Apakah yang menyebabkan dagu berlapis?
Sebelum mengetahui cara hilangkan lemak bawah dagu, jom kita fahami punca double chin ini.
Dagu berlapis, juga dikenali sebagai lemak submental, adalah kondisi biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu anda.
Dagu sebegini juga sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi individu yang mempunyai berat badan berlebihan turut boleh memilikinya.
Selain itu, faktor genetik atau kulit yang lebih ‘longgar’ akibat penuaan juga boleh menyebabkan masalah ini.
Beberapa faktor yang berbeza bergabung dalam badan menghasilkan dagu yang berlapis.
Memahami faktor-faktor ia terjadi mungkin dapat membantu anda untuk memahami akan cara menghilangkan masalah itu sendiri.
- Faktor umur
Kulit boleh mulai kehilangan keanjalannya seiring pertambahan usia, yang boleh menyebabkan penampilan kulit yang kurang ketegangan atau kendur sehingga terjadinya masalah lemak di garis rahang ini.
- Faktor genetik
Genetik juga mungkin memainkan peranan pada mereka yang memiliki dagu berlapis.
Sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit genetik yang menyebabkan masalah keanjalan kulit seperti dagu berlapis, berisiko untuk mengalami keadaan yang sama.
- Diet dan berat badan
Walaupun kenaikan berat badan tidak selalunya menjadi penyebab dagu berlapis, ia turut dapat menyumbang kepada faktornya.
Makanan tinggi kalori, makanan yang diproses, dan kandungan lemak tidak sihat boleh mempengaruhi kenaikan berat badan dan masalah lemak di bahagian dagu.
- Postur badan
Postur yang lemah dapat melemahkan otot leher dan juga dagu. Ini boleh menyebabkan dagu mulai berlapis dari masa ke masa, kerana kulit di sekitarnya akan hilang keanjalannya ketika otot tersebut tidak digunakan.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini dan ingin menyingkirkannya, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.
Cara hilangkan lemak bawah dagu melalui senaman
Walaupun tidak ada bukti saintifik yang menyatakan latihan yang berfungsi untuk menghilangkan dagu berlapis, anda masih boleh mencuba beberapa cara runcingkan dagu berikut.
- Latihan bola
Letakkan bola berukuran 9 sehingga 10 inci di bawah dagu anda. Kemudian, tekankan dagu anda ke bawah bola dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.
Baca juga: