Sebelum tindik telinga, apa yang perlu dilakukan atau boleh pergi terus tindik, ya?
Bagi wanita, tindik telinga adalah sesuatu perkara yang normal dan perlu dilakukan bagi membolehkan mereka memakai perhiasan seperti anting-anting pada telinga.
Walaupun kebanyakan wanita sudah bertindik sejak kecil lagi, ada juga wanita yang masih belum menindik telinga mereka atau mahu menambahnya.
Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang wanita perlu tahu sebelum menindik telinga.
Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi, mari kita sama-sama ikuti artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/ Tekak, sila dapatkannya di sini.
Perkara yang mesti anda ambil tahu sebelum tindik telinga
Tidak semestinya apa yang kita rancang itu perlu dijalankan serta-merta juga.
Dalam hal menindik telinga, mungkin anda perlu relaks sebentar dan ketahui beberapa perkara terlebih dahulu.
Persoalannya, apakah perkara-perkara yang dimaksudkan ini?
Jangan risau, Hello Doktor akan menjawabnya bagi pihak anda!
Ini dia beberapa perkara yang anda mesti ambil tahu sebelum tindik telinga:
#1. Pastikan anda sudah betul-betul bersedia
Paling penting, anda perlu memastikan bahawa diri anda sendiri sudah bersedia secara mental dan fizikal.
Dapatkan nasihat rakan-rakan dan ahli keluarga tentang perkara ini.
Jika mereka juga bersetuju dengan rencana anda, tetapkan hati anda dan mula cari pakar penindik telinga yang sesuai untuk anda!
#2. Gunakan khidmat pakar yang berkelayakan sahaja
Sesudah itu, anda perlu mencari pakar atau profesional dalam menindik telinga.
Pastikan mereka merupakan individu atau pusat yang sudah berdaftar dan mempunyai lesen untuk melakukannya ya?
Untuk lebih pasti, berjumpa terlebih dahulu dengan doktor pakar dermatologi di hospital untuk mendapatkan cadangan.
Baca juga:
#3. Makan sedikit terlebih dahulu sebelum tindik telinga
Menurut seorang pakar menindik telinga yang berpengalaman di Liberty, London, makan sebelum menindik telinga adalah idea yang bagus.
Ini kerana ia akan membantu kandungan gula dalam darah anda stabil lalu mampu mengurangkan rasa mual, pening dan mampu menghalang anda daripada jatuh pengsan ketika menindik telinga.
#4. Pastikan peralatan disterilkan terlebih dahulu sebelum tindik telinga
Sampai sahaja anda ke tempat menindik telinga tersebut, pastikan mereka menggunakan peralatan-peralatan yang bersih dan berkualiti seperti jarum yang sudah disterilkan.
Selain itu, pastikan juga mereka memakai sarung tangan yang bersih ketika menindik telinga anda ya?
Ini sangat penting untuk mengelak telinga anda daripada terkena jangkitan bakteria, kuman atau virus yang boleh mendatangkan bahaya.
Sesudah menindik telinga pula, pastikan mereka membersihkan kawasan yang ditindik dengan cermat dan teliti menggunakan peralatan yang juga telah disterilkan!
#5. Tindik telinga memang menyakitkan
Ya, ia memang menyakitkan namun untuk seketika sahaja.
Selain itu, pengalaman ini juga mungkin berbeza buat individu.
Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau mengenainya.
Jika kesakitan yang anda alami itu terlalu teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan ya?
#6. Beberapa implikasi akan berlaku selepas tindik telinga
Selesai sahaja menindik telinga, anda tidak boleh terus menggayakan anting-anting kegemaran anda kerana beberapa implikasi akan berlaku.
Antaranya adalah pendarahan, kerengsaan, bengkak dan parut.
Anda tidak perlu risau akan implikasi ini kerana ia adalah normal dan memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya.
Apa yang anda perlu risau adalah berlakunya jangkitan.
Oleh itu, sentiasa peka terhadap kondisi telinga anda selepas menindik telinga okay!
#7. Jangan pergi berenang buat sementara waktu
Anda perlu menjauhkan diri daripada kolam renang atau pantai buat seketika.
Ini kerana kandungan air yang kotor mungkin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk pada bekas luka anda menindik telinga.
Jika anda masih mahu melakukannya, lindungi telinga anda dengan menampal plaster pada bekas luka tersebut.
#8. Jika anda hamil, tangguhkan hasrat anda untuk tindik telinga
Menurut kajian, wanita yang hamil atau yang baru sahaja melahirkan anak perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum menindik telinga.
Ini bertujuan untuk menormalkan kembali tubuh badan dan keseimbangan hormon sebelum menghadapi trauma menindik telinga kelak.
Jadi, sila ambil tahu perkara ini sebelum tindik telinga
Kesimpulannya, jangan terus sahaja pergi menindik telinga tanpa mengetahui perkara-perkara ini ya?
Jika tidak, akan berlaku pelbagai komplikasi yang anda mungkin tidak mahu ia terjadi kepada anda!