard bagi memulihkan seliuh yang akut adalah berpandukan akronim RICE iaitu rest, ice, compression dan elevation.

  • Rest: Elakkan penglibatan diri dalam aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan, pembengkakan dan ketidakselesaan
  • Ice: Gunakan pek ais dengan segera selama 15 ke 20 minit dan ulanginya dalam setiap 2 atau 3 jam. 
  • Compression: Untuk mengurangkan pembengkakan, gunakan pembalut elastik pada bahagian kaki yang bengkak dan gunakannya sehingga bengkak tersebut surut. Jangan balut dengan terlalu ketat
  • Elevation: Tinggikan atau naikkan kaki anda lebih tinggi daripada paras jantung anda untuk mengurangkan bengkak

Nak guna ubat-ubatan untuk kurangkan rasa sakit terseliuh kaki?

Anda boleh mendapatkan ubat tahan sakit atau pain reliever di kaunter farmasi bagi mengurangkan kesakitan yang dialami akibat masalah terseliuh.

Anda juga boleh mendapatkan ibuprofen (Advil, Motrin IB) atau naproxen sodium (Aleve dan lain-lain) atau juga acetaminophen (Tylenol). Kesemuanya berkesan untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Namun, jika anda tidak begitu pasti berkenaan keadaan sebenar kaki anda, berjumpalah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya.

Lakukan pemeriksaan dalaman juga kalau terseliuh kaki

terseliuh kaki

Jika anda hanya mengalami masalah terseliuh bersifat ringan dan tidak parah atau teruk, anda masih boleh merawatnya di rumah melalui kaedah RICE ini.

Walau bagaimanapun, setiap kecederaan yang dialami perlu dilaporkan kepada pihak doktor terlebih dahulu bagi mengesan sekiranya terdapat kecederaan dalaman yang lebih parah.

Doktor akan melakukan beberapa jenis pemeriksaan seperti X-ray, MRI, CT-scan dan juga ultrasound.

Ini untuk memastikan agar tidak terdapat sebarang tulang yang patah dan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi kecederaan ligamen.

Hanya selepas disahkan doktor bahawa kaki anda hanya mengalami seliuh yang biasa, barulah anda boleh merawat sendiri kaki anda di rumah melalui nasihat doktor. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Systematic review of efficacy for manual lymphatic drainage techniques in sports medicine and rehabilitation: an evidence-based practice approach. The Journal of manual & manipulative therapy17(3), e80–e89. https://doi.org/10.1179/jmt.2009.17.3.80E. Accessed on February 16, 2022.
  2. Sprained ankle. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sprained-ankle/diagnosis-treatment/drc-20353231. Accessed on February 16, 2022.
  3. Rest, Ice, Compression, and Elevation (RICE). https://www.uofmhealth.org/health-library/tw4354spec. Accessed on February 16, 2022.
  4. Sprains, Strains and Other Soft-Tissue Injuries. https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/sprains-strains-and-other-soft-tissue-injuries/. Accessed on February 16, 2022.
  5. Exercise for the Treatment of Ankle Sprain: A Review of Clinical Effectiveness and Guidelines. Canadian Agency for Drugs and Technologies in Health. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33074633/. Accessed on February 16, 2022.

     

Versi Terbaru

27/11/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Detoks Kaki Boleh Hilangkan Punca Toksin Dalam Badan, Benarkah?

Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan