backup og meta

Oscillococcinum

Kegunaan

Apakah kegunaan oscillococcinum?

Oscillococcinum digunakan untuk merawat simptom jangkitan influenza dan H1N1.

Bagaimanakah oscillococcinum berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana oscillococcinum ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda sekiranya:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap oscillococcinum atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba untuk maklumat lanjut.

Adakah oscillococcinum selamat?

Penggunaan oscillococinum adalah selamat. Oscillococcinum merupakan persediaan homeopatik. Bermaksud persediaan ini tidak mengandungi bahan-bahan yang aktif.

Langkah berjaga-jaga serta amaran khusus

Mengandung serta menyusukan anak: Tiada kajian dibuat tentang ubat ini ke atas ibu mengandung serta menyusukan anak. Namun begitu, produk ini merupakan produk homeopatik yang tidak mempunyai sebarang bahan yang aktif. Maka produk ini mungkin tidak akan memberikan sebarang kebaikan atau keburukan kepada penggunanya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan oscillococcinum?

Kebanyakan pakar berpendapat bahawa oscillococcinum tidak akan memberikan sebarang kesan baik dan juga kesan buruk. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan oscillococcinum ?

Tiada tindak balas yang diketahui berlaku antara oscillococcinum dengan ubat-ubatan yang lain, keadaan kesihatan serta makanan. Namun begitu, anda dinasihatkan agar mendapatkan pandangan doktor sebelum mengambil sebarang ubat.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos oscillococcinum yang biasa diberikan?

Dos untuk oscillococcinum ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Ketersediaan oscillococcinum

Oscillococcinum boleh terdapat dalam bentuk:

  • Pelet cepat larut

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Oscillococcinum.

http://www.oscillo.com/about/facts-about-oscillo/. Accessed April, 06, 2017.

Oscillococcinum.

https://medlineplus.gov/druginfo/natural/1080.html. Accessed April, 06, 2017.

Oscillococcinum. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1080-OSCILLOCOCCINUM.aspx?activeIngredientId=1080&activeIngredientName=OSCILLOCOCCINUM&source=2. Accessed April, 06, 2017.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Bermasalah LEMAH BATIN, Mungkin Boleh Cuba 5 Herba Tradisional Ini!

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan