backup og meta

Diagnosis Kanser Kolorektal, Pemeriksaan Awal Ini Penting Untuk Menentukan Rawatan Terbaik

Diagnosis Kanser Kolorektal, Pemeriksaan Awal Ini Penting Untuk Menentukan Rawatan Terbaik

Secara amnya, cara merawat usus atau ujian saringan kanser kolorektal boleh dilakukan apabila mencecah usia 45 tahun dan ke atas.

Jika pesakit dikesan menghidap penyakit ini, doktor akan mencadangkan cara merawat usus yang terbaik setelah melakukan diagnosis ke atas kanser usus yang pesakit alami. 

Namun, bagi mereka yang mempunyai faktor risiko, saringan kebiasaannya dilakukan lebih awal bagi mengesan perubahan pra kanser.

Diagnosis bagi barah kolorektal tidak boleh dibuat berpandukan kepada pemeriksaan fizikal semata-mata.

Oleh sebab itu, langkah yang diambil bagi mencapai sesuatu diagnosis melibatkan pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal.

Selepas melakukan diagnosis, doktor akan menentukan cara merawat usus yang bersesuaian dengan tahap kesihatan serta kanser yang pesakit alami.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Kolorektal, sila dapatkannya di sini.

Cara merawat usus – sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal

Pelbagai jenis soalan berkaitan dengan sejarah perubatan akan diperolehi termasuklah simptom, sejarah penyakit kronik dan sejarah kanser di dalam keluarga.

Melalui maklumat tersebut, doktor akan mengenal pasti faktor risiko bagi seseorang itu untuk mendapat kanser kolorektal.

Pemeriksaan fizikal akan dilakukan bagi mencari tanda yang menunjukkan tinggi kebarangkalian untuk pesakit didiagnosis dengan masalah kanser.

Semasa pemeriksaan tersebut berlangsung, doktor akan menekan abdomen pesakit untuk melihat sekiranya ada kesakitan atau benjolan.

Pemeriksaan tanda klinikal penting seperti kadar degupan jantung, tekanan darah dan sebagainya turut diambil bagi memastikan tahap kesihatan pesakit berada pada paras optimum.

Selain daripada itu, pemeriksaan rektal digital turut akan dijalankan bagi melihat jika terdapat bengkak pada prostat atau darah dalam najis.

Berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal tersebut, beberapa ujian akan dilakukan oleh doktor bagi memperkuatkan dakwaan diagnosis sedia ada.

Cara merawat usus – Ujian makmal

Pelbagai jenis ujian makmal dan cara merawat usus yang boleh dijalankan bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat barah kolorektal.

Walaupun kebanyakan daripadanya tidak semestinya menjurus kepada diagnosis kanser, ia boleh memberi gambaran yang lebih jelas kepada doktor berkenaan dengan keadaan kesihatan pesakit.

Antara cara merawat usus adalah:

  1. Ujian darah (CBC): Parameter darah penting bagi memastikan masalah kesihatan seperti anemia (kurang darah merah), jangkitan dan masalah berkaitan darah kuning. 
  2. Ujian fungsi hati (LFT): Oleh sebab kanser usus berisiko untuk tersebar ke organ hati, status fungsi hati boleh memberikan indikasi jika proses penyebaran tersebut telah berlaku.
  3. Tanda tumor: Sel kanser boleh menghasilkan tanda kimia dan ia boleh tersebar melalui salur darah. Sebagai contoh, bagi kanser kolorektal, ia boleh menghasilkan protein CEA. Walau bagaimanapun, ujian ini tidak semestinya tepat terutamanya pada peringkat awal kanser. Oleh sebab itu, Persatuan Onkologi Klinikal Amerika (ASCO) tidak menyarankan penggunaan parameter ini untuk mendiagnosis kanser kolorektal.

Ujian Kolonoskopi 

Jika anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser kolorektal (melalui sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan ujian darah), doktor akan membuat prosedur kolonoskopi bagi mengesahkan diagnosis tersebut.

Semasa pemeriksaan tersebut berlangsung, tiub fleksibel (dilengkapi dengan kamera) yang dikenali sebagai kolonoskop akan dimasukkan ke dalam saluran dubur anda.

Doktor akan memantau keadaan rektum dan usus besar melalui skrin monitor.

Sepanjang prosedur, anda akan diberikan ubat bius supaya tidak merasa sakit atau tidak selesa.

Biopsi tisu kolorektal

Jika terdapat ketumbuhan pada usus besar ketika pemeriksaan kolonoskopi sedang dijalankan, doktor akan mengambil cebisan tisu tersebut untuk diperiksa di bawah mikroskop. Prosedur ini merupakan sejenis diagnosis kanser kolorektal yang dikenali sebagai biopsi.

Analisis pengesahan kanser kolorektal akan dijalankan menggunakan sampel tisu tersebut.

Sekiranya positif, rawatan akan diberikan berdasarkan kepada tahap kanser yang dialami oleh pesakit.

Cara merawat usus – Ujian imbasan

cara merawat usus

Terdapat beberapa modaliti imbasan yang boleh digunakan oleh doktor bagi mengenal pasti tahap kanser kolorektal. Ujian imbasan juga dilakukan supaya doktor boleh menentukan cara merawat yang paling sesuai untuk pesakit kanser usus. 

Prosedur ini perlu dilakukan sebelum rawatan diberikan bagi mengetahui potensi kesembuhan pesakit.

Antara alat imbasan yang sering digunakan untuk menganalisis keadaan kanser kolorektal adalah seperti berikut:

  1. X-ray dada
  2. Imbasan tomografi berkomputer (CT) abdomen dan pelvis
  3. Pengimejan resonan magnet (MRI) organ hati 
  4. Imbasan tomografi pancaran positron (PET) – jarang digunakan 

Tahap kanser kolorektal

Secara amnya, terdapat 5 tahap kanser kolorektal iaitu tahap 0, 1, 2, 3 dan 4.

Pelbagai jenis faktor perlu diambil kira dalam proses pengelasan tahap kanser seperti saiz, lapisan anatomi yang terlibat dan sama ada kanser sudah merebak.

Tahap 0

Turut dikenali sebagai carcinoma in situ (in situ bermaksud di kedudukan asal). 

Keadaan ini didiagnosis apabila kanser tumbuh tidak melebihi lapisan dalam organ usus besar.

Tahap 1

Kanser sudah menembusi lapisan mukosa pada dinding usus besar yang masuk ke dalam lapisan submukosa dan otot.

Namun, ia masih belum tersebar di tisu berdekatan dengan usus besar atau kelenjar limfa.

Tahap 2

Terdapat beberapa senario yang menunjukkan anda menghidap kanser kolorektal tahap 2. 

Antaranya adalah:

  1. Kanser sudah menembusi lapisan luar usus besar namun belum tersebar ke tisu atau kelenjar limfa berdekatan (2A).
  2. Kanser sudah menjalar ke lapisan otot abdomen yang turut dikenali sebagai peritoneum visera (2B).
  3. Ketumbuhan sudah tersebar ke organ berdekatan dengan usus besar. Namun, kelenjar limfa masih bebas sel kanser (2C).

Tahap 3

Jika anda didiagnosis dengan kanser kolorektal tahap 3, ia boleh disebabkan oleh:

  1. Kanser sudah tumbuh sehingga ke lapisan otot usus besar. Ia telah tersebar ke tisu berdekatan dengan usus besar dan 1 hingga 3 kelenjar limfa berdekatan (3A).
  2. Kanser telah menembusi dinding usus besar atau telah melekat pada organ berdekatan. 1 hingga 3 kelenjar limfa berdekatan dengan organ tersebut turut terlibat (3B).
  3. Tidak kira pada kedalaman kanser, jika ia telah merebak ke 4 atau lebih kelenjar limfa, ia diklasifikasikan sebagai kanser kolorektal jenis 3C.

Secara amnya, perubahan kanser yang berlaku pada kanser jenis 3 tidak melibatkan organ dari sistem lain.

Tahap 4

Seperti kanser kolorektal tahap 2 dan 3, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendiagnosis barah kolorektal tahap 4.

Walau bagaimanapun, kanser tahap ini lebih mudah didiagnosis memandangkan sifat utamanya adalah ia sudah tersebar ke organ atau kelenjar limfa yang jauh.

Rawatan bagi kanser tahap 4 agak mencabar.

Ini kerana, majoriti tidak mempunyai potensi kesembuhan yang memberangsangkan namun terdapat rawatan yang boleh mengurangkan gejala yang dialami oleh penghidap.

Diagnosis perbezaan

cara merawat usus

Seperti kanser lain, simptom kanser kolorektal tidak spesifik kepada keadaan kesihatan tersebut.

Terdapat masalah kesihatan lain yang turut menyebabkan gangguan fisiologikal yang serupa dengan masalah kanser. Masalah kesihatan ini memerlukan cara merawat yang berbeza dengan kanser usus besar. 

Antaranya adalah:

  1. Buasir: Ia merupakan keadaan kesihatan yang menyebabkan salur darah vena pada kawasan anus membengkak. Ia boleh menyebabkan simptom sakit semasa buang air besar dan pendarahan tanpa simptom sakit.
  2. Sindrom usus rengsa (IBS): Simptom sakit abdomen lazim dialami oleh pesakit yang didiagnosis dengan masalah IBS. Walau bagaimanapun, tahap kesakitan masalah kesihatan tersebut berkurangan setelah nyahtinja.
  3. Apendisitis: Apendiks merupakan organ yang berupa jari yang terletak pada usus besar. Keradangan pada struktur tersebut boleh menyebabkan sakit abdomen bahagian kanan bawah, muntah, loya, cirit-birit dan hilang selera makan.
  4. Kolitis jangkitan: Apabila jangkitan pada usus besar menyebabkan keradangan, pesakit boleh mengalami masalah sakit abdomen dan demam.
  5. Jangkitan pundi kencing: Selain daripada sakit pada bahagian suprapubik (abdomen bahagian bawah tengah), simptom seperti kerap kencing dan sakit ketika kencing.
  6. Batu karang buah pinggang: Penghidap seringkali mengalami sakit pada bahagian belakang bawah sehingga menjalar ke abdomen depan. Mereka juga boleh mengadu terdapat darah di dalam air kencing.

Konklusi

Cara merawat usus dan diagnosis bagi masalah kanser kolorektal dibuat berpandukan kepada sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan dapatan ujian makmal serta imbasan.

Cara merawat usus juga mungkin berbeza mengikut tahap yang pesakit alami. Oleh itu, pemeriksaan secara sistematik perlu dilakukan supaya rawatan boleh diberikan mengikut tahap kanser yang sesuai.

Jika anda mengalami mana-mana simptom kanser kolorektal, buat pemeriksaan segera di fasiliti kesihatan berdekatan.

[embed-health-tool-bmi]

#OpenYourMind #CelikKanser

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Colorectal cancer screening for average‐risk adults: 2018 guideline update from the American Cancer Society. (https://acsjournals.onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.3322/caac.21457). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  2. Colorectal cancer management. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK12696/). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  3. 2006 Update of ASCO Recommendations for the Use of Tumor Markers in Gastrointestinal Cancer. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2793647/). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  4. Colorectal Cancer Screening and Prevention. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29763272/). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  5. Cancer colon. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK470380/). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  6. Colorectal cancer. (https://www.cancer.org/cancer/colon-rectal-cancer). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  7. Prediction of overall survival in stage II and III colon cancer beyond TNM system: a retrospective, pooled biomarker study. (https://www.annalsofoncology.org/article/S0923-7534(19)32024-1/fulltext). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  8. Colon Cancer After Acute Diverticulitis Treatment. (https://coloproctol.org/journal/view.php?doi=10.3393/ac.2013.29.4.167). Diakses pada 28 Ogos 2020.
  9. Colorectal Cancer: Stages. (https://www.cancer.net/cancer-types/colorectal-cancer/stages#:~:text=Stage%200%3A%20This%20is%20called,T2%2C%20N0%2C%20M0).). Diakses pada 28 Ogos 2020.

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

AWAS! Risiko Dapat Kanser Kolorektal Tinggi Jika Anda Ada 22 Faktor Ini

Kanser Kolorektal Ketiga Didiagnosis Di Dunia, Kenali Simptom Penyakit Ini Dari Awal


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan