Kanser Payudara: Ketahui Mengenai Metastasis Tulang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kadang kala, sel kanser dalam payudara boleh menyerang tisu sekeliling serta organ dalaman yang berdekatan seperti tulang, ini menyebabkan metastasis tulang. Metastasis tulang boleh terjadi pada mana-mana tulang dalam badan. Tetapi tulang pada spina, pelvik, dan peha lebih cenderung untuk metastasis tulang.

Metastasis Tulang

Individu yang mengalami metastasis tulang tidak menunjukkan sebarang tanda. Walau bagaimanapun, jika simptom ini terjadi, ia selalunya:

  • Sakit pada tulang;
  • Patah tulang;
  • Air kencing dan najis keluar dengan tidak sengaja;
  • Lemah pada kaki dan lengan;
  • Mual, muntah, sembelit yang disebabkan oleh paras kalsium tinggi di dalam darah.

Jika anda mengalami sebarang tanda di atas, anda perlu mendapatkan rawatan terutamanya jika anda pernah menghidapi kanser payudara dahulu.

Saintis percaya metastasis tulang disebabkan oleh sel kanser merebak dari tempat asalnya ke tulang dan bercambah. Walau bagaimanapun, sebab mengapa sel kanser merebak masih tidak jelas. Hampir kesemua jenis kanser boleh menyebabkan metastasis tulang. Kanser payudara bukan satu-satunya faktor risiko untuk metastasis tulang. Kanser lain yang boleh meningkatkan risiko anda kepada metastasis tulang seperti kanser buah pinggang, kanser paru-paru, kanser kelenjar prostat, kanser tiroid dan limfoma.

Kanser payudara: Ujian untuk metastasis tulang

Metastasis tulang boleh didiagnosis menggunakan ujian gambar seperti:

  • X-ray;
  • Pengimbas tulang;
  • CT scan;
  • MRI;
  • PET.

Rawatan untuk metastasis tulang

Bergantung kepada sejauh mana metastasis tulang anda merebak, doktor anda akan mengesyorkan rawatan terbaik untuk anda. Pilihan yang ada termasuklah:

  1. Ubat-ubatan

Ubat membina-tulang, di mana ubat ini digunakan untuk merawat individu dengan keadaan tulang menipis. Ubat ini membantu untuk menguatkan tulang dan mengurangkan kebergantungan pada ubat tahan sakit. Ubat membina-tulang boleh diambil secara oral atau suntikan. Walaupun pengambilan melalui suntikan dikira lebih berkesan, ia tetap mengakibatkan kesan sampingan yang sama seperti pengambilan secara oral termasuk sakit tulang, masalah buah pinggang, risiko untuk tulang rahang rosak. Oleh sebab metastasis tulang berpunca daripada sel kanser yang bergerak dari payudara, anda memerlukan kimoterapi untuk melawannnya. Kesan sampingan berbeza mengikut ubat spesifik yang diberi. Ubat tahan sakit sering di beri bagi melegakan kesakitan yang anda alami ketika rawatan.

  1. Pembedahan

Bagi sesetengah kes, prosedur pembedahan akan disyorkan bagi mengukuhkan tulang yang terlibat dan mengelakkan tulang daripada patah. Tulang yang lemah boleh dikuatkan dengan alatan penyokong seperti plat, skru, dan simen tulang.

Metastasis tulang tidak akan sembuh. Mujurlah ia boleh dirawat dengan penjagaan kesihatan dan terapi fizikal yang baik. Walaupun tulang yang rosak tidak boleh sembuh semula, rawatan yang diberikan akan mengurangkan kesakitan dan membantu anda untuk meneruskan kehidupan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"