backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Terapi Hormon Untuk Kanser Payudara

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/10/2022

    Terapi Hormon Untuk Kanser Payudara

    Kanser payudara adalah tumor malignan yang bermula dan tumbuh di payudara. Tumor ini boleh tumbuh dan menyerang tisu berdekatan atau pergi ke organ lain yang jauh. Perkembangan ini disebut metastasis. Rawatan kanser payudara bertujuan untuk menghilangkan tumor ini dan mencegah pertumbuhan tumor pada masa depan.

    Terapi hormon adalah satu bentuk terapi sistemik, bermakna ia mencapai sel-sel kanser hampir di mana saja di dalam badan dan bukan hanya di payudara. Ia disyorkan untuk wanita dengan kanser payudara reseptor positif  (ER-positif dan/atau PR-positif), dan ia tidak membantu wanita yang tumornya reseptor negatif (kedua-dua ER dan PR-negatif).

    Bilakah terapi hormon digunakan?

    Terapi hormon sering digunakan selepas pembedahan (sebagai terapi adjuvan) untuk membantu mengurangkan risiko kanser yang datang kembali. Kadang-kadang ia bermula sebelum pembedahan (sebagai terapi neoadjuvan) juga. Ia biasanya diambil sekurang-kurangnya 5 tahun. Terapi hormon juga boleh digunakan untuk merawat kanser yang telah kembali selepas rawatan atau yang telah merebak ke bahagian badan yang lain.

    Bagimana terapi hormon berfungsi?

    Menurut Persatuan Kanser Amerika, dalam kanser payudara tertentu, hormon estrogen dan progestron wanita boleh merangsang pertumbuhan sel kanser. Kanser adalah hormon reseptor positif yang tumbuh apabila ia melekat pada reseptor sel kanser. Kira-kira dua pertiga daripada semua kanser payudara adalah hormon reseptor positif.

    Terapi hormon bertujuan untuk mencegah estrogen daripada mengikat kepada reseptor untuk melambatkan atau mencegah pertumbuhan kanser.

    Pakar patologi akan melakukan ujian ke atas sel-sel kanser payudara untuk menentukan sama ada mereka mempunyai reseptor yang memakan estrogen atau progesteron, merangsang pertumbuhannya. Jika sel kanser mempunyai reseptor ini, doktor anda boleh mengesyorkan ubat terapi hormon, seperti penghalang atau perencat. Kedua-dua jenis ubat ini membantu memusnahkan sel kanser dengan memotong bekalan hormon mereka.

    Kesan sampingan terapi hormon

    Seperti mana-mana rawatan, terapi hormon juga boleh menyebabkan kesan sampingan.  Setiap orang mepunyai tindak balas yang berbeza terhadap ubat-ubatan dan sesetengah orang mempunyai lebih kesan sampingan berbanding orang lain.

    Kesan sampingan terapi hormon yang paling biasa adalah simptom menopaus, seperti:

    • Berpeluh malam
    • Kekeringan faraj
    • Mengurangkan libido (nafsu seks)
    • Perubahan mood

    Kesan sampingan biasa dengan kebanyakan ubat hormon termasuk:

    • Sakit sendi/otot dan kekakuan
    • Sakit kepala
    • Loya
    • Kesan pada tulang
    • Kepenatan atau keletihan (keletihan yang melampau)

    Sesetengah kesan sampingan boleh dialami dengan semua terapi hormon, sementara yang lain adalah khusus untuk ubat tertentu. Jika anda perasan terhadap sebarang kesan sampingan, maklumkan kepada doktot anda segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan