backup og meta

Polypodium Leucotomos

Kegunaan

Apakah kegunaan Polypodium Leucotomos?

Polypodium leucotomos adalah sejenis paku-pakis dari Amerika Tengah. “Batang rayap’ tumbuhan ini di bawah tanah (rizom) digunakan untuk ubat.

Polypodium leucotomos digunakan untuk mencegah beberapa masalah kulit tertentu termasuklah:

  • Selaran matahari
  • Ekzema (dermatitis atopi)
  • Psoriasis
  • Vitiligo
  • Kanser kulit

Ia juga digunakan untuk beberapa jenis kanser lain dan penyakit Alzheimer.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Polypodium leucotomos ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Polypodium leucotomos mungkin mempunyai kesan antioksidan. Antioksidan berupaya menghalang kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Polypodium Leucotomos?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada tumbuhan Polypodium leucotomos atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Polypodium Leucotomos selamat digunakan?

Polypodium leucotomos mungkin selamat apabila diambil melalui mulut atau digunakan pada kulit, buat jangka masa yang pendek. Sejenis ekstrak Polypodium leucotomos (Fernblock, Cantabria Farmaceutica) didapati telah digunakan dengan selamat selama 2 hari. Ekstrak lain (Anapsos, ASAC Pharma) pula didapati telah digunakan dengan selamat sehingga 5 bulan. Tahap keselamatan bagi penggunaan jangka masa yang panjang adalah tidak diketahui.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan Polypodium leucotomos adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Polypodium Leucotomos?

Tidak banyak maklumat yang ada mengenai kemungkinan kesan sampingan bagi Polypodium leucotomos. Ia mungkin boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah orang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Polypodium Leucotomos?

Polypodium Leucotomos mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Polypodium Leucotomos yang biasa digunakan?

Dos untuk produk Polypodium leucotomos ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Polypodium Leucotomos?

Produk Polypodium leucotomos ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Pil ekstrak Polypodium leucotomos
  • Serbuk Polypodium leucotomos
  • Tinktur Polypodium leucotomos

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Polypodium leucotomos http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1152-Polypodium%20leucotomos.aspx?activeingredientid=1152&activeingredientname=Polypodium%20leucotomos Accessed July 19, 2017
Polypodium leucotomos https://examine.com/supplements/Polypodium-leucotomos/ Accessed July 19, 2017

Versi Terbaru

12/09/2019

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan