home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pemeriksaan Mamografi Bawa Manfaat Kepada Lelaki

Pemeriksaan Mamografi Bawa Manfaat Kepada Lelaki

Pemeriksaan Mamografi dan Kanser Payudara

Lelaki mengalami kanser payudara. Tak sangka, bukan? Tetapi percayalah ia bukanlah satu perkara yang mustahil. Jadi bagaimana cara pemeriksaan yang boleh dilakukan untuk mengesan kanser ini?

Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Radiology menyatakan pemeriksaan mamografi selektif dapat membantu melakukan pengesanan berkaitan kanser payudara sekali gus berpotensi menyelamatkan nyawa.

Lelaki juga berisiko

Ia merupakan perkara jarang berlaku, tetapi kanser payudara merupakan penyakit yang mengancam nyawa. Menurut satu projek yang dijalankan oleh American Cancer Society, menyasarkan lebih kurang 2,670 kes baru melibatkan kanser payudara invasif akan didiagnosis pada lelaki pada 2019 dan lebih 500 daripadanya akan menyebabkan kematian.

Tiada garis panduan untuk individu lelaki dalam kumpulan yang berisiko tinggi seperti sejarah penyakit peribadi, mutasi genetik berkaitan kanser atau mempunyai ahli keluarga dengan penyakit kanser payudara ini.

Keadaan ini menyebabkan individu lelaki yang mengalami kanser payudara cenderung mempunyai risiko yang lebih serius berbanding wanita yang mengalami kanser ini.

Menurut Ketua Penyelidikan dari Jabatan Radiologi, New York University Langone Medical Center yang terletak di New York City, Dr Yiming Gao, “Pemeriksaan mamografi dapat membantu prognosis bagi wanita yang mengalami kanser payudara. Tetapi keadaan ini berbeza bagi lelaki. Jadi ketika mereka didiagnosis dengan kanser, ia sudah berada pada tahap yang kronik.”

Pemeriksaan mamografi dapat membantu

Melalui pemerhatian selama lebih 12 tahun yang dilakukan melibatkan 1,869 individu lelaki dengan median usia 55 tahun membuktikan pemeriksaan mamografi juga berkesan dalam membantu diagnosis kanser payudara pada lelaki.

Dr Gao memberitahu “Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mengesan kanser payudara lelaki lebih awal dengan menggunakan mamografi adalah jalan yang terbaik. Ini bermakna kanser payudara pada lelaki tidak hanya akan dapat dikesan apabila timbul gejala dan sekali gus dapat membantu mengesannya sebelum ia merebak ke nodus limfa, serta meningkatkan prognosis untuk bertahan hidup.”

Penyelidik turut menyifatkan pemeriksaan mamografi atau keupayaan untuk mengesan kanser payudara pada lelaki adalah 100 peratus. Manakala keupayaan untuk membezakan untuk membezakan kanser dengan penemuan lain adalah 95 peratus.

Keadaan ini adalah kerana lelaki mempunyai tisu breast fibroglandular yang kurang berbanding wanita yang sekali gus menyukarkan pengesanan kanser payudara pada wanita.

Perlukan lebih penyelidikan

Walau bagaimanapun, buat masa ini National Comprehensive Cancer Network (NCCN) tidak menyokong dapatan kajian ini berkaitan pemeriksaan mamografi kerana kekurangan bukti, walaupun kepada individu lelaki yang mempunyai risiko tinggi.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Dr Gao berharap hasil kajian ini akan memberikan asas untuk penyelidikan lebih lanjut dilakukan. Ini sekali gus membuka peluang untuk menyeragamkan pemeriksaan bagi individu lelaki yang berisiko tinggi.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada [date}
x