Kegunaan
Apakah kegunaan stavesacre?
Stavesacre adalah tumbuhan. Bijinya, walaupun beracun apabila diambil melalui mulut, digunakan untuk membuat ubat yang disapu pada kulit.
Cucian atau salap yang dibuat dari biji stavesacre digunakan pada kulit untuk merawat kutu dan sakit saraf.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil stavesacre?
Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
- Anda mempunyai alahan terhadap stavesacre atau ubatan atau suplemen lain
- Anda mempunyai penyakit atau masalah kesihatan yang lain
- Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Adakah ia selamat?
Stave sacre tidak selamat untuk diambil melalui mulut.
Masih belum diketahui sama ada stavesacre selamat apabila disapu pada kulit. Ia boleh menyebabkan bengkak (inflamasi), kemerahan kulit, dan masalah kulit yang lain.
Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus
Walaupun stavesacre tidak selamat bagi sesiapa sahaja untuk mengambil mulut, sesetengah orang sangat sensitif terhadap kesan toksik tersebut. Berhati-hati agar tidak menggunakan stavesacre jika anda mempunyai salah satu keadaan berikut:
Kehamilan dan penyusuan bayi: Adalah tidak selamat untuk mengambil stavesacre melalui mulut. Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada ia selamat untuk disapu pada kulit. Ambil langkah selamat dan elakkan menggunakan stavesacre jika anda hamil atau menyusu.
Masalah perut atau usus: Stavesacre dapat merengsakan lapisan perut dan usus serta dapat membuat masalah perut dan usus menjadi lebih buruk.
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan stavesacre?
Biji tumbuhan ini beracun dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti rasa mual, sakit perut, gatal-gatal, masalah kencing, dan kesukaran bernafas.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan stavesacre?
Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herbal anda sebelum menggunakan stavesacre.
Apakah dos stavesacre yang biasa?
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Ketersediaan stavesacre
Stavesacre boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
- Suplemen sokongan tiroid (digabungkan dengan herba lain)
[embed-health-tool-bmi]