backup og meta

Setiap Individu Perlu Buat Latihan Pernafasan & Bersenam Untuk Lebih SIHAT!

Setiap Individu Perlu Buat Latihan Pernafasan & Bersenam Untuk Lebih SIHAT!

Siapa kata pesakit kanser paru-paru tidak boleh bersenam? Sebenarnya, banyak kebaikan yang datang dengan amalan bersenam untuk pesakit kanser. Pesakit kanser boleh lakukan senaman ringan dan latihan pernafasan untuk buatkan hidup mereka lebih selesa setiap hari. 

Bersenam boleh bantu pesakit kanser untuk menyesuaikan diri dengan penyakit yang mereka hadapi. Selain itu, senaman juga boleh kurangkan keletihan yang dialami oleh pesakit akibat kanser.

Tambah lagi, amalan bersenam juga boleh mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan kanser dan mengurangkan risiko anda untuk menghidap penyakit lain!

Wah, banyak betul kebaikan bersenam untuk pesakit kanser paru-paru! Tetapi, bukan semua senaman sesuai untuk pesakit lebih-lebih lagi apabila sistem imun telah menjadi lemah.

Pesakit yang ingin bersenam perlulah mendapatkan persetujuan dan melakukan konsultasi dengan doktor terlebih dahulu. Jika doktor membenarkan anda melakukan senaman, pastikan anda mulakannya secara perlahan-lahan.

Kami ingin membantu pesakit kanser paru-paru yang ingin melakukan senaman. Jika ingin tahu senaman apa yang sesuai dengan anda, jom ikuti artikel kami di bawah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

Pastikan anda lakukan latihan pernafasan

latihan pernafasan

Salah satu simptom yang paling lazim dalam kalangan pesakit kanser paru-paru ialah sesak nafas.

Keadaan ini yang juga dikenali sebagai dyspnea merupakan satu simptom yang boleh membuatkan pesakit kanser paru-paru jadi stres ketika mereka sukar untuk bernafas.

Dyspnea merupakan satu keadaan yang boleh terjadi disebabkan kanser paru-paru itu sendiri atau sebagai salah satu kesan sampingan selepas rawatan kanser paru-paru.

Senaman pernafasan boleh bantu pesakit untuk kurangkan simptom sesak nafas supaya mereka boleh menjalani hidup dengan lebih selesa.

Salah satu senaman pernafasan yang pesakit boleh lakukan ialah diaphragmatic breathing atau pursed lips breathing. Jika ingin mencuba, anda boleh ikut langkah di bawah:

  • Anda boleh pilih untuk duduk atau berdiri. Tegakkan badan dan letakkan tangan pada kawasan abdomen
  • Tarik nafas melalui hidung dan tolak abdomen keluar. Ini akan membuatkan diafragma mengembang dan secara tidak langsung menambahkan isi padu paru-paru
  • Perlahan-lahan, hembus nafas melalui bibir (pastikan anda bentukkan bibir seperti mahu bersiul). Tolak abdomen ke dalam dengan perlahan hinggalah paru-paru kosong
  • Anda boleh ulang senaman yang sama beberapa kali sehari

Mengapa pesakit perlu lakukan latihan pernafasan?

Menurut kajian, senaman pernafasan telah terbukti dapat membantu pesakit kanser paru-paru yang melakukan rawatan secara pembedahan.

Dapatan kajian menunjukkan pesakit boleh menambah baik fungsi paru-paru jika melakukan senaman pernafasan.

Mereka juga didapati lebih aktif dalam melakukan aktiviti penjagaan diri atau self-care dan selalu mengikuti aktiviti sosial berbanding mereka yang tidak melakukan senaman pernafasan.

Selain itu, pesakit juga kurang gelisah dan tidak mengalami depresi yang melampau.

Jika anda ingin hidup dengan lebih selesa selepas rawatan kanser paru-paru, cuba lakukan senaman pernafasan. Latihan ini terbukti boleh meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.

Cuba lakukan senaman regangan

latihan pernafasan

Senaman mudah seperti regangan boleh bantu pesakit kanser paru-paru untuk lebih tenang dan relaks.

Setelah lama berehat dan tidak bergerak dengan aktif, maka senaman regangan boleh membantu pesakit untuk memperbaiki postur badan masing-masing.

Pergerakan yang dilakukan ketika aktiviti meregang akan membuatkan badan anda lebih fleksibel. Ini akan memudahkan anda untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah.

Jika dilakukan bersama latihan pernafasan, pesakit pasti dapat perhatikan perubahan positif dalam kehidupan seharian. Pesakit akan dapati mereka lebih mudah untuk bergerak dan juga bernafas.

Bagaimana hendak kekal selamat ketika bersenam?

  • Pesakit kanser paru-paru yang ingin bersenam perlulah lakukannya dengan selamat untuk elakkan sebarang kecederaan
  • Pastikan anda bersenam mengikut kemampuan. Jangan bersenam secara keterlaluan kerana badan anda mungkin tidak mampu melakukan senaman dengan intensiti yang sama seperti dahulu
  • Pastikan anda mulakan senaman dengan perlahan. Anda boleh lakukan senaman yang mudah seperti berjalan, berenang atau berbasikal
  • Gunakan pedometer atau telefon bimbit anda untuk rakam jumlah langkah yang diambil setiap hari. Kadangkala, anda mungkin tidak sedar tentang jumlah langkah yang anda ambil sehari
  • Perbaiki postur badan. Jika anda habiskan masa terlalu lama dengan duduk, lama-kelamaan postur badan anda akan jadi semakin merosot. Pastikan anda tegakkan badan supaya lebih mudah untuk bernafas
  • Rawatan kanser selalunya akan membuatkan pesakit hilang kekuatan otot. Cuba lakukan senaman kekuatan supaya badan anda jadi semakin kuat
  • Pastikan anda lakukan warm-up, regangan dan cool-down selepas senaman untuk elakkan kecederaan!

Kesimpulan

senaman regangan

Pesakit kanser paru-paru perlulah berkomunikasi dengan doktor sebelum melakukan sebarang senaman.

Jika anda bukanlah seorang yang aktif sebelum menerima rawatan kanser, mungkin anda perlu mulakan senaman secara perlahan.

Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk pesakit kanser. Oleh sebab itu, cubalah isi hari anda dengan melakukan pergerakan mudah supaya boleh menjalani hidup yang lebih aktif dan selesa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Lung Association. 2020. Breathing Exercises. May 27. Accessed October 22, 2020. https://www.lung.org/lung-health-diseases/wellness/breathing-exercises.
  2. Cancer.Net. 2018. The Benefits of Exercise for People With Lung Cancer. August 30. Accessed October 22, 2020. https://www.cancer.net/blog/2018-08/benefits-exercise-people-with-lung-cancer.
  3. Dana-Faber Cancer Institute. n.d. Exercising with lung cancer. Accessed October 22, 2020. https://www.dana-farber.org/health-library/articles/exercising-with-lung-cancer/.
  4. Lungcancer.net. 2017. Breathing Exercises. January 5. Accessed October 22, 2020. https://lungcancer.net/complementary-alternative-breathing-exercises/.
  5. Roy Castle Lung Cancer Foundation. n.d. Getting active and exercising. Accessed October 22, 2020. https://www.roycastle.org/about-lung-cancer/living-with-lung-cancer/getting-active/.

Versi Terbaru

30/08/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Lakukan Ujian Diagnosis Untuk Memeriksa Kanser Serviks, Jangan Takut Untuk Buat Prosedur Ini

Sejauh Mana Kanser Serviks Merebak, Usah Bimbang Ini Rawatan & Terapi Yang Boleh Dilakukan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan