backup og meta

Ada Masalah Hidung Tersumbat? Pakar Kongsi Tip Mudah, Sembuh Dengan Seks!

Ada Masalah Hidung Tersumbat? Pakar Kongsi Tip Mudah, Sembuh Dengan Seks!

Cari cara legakan hidung tersumbat? Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan mood seharian kita semua!

Pun begitu, ia adalah antara kondisi yang sangat biasa berlaku kepada individu terutamanya ketika dijangkiti demam, selesema atau flu.

Tidak lain tidak bukan, penawar hidung yang tersumbat dengan sejenis mukus bernama hingus ini adalah dengan mengambil ubatan.

Namun tahukah anda bahawa ada pakar yang kata ia boleh dilegakan dengan hanya melakukan seks bersama pasangan tercinta? Jom ikuti artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

Apa maksud & punca hidung tersumbat?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu definisi sebenar kondisi ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, hidung tersumbat adalah satu kondisi di mana tisu dan salur darah yang terdapat dalam hidung membengkak ekoran keradangan.

Ia kemudiannya akan membuat lubang hidung anda berasa seperti tertekan dan tersekat dengan pembengkakan ini.

Kadangkala, ia turut akan disertai sejenis mukus bernama hingus, ini bergantung kepada keterukannya.

legakan hidung tersumbat

Hidung tersumbat mungkin didalangi oleh pelbagai pencetus termasuklah:

  • Jangkitan sinus
  • Jangkitan flu
  • Alahan
  • Selesema
  • Asma
  • Udara kering
  • Makanan pedas
  • Gangguan tidur
  • Bendasing di dalam hidung
  • Perubahan hormon
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Kehamilan
  • Stres
  • Asap rokok
  • Alkohol
Selain faktor risiko yang kami nyatakan di atas, segala kondisi kesihatan yang berkaitan dengan hidung juga boleh jadi salah satu punca hidung tersumbat.

Persoalannya, apakah yang boleh dilakukan untuk melegakan hidung yang dipenuhi dengan hingus ini?

Seks boleh jadi penawar legakan hidung tersumbat?

Terkejut dengan penyataan kami? Mari kita selami apa kata pakar ini!

Menurut Pakar Otolaringologis Michael Benninger dari Cleveland Clinic’s Head and Neck Institute di Amerika Syarikat, ubatan dan berehat adalah satu kaedah rawatan yang terbaik.

Pun begitu, ada satu lagi perkara yang kalian mungkin boleh cuba lakukan iaitu mengajak pasangan melakukan hubungan seks.

Buat anda yang mungkin belum tahu, di dalam hidung kita semua terdapat tisu lembut yang dinamakan sebagai ‘turbinates’.

Ia dipenuhi dengan salur darah yang berfungsi lebih kurang sama seperti ereksi zakar lelaki – boleh membengkak dan membesar.

legakan hidung tersumbat

Jika tisu lembut ini terjejas akibat pencetus-pencetus yang kami nyatakan di atas, maka kondisi hidung tersumbat boleh berlaku lantas menyukarkan kalian untuk bernafas.

Dengan seks yang boleh diumpamakan sebagai satu senaman tubuh badan, maka kadar adrenalin dalam tubuh akan meningkat dan salur darah kalian akan menyempit.

Kurang aliran darah ke dalam hidung anda akan mengurangkan keradangan ini lantas melegakan hidung yang tersumbat serta memudahkan anda untuk bernafas.

Adakah ia akan sentiasa berkesan?

Dr. Benninger kata kesannya tidak akan sama setiap kali kalian cuba melaksanakan kaedah ini dan ia sangat bergantung kepada posisi seks kalian berdua.

Sekiranya anda dan pasangan lakukan posisi seks dengan hanya berbaring menelentang, maka ia mungkin akan kurang berkesan ekoran efek daripada graviti.

Justeru adalah wajar untuk kalian cuba bersenggama dengan posisi seks yang memerlukan kalian bergerak dengan lebih banyak dan aktif.

Berapakah tempoh ia mampu bertahan?

Dr. Benninger turut menyatakan bahawa kesannya tidak akan kekal seperti mana pengambilan ubatan dan berehat.

Menurut perkiraan beliau, penderita hidung tersumbat yang melakukan seks mungkin akan lega sekitar 45 minit sehingga 1 jam sahaja.

Ini kerana tubuh badan anda akan kembali seperti normal semula selepas orgasma seks.

Hah, mudah kan untuk legakan hidung tersumbat!

Selain seks, apa lagi anda boleh cuba untuk legakan hidung tersumbat?

legakan hidung tersumbat

Ya, tidak dapat dinafikan bahawa seks adalah salah satu daripada alternatif yang kalian boleh cuba untuk melegakan kondisi ini.

Pun begitu, anda tidak harus hanya bergantung kepada kondisi itu semata-mata kerana ubatan adalah rawatan yang paling utama.

Sekiranya berjumpa dengan doktor, mereka mungkin akan menyarankan kalian untuk ambil ubatan berikut:

  • Spray nasal jangka masa pendek
  • Spray nasal jangka masa panjang
  • Oral antihistamines

Dalam pada itu, ramai pakar turut mencadangkan petua legakan hidung tersumbat adalah untuk kalian berehat dengan hanya berbaring dan tidur selepas memakan ubatan ini.

Akan tetapi, kenapa tidak kalian cuba melakukan seks bersama pasangan yang sudah tentu banyak faedah yang lain juga bukan?

Cubalah taktik legakan hidung tersumbat ini!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Surprising Relief for Your Stuffy Nose? Have Sex. https://health.clevelandclinic.org/surprising-relief-for-your-stuffy-nose-have-sex/. Accessed May 12, 2023.
  2. Relieve Sinus Congestion and Pressure at Home. https://health.clevelandclinic.org/home-remedies-for-sinus-pressure/. Accessed May 12, 2023.
  3. Nasal congestion. https://www.mayoclinic.org/symptoms/nasal-congestion/basics/definition/sym-20050644. Accessed May 12, 2023.
  4. Sex and the nose: human pheromonal responses. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1885393/. Accessed May 12, 2023.
  5. Sexual implications of the nose. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/0010440X71900848. Accessed May 12, 2023.
  6. Stuffy or runny nose – adult. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/stuffy-or-runny-nose-adult#:~:text=A%20stuffy%20or%20congested%20nose,a%20cough%20or%20sore%20throat. Accessed May 12, 2023.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hidung Meleleh & Tak Selesa? Nah Cuba 9 Tip Hilangkan Selesema Ini, Berkesan!

Aduh, Tak Selesanya Bila Hidung Tersumbat Sebelah! Atasinya Dengan 5 Cara Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan