backup og meta

Saintis Cipta Sistem Imunoterapi Baru Untuk Kesan Sel Kanser - Kajian

Saintis Cipta Sistem Imunoterapi Baru Untuk Kesan Sel Kanser - Kajian

Sel kanser adalah pakar dalam menyorok dan mengelak daripada dikesan dalam tubuh badan. Disebabkan itu, sangat sukar untuk doktor mengesahkan keberadaan sel ini pada pesakit. Akan tetapi, masa depan pengesanan sel ini mungkin akan berubah kelak kerana saintis telah berjaya mencipta satu sistem imunoterapi baru untuk kesan sel kanser.

Kajian terkini di Amerika

Para saintis dari Yale University, Amerika dikatakan telah berjaya mencipta satu sistem baru yang boleh membuat sel kanser lebih mudah dikesan. Ini sekali gus membantu sistem imun untuk melawan tumor yang sukar ditewaskan oleh sistem imunoterapi yang sedia ada.

Sistem ini telah diuji secara klinikal terhadap tikus makmal dan hasilnya sangat menakjubkan. Ia berjaya mengurangkan atau menyingkirkan melanoma dan tumor yang wujud dalam badan tikus tersebut, walaupun ia berada jauh daripada sumber tumor paling utama.

Menurut Sidi Chen, salah seorang daripada pengkaji yang juga pensyarah bidang genetik mengatakan bahawa sistem ini adalah satu sistem imunoterapi yang paling baharu. Kajian lanjutan mungkin perlu dilakukan untuk benar-benar pasti akan keberkesanannya.

Sistem imunoterapi terbaharu

Imunoterapi telah merevolusikan rawatan kanser namun terapi yang sedia ada tidak dapat merawat kesemua pesakit. Ini disebabkan oleh terapi sedia ada kadang kala tidak berjaya atau kurang efektif dalam mengesan kesemua molekul sel kanser yang wujud dalam tubuh badan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, para saintis telah membangunkan satu sistem yang menggabungkan terapi viral gene dengan teknologi CRISPR gene-editing yang dinamakan sebagai Multiplexed Activation of Endogenous Genes as Immunotherapy (MAEGI).

Sistem ini berupaya untuk berfungsi sebagai GPS untuk setepatnya mengesan lokasi sel itu berada dan mengeluarkan signal. Secara teorinya juga, sistem ini dikatakan sangat efektif melawan pelbagai jenis kanser termasuklah yang sukar dikalahkan oleh imunoterapi lain.

Konklusi

Kesimpulannya, sistem imunoterapi terkini yang dibangunkan oleh saintis ini mungkin akan menjadi titik tolak kepada masa depan rawatan kanser yang lebih mapan. Akan tetapi, kajian lanjutan masih perlu dijalankan agar ia benar-benar terbukti berkesan terhadap manusia. Jika berjaya, sel kanser yang sangat pakar menyorok dan mengelak daripada dikesan mungkin akan dapat ditewaskan akhirnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Scientists Help Immune System Find Hidden Cancer Cells. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/10/191014111747.htm. Accessed on October 17, 2019.

 

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Betul Ke Biji Aprikot Boleh Rawat Kanser? Klik Artikel Untuk Jawapan

Ada Ahli Keluarga Menghidap Barah? Ini Tip Jaga Pesakit Kanser Daripada Penjaga Profesional


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan