Definisi
Apa itu Pembesaran Hati?
Hepatomegaly ialah hati yang membengkak melebihi saiz normalnya. Pembesaran tidak normal pada hati mungkin tanda-tanda pelbagai jenis penyakit.
Apakah kebarangkalian Pembesaran Hati?
Hepatomegaly boleh terjadi kepada semua individu. Ia lazim berlaku kepada orang yang lebih tua. Tetapi, ia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak yang terbakar teruk atau dijangkiti parasit dan lain-lain. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Pembesaran Hati?
Pembesaran hati tiada simptom. Tanda-tanda dan simptom keadaan ini ialah:
- Sakit pada bahagian atas kanan perut;
- Letih;
- Sakit otot (myalgia);
- Loya;
- Hilang selera makan dan hilang berat badan;
- Kulit dan bahagian putih mata menjadi kuning (jaundis);
- Gatal;
- Muntah;
- Bengkak kaki dan tangan; mudah lebam;
- Bertambah saiz abdomen.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:
- Sakit abdomen yang teruk;
- Deman dan jaundis;
- Muntah darah atau berwarna seakan-akan kopi;
- Sesak nafas;
- Najis hitam, busuk atau merah terang.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apakah Punca Pembesaran Hati?
Diantara punca lazim pembesaran hati ialah:
- Penyakit hati alkohol, meliputi penyakit alkoholik fatty liver, hepatitis alkoholik dan cirrosis.
- Penyakit lemak hati bukan alkoholik, penyakit metabolik berkaitan gaya hidup.
- Hepatitis virus (hepatitis A, B, C, D, atau E).
- Kanser hati atau kanser yang merebak ke hati daripada organ berbeza.
Terdapat penyakit hati yang kurang lazim menjadi punca pembesaran hati:
Kanser
- Beberapa jenis leukemia;
- Beberapa jenis lymphoma;
- Multiple myeloma;
Penyakit Genetik
- Hemochromatosis;
- Penyakit Wilson;
- Penyakit Gaucher;
Masalah jantung dan saluran darah
- Saluran darah tersumbat (Budd – Chiari syndrome);
- Kegagalan fungsi jantung;
- Injap jantung trikuspid atau mitral menjadi sempit (stenosis).
Jangkitan
- Hati bengkak bernanah, disebabkan oleh parasit (amebiasis) atau bakteria;
- Jangkitan parasit lain (malaria, schistosomiasis, fascioliasis, dan toxocariasis);
- Demam berulang, manusia mendapat penyakit ini daripada kutu atau pijat badan.
Musnah akibat toksin
- Ubat -ubatan – penyebab kecederaan hati seperti acetaminophen (Tylenol,dan lain-lain) dan amoxicillin – clavulanate (Augmentin, Amoclan);
- Hepatitis toksik akibat terdedah kepada racun, seperti bahan kimia industri, karbon tetrachloride dan kloroform.
Penyakit kompleks hati dan sistemik
- Amyloidosis;
- Autoimmune hepatitis;
- Primary biliary cirrhosis;
- Primary sclerosing cholangitis;
Gangguan metabolisma
- Perubahan metabolism glykogen/penyakit penyimpanan glykogen;
- Kekurangan enzim lisosomal asid lipase.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pembesaran Hati?
Terdapat banyak faktor risiko bagi hepatomegaly, antaranya ialah:
- Alkohol berlebihan: minum alkohol dalam kuantiti yang besar boleh merosakkan hati.
- Ubat, vitamin atau supplemen berdos tinggi; pengambilan vitamin, supplemen atau ubat OTC dan ubat yang dipreskrip melebihi dos cadangan meningkatkan kerosakan hati.
- Herba perubatan: sesetengah herba termasuklah comfrey, ma huang dan mistletoe,boleh meningkatkan risiko kerosakan hati.
- Paras AST, ALT yang tinggi (enzim punca kerosakan hati).
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit Pembesaran Hati didiagnosis?
Sebahagian pemeriksaan fizikal untuk mengesan penyakit hati, doktor menggunakan hujung jari untuk menekan bahagian kanan perut anda, di bawah tulang rusuk dan merasa (palpate) bahagian bawah hujung hati, mengesan saiz, tekstur dan kesakitan ketika menekan hati. Bergantung kepada puncanya, pembesaran hati mungkin berasa lembut, keras atau tidak seragam. Benjolan yang jelas juga mungkin dapat dikesan.
Pemeriksaan ini hanya menyediakan anggaran saiz hati secara kasar. Untuk ukuran yang lebih tepat, anda perlu melakukan imbasan, biasanya bermula dengan ultrasound abdomen. Sekiranya diperlukan imbasan yang lebih terperinci, anda perlu menjalani imbasan CT atau MRI (magnetic resonance imaging).
Apabila doktor anda mengenalpasti bahawa anda mempunyai pembesaran hati, ujian lanjut akan membantu mengesan puncanya. Ujian ini termasuklah:
- Ujian darah.sampel darah akan diuji untuk mengesan paras enzim hati. Ia boleh memberi klu tentang kesihatan hati anda. Ujian darah juga dapat mengesan virus-virus penyebab pembesaran hati seperti hepatitis virus.
- Magnetic resonance elastography mengunakan gelombang shear untuk menghasilkan peta pembayang (elastogram) kekakuan tisu hati. Ujian ini tidak berbahaya dan boleh dijadikan alternatif kepada biposi hati.
- Membuang sampel tisu hati untuk diuji (biopsi hati). Doktor akan mencadangkan biopsi untuk mengumpulkan tisu hati bagi ujian makmal. Biopsi hati ini biasanya dilakukan menggunakan jarum halus dan panjang dan dimasukkan melalui kulit anda dan kemudiannya ke dalam hati anda. Jarum ini mengambil tisu utama dan kemudiannya dihantar ke makmal untuk tujuan ujian. Doktor anda mungkin menggunakan ultrasound untuk membantu proses biopsi.
Ujian untuk menentukan punca hepatomegaly pelbagai, bergantung kepada punca yang disyaki, tetapi ia termasuklah:
- X-ray abdomen;
- Ultrasound abdomen (mungkin dilakukan untuk memastikan keadaan ini jika doktor anda merasakan hati anda membesar semasa pemeriksaan fizikal);
- Imbasan CT abdomen;
- Ujian fungsi hati, termasuk ujian pembekuan darah;
- Imbasan MRI pada abdomen.
Bagaimana pesakit Pembesaran Hati dirawat?
Pilihan rawatan anda bergantung kepada gangguan sedia ada yang menjadi punca pembesaran hati. Beberapa rawatan yang dicadangkan oleh doktor anda ialah:
- Ubat dan rawatan untuk kegagalan fungsi hati atau jangkitan seperti hepatiis C
- Kimoterapi, pembedahan atau radiasi untuk kanser hati;
- Tansplan hati untuk kerosakan hati;
- Merawat sumber kanser metastatik;
- Rawatan untuk lymphoma atau leukeia, bergantung kepada jenis, tahap merebak dan kesihatan anda secara keseluruhan.
- Berhenti minum alkohol dan ubat-ubatan lain.
Beberapa punca lazim termasuk hepatitis alkoholik dan penyakit lemak hati bukan alkoholik, akan pulih secara berperingkat dengan menjauhi alkohol, diet yang sihat, kerap bersenam dan penurunan berat badan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pembesaran Hati?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi hepatomegaly:
- Pilih diet yang sihat. Pilih diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
- Bersederhana dalam pengambilan alkohol, jika perlu. Periksa dengan doktor anda untuk mengetahui kuantiti yang sesuai untuk anda.
- Patuhi arahan semasa mengambil ubat, vitamin atau supplemen. Hadkan diri anda mengikut dos cadangan semasa mengambil vitamin, supplemen, dan ubat OTC (over-the-counter/ atau ubat yang dipreskrip.
- Hadkan sentuhan dengan bahan kimia. Gunakan pembersih aerosol, racun serangga dan bahan kimia toksik yang lain hanya pada kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Tambahan lagi, pakai sarung tangan, baju lengan panjang dan topeng muka.
- Kekalkan berat badan yang ideal. Jika anda mempunyai berat badan yang sihat, cuba untuk kekalkannya. Jika anda perlu menurunkan berat badan, kuragkan jumlah kalori setiap hari dan tingkatkan senaman harian. Tanya doktor anda cara-cara untuk menurunkan berat badan.
- Gunakan supplemen dengan berhati-hati. Berbincang dengan doktor anda tentang risiko dan manfat supplemen harian dan herba sampingan sebelum mengambilnya. Kebanyakan produk ini boleh membahayakan hati anda terutamanya yang mengandungi kombinasi bahan-bahan dan dipasarkan untuk membina badan atau mengurangkan berat badan. Herba khusus yang perlu dielakkan ialah germander, chaparral, senna, mistletoe, comfrey, ma huang, valerian root, kava, celandine, dan ekstrak teh hijau.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.