Siapa yang boleh tidur dengan tenang kalau penuh hingus dalam hidung setiap kali mahu masuk tidur? Persoalannya, apa punca hidung tersumbat ketika baring itu terjadi pada waktu malam?
Siapa yang boleh tidur dengan tenang kalau penuh hingus dalam hidung setiap kali mahu masuk tidur? Persoalannya, apa punca hidung tersumbat ketika baring itu terjadi pada waktu malam?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan ENT, anda juga boleh klik di sini.
Masalah ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sesak di dalam hidung. Ia mungkin boleh berlaku untuk seketika atau jangka masa panjang, bergantung kepada punca dan individu itu sendiri.
Punca utama yang mengakibatkan masalah ini adalah apabila mukus terkumpul di dalam rongga nasal. Mukus yang dimaksudkan itu dinamakan sebagai hingus, berbeza dengan kahak pada tekak.
Ada beberapa faktor risiko yang boleh jadi dalang hingus terperangkap di dalam lubang hidung, seperti berikut:
Apabila masalah ini berlaku, individu akan mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas sekali gus menjejaskan kualiti hidup terutama ketika sedang melakukan aktiviti seperti belajar atau bekerja.
Apa yang lebih membimbangkan, ia mungkin akan lebih teruk di waktu malam ketika mahu masuk tidur. Kenapa?
Seperti mana telah kami kata di atas tadi, punca hidung tersumbat terjadi adalah akibat daripada jangkitan dan alahan pada rongga nasal. Peliknya, kenapa ia biasa makin teruk pada waktu malam?
Untuk pengetahuan anda semua, ada sebab kenapa hidung anda akan makin tersumbat ketika mahu masuk tidur:
Pertama, memang benar jika anda sangka punca hidung tersumbat ketika baring itu bukan satu mitos tapi fakta!
Ini kerana di waktu siang anda mungkin lebih banyak duduk, berdiri dan bergerak. Ini akan menyebabkan hingus itu termasuk ke dalam tekak akibat daripada graviti secara semula jadi.
Pada waktu malam pula, anda sudah pasti akan lebih banyak berbaring bukan? Kesannya, hingus tadi akan kembali semula ke dalam rongga hidung sekali gus mengakibatkan ia tersumbat.

Kedua, adalah disebabkan oleh pengaliran darah ke bahagian atas tubuh badan anda yang meningkat ketika sedang berbaring. Ini termasuk juga di bahagian kepala dan rongga nasal individu.
Peningkatan aliran dalam saluran darah ini akan memicu tekanan berlebihan pada rongga nasal lalu membengkak dan mengakibatkan lebih banyak penghasilan dan pengumpulan hingus.
Ketiga, adalah diakibatkan oleh perubahan hormon terutama kortisol yang jauh lebih rendah pada waktu malam. Ia merupakan antara hormon terpenting untuk melawan jangkitan dan alahan.
Apabila hormon ini berada di tahap paling rendah, ia akan menyebabkan rongga nasal lebih mudah terkena jangkitan atau alahan sekali gus meningkatkan risiko masalah hidung tersumbat.
Lazimnya, suhu di kamar tidur anda tentu sahaja sejuk dan nyaman bukan? Terutama dalam kalangan masyarakat kita, tiada siapa yang mahu untuk masuk tidur dalam suasana panas!

Di saat suhu persekitaran menjadi terlalu sejuk, udara di sekeliling juga akan menjadi lebih kering. Apabila udara yang sebegini masuk ke dalam rongga nasal, ia akan merengsa dan meradang.
Maka, tidak hairan jika masalah hidung tersumbat itu sering dikaitkan dengan waktu tidur atau malam. Tetapi, masalah yang berlaku serta berulang hari-hari itu mungkin petanda penyakit lain.
Sebenarnya, masalah ini mungkin normal dan tidak pula berbahaya terhadap kebanyakan individu bergantung kepada punca ia berlaku. Pun begitu, siapa yang boleh tidur dengan hidung yang tersumbat?
Tenang, beberapa tip berikut boleh membantu anda untuk menjamin kuantiti dan kualiti tidur malam yang lebih baik:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor