backup og meta

Leukemia Sel Berbulu (HCL)

Definisi

Apa itu Leukemia Sel Berbulu (HCL)?

Leukemia sel berbulu atau Hairy cell leukemia (HCL) merupakan sejenis kanser darah yang menular. Ia adalah penyakit sel-B atau limfosit, sejenis sel darah putih. Kanser ini diberi nama sedemikian berdasarkan rupabentuk sel yang seakan-akan berbulu jika dilihat menerusi kanta mikroskop. Penyakit leukemia ini lebih cenderung dihidapi oleh golongan lelaki berbanding wanita — kebanyakannya lelaki pertengahan usia. Lebih kurang 2% kes leukemia dilaporkan adalah jenis leukemia sel berbulu.

Apakah kebarangkalian Leukemia Sel Berbulu (HCL)?

Leukemia sel berbulu boleh dikategorikan dalam penyakit kronik. Ia menyerang lebih ramai lelki berbanding wanita, dan selalu dihidapi oleh mereka berusia pertengahan umur. a boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berhubung dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Leukemia Sel Berbulu (HCL)?

Berikut merupakan simptom-simptom penyakit ini:

  • Kulit sangat mudah lebam dan berdarah
  • Berpeluh dengan banyak (terutamanya di waktu malam)
  • Keletihan
  • Selalu rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit
  • Jangkitan dan demam yang berulang
  • Kesakitan atau rasa mampat di bahagian atas perut sebelah kiri
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Sentiasa rasa tidak bermaya
  • Kejatuhan berat badan

Mungkin ada simptom lain yang tidak disebutkan. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika simptom-simptom ini berlanjutan tanpa tanda-tanda penyusutan. Status dan keadaan boleh berbeza-beza kepada setiap individu.  Sentiasa berbincang dengan doktor anda untuk merangka kaedah diagnostik, perubatan dan rawatan terbaik untuk anda.

Punca

Apakah Punca Leukemia Sel Berbulu (HCL)?

Ia berlaku apabila sel-sel membina kesilapan dalam DNA mereka dan membawa kepada pertumbuhan sel B yang tidak normal. Keadaan ini mewujudkan sel darah putih terlalu banyak dan menurunkan bilangan sel darah normal. Mengapa mutasi ini berlaku adfah tidak diketahui dan siantis masih lagi meneliti keadaan leukemia ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Leukemia Sel Berbulu (HCL)?

Terdapat beberapa faktor yang boleh memberikan risiko kepada penyakit ini:

  • Terdedah kepada radiasi.
  • Terdedah kepada bahan kimia
  • Terdedah kepada debu/serbuk kayu

Tiada faktor risiko, tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Tanda-tanda ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Leukemia Sel Berbulu (HCL) didiagnosis?

Pakar kesihatan akan membuat diagnosis awal dari sejarah perubatan, ujian darah, dan pemeriksaan fizikal. Diagnosis akhir bergantung kepada mencari sel darah putih khas berbulu di dalam darah. Rujukan akan dibuat kepada pakar darah (ahli hematologi). Biopsi tulang sumsum juga akan dilakukan. Dalam biopsi ini, hematologi mengambil contoh sumsum tulang untuk dikaji dibawah mikroskop dan melakukan ujian tambahan pada sampel sumsum tulang.

Bagaimana pesakit Leukemia Sel Berbulu (HCL) dirawat?

Rawatan mungkin tidak diperlukan untuk peringkat awal penyakit ini. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan transfusi darah sekali-sekala.

Sekiranya rawatan diperlukan kerana bilangan darah yang sangat rendah, rawatan kemoterapi boleh digunakan. Dalam kebanyakan kes, kemoterapi dapat melegakan simptom-simptom selama bertahun-tahun. Selain itu, doktor anda mungkin menggunakan ubat baru termasuk cladribine (2-CDA) dan 2 deoxycoformycin (DCF, pentostatin). Sekitar tiga perempat orang yang dirawat menggunakan kaedah ini menunjukkan tindakbalas yang positif. Kesan sampingan termasuk penurunan sementara dalam jumlah darah dan rasa kebas serta kesemutan dalam jari tangan dan jari kaki. Interferon atau rituximab mungkin dicuba jika kemoterapi tidak berfungsi atau pesakit tidak boleh menanggung kemoterapi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Leukemia Sel Berbulu (HCL)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi leukemia sel berbulu:

  • Sentiasa melakukan pemeriksaan berkala bagi mengenalpasti keadaan kesihatan anda.
  • Sila ikuti arahan doktor dan ambil ubat sepertimana yang disarankan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012. Download version
Hairy cell leukemia http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hairy-cell-leukemia/basics/definition/con-20026432. Accessed August 12, 2016.
Hairy cell leukemia https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000592.htm. Accessed August 12, 2016.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Mellisa Lim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bagaimanakah Kanser Boleh Dikesan? Ini Proses Diagnosis Yang Pesakit Perlu Tahu!

Ada Ahli Keluarga Menghidap Barah? Ini Tip Jaga Pesakit Kanser Daripada Penjaga Profesional


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan