Bolehkah Perubatan Herba Membantu Pesakit Kanser?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perubatan herba adalah salah satu terapi pelengkap dan alternatif yang paling biasa digunakan oleh pesakit kanser. Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 6 daripada setiap 10 orang dengan kanser (60%) menggunakan ubat-ubatan herba di samping rawatan kanser konvensional. Kajian pada pesakit kanser di UK pada tahun 2014 mendapati bahawa kebanyakan pesakit menggunakan ubat-ubatan herba supaya mereka dapat berasa lebih berupaya mengawal dan mengambil tindakan terhadap kanser mereka.

Bolehkah perubatan herba membantu?

Perubatan herba menggunakan tumbuhan, atau kombinasi ekstrak tumbuhan untuk merawat penyakit dan menggalakkan kesihatan. Walaupun pengguna perubatan herba percaya bahawa kaedah rawatan ini kurang kesan sampingan, hakikatnya tumbuhan mempunyai bahan aktif yang berupaya menyebabkan kesan tertentu kepada individu. Oleh itu, pesakit kanser perlu berhati-hati dalam penggunaan ubatan herba. Di samping itu, persoalan yang lebih penting daripada kesan sampingannya ialah adakah perubatan herba ini memberikan kesan baik kepada pesakit kanser?

Kekangan utama dalam penggunaan mana-mana perubatan pelengkap dan alternatif (complementary and alternative medicines) ialah kekurangan kajian yang meyakinkan terhadap kesan penggunaannya. Ini diburukkan lagi dengan lambakan produk komersial di pasaran yang mengandungi herba atau bahan alami lain dan diiklankan secara berlebihan sebagai ‘berupaya merawat kanser’, ‘menyembuhkan kanser’ dan ‘mencegah kanser’ tanpa bukti yang kukuh malah boleh memudaratkan pesakit.

Di Jepun yang sangat terkenal dengan ketelitian kajian sainsnya, perubatan herba dalam bentuk ‘Perubatan Kampo’ berjaya dikaji dengan baik dan diketengahkan dalam rawatan kanser. Bahkan hampir 70% daripada doktor perubatan moden di Jepun menetapkan perubatan Kampo kepada pesakit mereka untuk membantu merawat simptom-simptom kanser.

Perubatan Kampo dalam rawatan kanser

Perubatan Kampo adalah perubatan tradisional berasaskan herba dan bahan alami yang berasal daripada China dan diolah di Jepun. Perubatan Kampo menggunakan formulasi gabungan pelbagai bahan seperti kulit kayu manis, kulit kerang, halia dan kulit oren. Pendekatan perubatan Kampo adalah untuk merawat dengan menekankan mekanisme pertahanan tubuh dan kekuatan penyembuhan semula jadi. Dalam perubatan moden, tidak banyak penekanan diberikan untuk mengaktifkan dan menyuburkan fungsi tisu. Sebaliknya fokus utama adalah untuk melawan atau menyingkirkan punca penyakit. Oleh itu dalam rawatan kanser, kemoterapi dan radioterapi berkesan membunuh sel-sel kanser manakala perubatan Kampo membantu menangani kesan sampingan dengan cara meningkatkan keupayaan badan memulihkan diri.

Kesemua ubat-ubatan Kampo di Jepun dihasilkan oleh syarikat farmasi Jepun dan dikawal selia dengan ketat oleh agensi kerajaan. Disebabkan kualiti dan keselamatan formulasi Kampo, kajian klinikal tentang keberkesanannya dapat dilakukan dengan lebih teratur. Kesan penggunaan formulasi Kampo yang dilaporkan dalam kajian termasuklah mencegah kesan sampingan ubat anti kanser, mencegah sel kanser merebak dan membantu mengelakkan cachexia (penurunan berat badan dan otot) dalam pesakit kanser.

Penggunaan perubatan Kampo secara meluas dalam sistem kesihatan di Jepun merupakan contoh integrasi perubatan moden dan tradisional yang mengagumkan. Pesakit kanser di Jepun mempunyai akses kepada perubatan moden dan Kampo secara serentak apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital biasa. Sistem insurans di Jepun turut mencakupi penggunaan perubatan Kampo.

Kajian sains sebagai kunci penerimaan

Pada tahun 2015, Professor Youyou Tu daripada China dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fisiologi atau Perubatan kerana sumbangannya pada kajian yang membawa kepada penemuan artemisinin, ubat antimalaria. Kajian melalui manuskrip lama perubatan Cina tersebut membawa kepada penghasilan ubat yang telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa. Jelasnya, perubatan herba bukanlah tidak diterima dalam dunia perubatan moden. Sebaliknya memerlukan kajian teliti dan bukannya produk dengan dakwaan penyembuhan melampau tanpa sokongan kajian.

Di Malaysia, kajian mengenai perubatan tradisional Melayu masih lagi berada di tahap permulaan. Masih banyak manuskrip perubatan lama yang tidak diselenggara dan ditulis semula. Terdapat tokoh seperti Dr Abdul Ghani Hussain, seorang doktor perubatan dengan minat mendalam pada herba yang mendokumentasikan kembali perubatan herba daripada manuskrip Melayu lama. Meskipun masih jauh daripada hasil global, ia merupakan langkah ke arah yang betul agar kajian lanjut dapat dijalankan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Kanser Hati: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit hati merupakan barah keenam terlazim di dunia. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan simptom namun jika dirawat awal mungkin ada potensi sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Hati 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Penyakit kanser kesan daripada duduk terlalu lama? Bahaya, cuba baca artikel ini. Pastikan anda bukan dari golongan mereka yang terlalu banyak duduk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kanser testis adalah bahaya buat lelaki. Persoalannya, apa perkara yang akan berlaku pada alat sulit ketika ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

    Satu kajian berkaitan dengan tabiat berjemur dan kanser kulit (berpunca daripada radiasi matahari) telah menggemparkan komuniti sains. Menurutnya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit prostat

    Menghidap Kanser Prostat, Jangan Takut Untuk Buat Saringan & Diagnosis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 6 minit bacaan
    bulan kesedaran kanser payudara

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    jenis kanser perut

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    cara merawat hati

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan