backup og meta

Ingin Kekal Cergas? Bagaimana Jika Anda Lakukannya Bersama Ahli Keluarga

Ingin Kekal Cergas? Bagaimana Jika Anda Lakukannya Bersama Ahli Keluarga

Jika dahulu semasa masih kecil, penulis sering dibawa oleh ayah atau ibu ke taman-taman permainan di tepi pantai ketika hujung minggu. Sekadar menghabiskan masa selama 30 minit atau 1 jam bersuka ria bersama adik-beradik bermain permainan yang disediakan atau berkejaran sehingga basah berpeluh seolah-olah terlibat dengan aktiviti kecergasan fizikal. 

Setelah itu, kami akan mencari gerai-gerai yang menjual makanan seperti keropok atau pisang goreng bagi menghilangkan rasa lapar dan dahaga setelah penat bermain. Memori seperti itu tidak mungkin akan kembali memandangkan usia kini telah semakin meningkat.

Tidak mungkin bagi penulis untuk bermain gelongsor sekali lagi kerana risaukan badan yang akan tersekat dan tidak akan dapat menuruni gelongsor tersebut. Gelongsor tak dapat, malu yang dapat.

Kepentingan kecergasan fizikal bersama keluarga

kecergasan fizikal

Apakah antara kepentingan kecergasan fizikal? Bagi golongan ibu bapa muda yang mempunyai anak-anak kecil, anda boleh mewujudkan kembali memori lepas dengan membawa anak-anak ke taman permainan, berbasikal, mendaki bukit atau berkelah.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberikan kenangan indah untuk anak-anak anda, malah mengalakkan mereka untuk melakukan aktiviti kecergasan selain mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak

Kepentingan kecergasan fizikal kedua ialah, dengan melakukan senaman atau sebarang aktiviti kecergasan fizikal bukan sahaja memberikan manfaat kepada individu dewasa, malah kepada kanak-kanak.

Sesetengah profesional kesihatan percaya bahawa bersenam atau melakukan aktiviti secara bersama antara ahli keluarga boleh menjadi satu cara berkesan untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan keresahan kanak-kanak.

Selain itu, antara kepentingan kecergasan fizikal lain ialah, melakukan aktiviti secara bersama-sama dalam satu keluarga dapat memperbaiki mood keseluruhan bagi kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.

Selain itu, kepentingan kecergasan fizikal ahli keluarga juga bukan hanya terdiri daripada aktiviti senaman semata-mata, kerana ia turut melibatkan faktor lain seperti pemakanan. Bagaimana pemakanan boleh mendorong kecergasan fizikal ahli keluarga?

Perkara ini senang sahaja. Ibu bapa boleh bertindak dengan cara penyediaan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak mereka. Selain itu, pastikan anak-anak mendapat makanan yang mencukupi dengan cara memastikan mereka makan pada waktu yang disarankan.

Pastikan anak anda mendapat sumber tenaga daripada pemakanan yang berkhasiat ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Aktiviti kecergasan keluarga untuk bayi

kepentingan kecergasan fizikal

  • Bawa bayi bersama menggunakan stroller atau carrier ketika anda keluar bersiar-siar di taman.
  • Apabila anak anda telah pandai berjalan, galakkan mereka untuk berjalan-jalan di taman permainan tanpa menggunakan stroller.
  • Menari sambil ditemani muzik di rumah.

Aktiviti kecergasan keluarga untuk kanak-kanak kecil

  • Bawa anak-anak bersama untuk belajar berenang di kolam renang.
  • Ajar mereka bagaimana untuk menendang bola kerana aktiviti seperti ini akan mengasah kemahiran motor otak mereka.
  • Bawa mereka untuk melihat kanak-kanak lain lebih dewasa bermain di taman permainan. Ini akan memupuk minat anak-anak anda untuk bermain selain menunjukkan bahawa aktiviti kecergasan fizikal adalah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Aktiviti kecergasan fizikal untuk kanak-kanak sekolah

kepentingan kecergasan fizikal

  • Anda boleh menggalakkan mereka untuk menyertai acara larian seperti fun run atau larian dengan jarak 5 kilometer.
  • Galakkan mereka untuk menyertai kelas seni mempertahankan diri seperti silat dan taekwondo. Kelas pertahanan diri akan memupuk sifat yakin diri dan berpendirian dalam diri anak anda.
  • Bermain permainan mudah bersama anak anda. Anda boleh bermain permainan tradisional atau permainan ketika anda masih kecil seperti ting-ting, lompat getah atau galah panjang.

Aktiviti kecergasan fizikal untuk remaja

  • Di peringkat usia ini, anak anda telah semakin dewasa. Oleh itu, anda boleh menggalakkan mereka untuk menyertai jenis aktiviti yang lebih lasak seperti mendaki bukit atau gunung, berkelah, berbasikal, ping pong atau menyertai kelas yoga atau tarian.
  • Galakkan mereka untuk menyertai pasukan sukan di sekolah seperti bola sepak, bola tampar atau hoki.

Kesimpulan berkenaan kepentingan kecergasan fizikal

Galakkan anak anda untuk kekal aktif dan jika berkesempatan, sertai mereka dalam melakukan sebarang aktiviti kerana ia lebih menyeronokkan. Kekalkan hubungan yang sihat antara anda dan anak-anak anda kerana mereka pasti akan mengingatinya walaupun ketika mereka sudah menginjak usia seperti anda.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali bermain gelongsor bersama-sama anak anda kerana kami khuatir sekiranya dua orang yang masuk ke gelongsor, tetapi hanya anak anda yang berjaya turun dan keluar. 

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Family Fitness: The Benefits of Exercising Together

https://www.verywellfamily.com/fitness-4157316

https://www.verywellfamily.com/best-family-fitness-activities-for-you-1257369

Versi Terbaru

10/11/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Ingat Ibu Bersalin Cesarean Tak Boleh Bersenam! Nak Cepat Sembuh, Buat Senaman Ini

Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan