backup og meta

Winter's Bark

Kegunaan

Apakah kegunaan Winter’s Bark?

Winter’s Bark adalah kulit pohon (Drimys Winteri). Serbuk kulit kayu ini digunakan untuk membuat ubat.

Orang mengambil Winter’s Bark untuk masalah pencernaan termasuk gas usus (flatulens), kolik, dan sakit perut.

Winter’s Bark kadang-kadang digunakan terus ke kawasan yang terjejas untuk sakit gigi dan iritasi kulit.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Winter’s Bark?

Sebelum mengambil herba ini, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap herba ini atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Tidak ada maklumat mencukupi yang didapati untuk mengetahui kadar keselamatan Winter’s Bark atau kemungkinan kesan sampingannya.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusukan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Winter’s Bark?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Winter’s Bark?

Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herbal anda sebelum menggunakan Winter’s Bark.

Apakah dos Winter’s Bark yang biasa?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan Winter’s Bark

Winter’s Bark boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Winter’s Bark mentah

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Winter’s Bark http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-341-winter%27s%20bark.aspx?activeingredientid=341&activeingredientname=winter%27s%20bark Accessed August 23, 2017.

Winter’s Bark

http://www.botanical.com/botanical/mgmh/w/winbar25.html Accessed August 23, 2017.

Versi Terbaru

12/09/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Bermasalah LEMAH BATIN, Mungkin Boleh Cuba 5 Herba Tradisional Ini!

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan