backup og meta

Limau gedang (Grapefruit): Makanan yang Hebat untuk Kesihatan Manusia

Limau gedang (Grapefruit): Makanan yang Hebat untuk Kesihatan Manusia

Limau gedang adalah hasil pembiakan antara oren dan pomelo. Ia adalah buah sitrus yang terasa masam dan manis. Limau gedang telah lama dikenali sebagai makanan yang baik untuk penurunan berat badan. Makan setengah biji limau gedang untuk sarapan pagi dianggap lebih sihat daripada mempunyai semangkuk bijirin atau daging dan telur. Selain itu, ia adalah sumber vitamin C, vitamin A, potassium dan nutrien yang lain. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui mengapa limau gedang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Apakah faedah limau gedang?

Membantu dengan penurunan berat badan dengan berkesan

Menggantikan makanan ringan kegemaran anda dengan limau gedang dan memperkenalkan limau gedang ke dalam sarapan pagi anda benar-benar dapat membantu anda mengurangkan berat badan kerana buah ini mengandungi banyak serat yang membuat anda kenyang lebih cepat dan lebih lama tanpa menambah makanan ringan lain.

Selain itu, limau gedang dapat digabungkan dengan bahan-bahan lain untuk membuat makanan ringan, berwarna-warni namun amat mengenyangkan. Cuba tambahkan limau gedang ke mangkuk salad, koktel, smoothie, yogurt, atau dada ayam panggang dengan sos barbeku. Rasanya akan menjadi sangat lazat.

Membantu menstabilkan tahap insulin

Sekiranya paras insulin badan anda rendah, limau gedang boleh membantu kerana ia membekalkan anda dengan pengambilan gula yang tepat dan sihat.

Membantu penghidratan dan pencernaan

Limau gedang adalah 91% air, oleh itu, ia adalah bagus untuk mengalahkan dehidrasi. Selain itu, limau gedang juga boleh mengelakkan sembelit.

Apakah yang perlu diingat apabila memakan limau gedang?

Konsultasi doktor

Limau gedang sememangnya dipenuhi dengan vitamin dan nutrien yang hebat, tetapi ia juga mengganggu ubat-ubatan tertentu seperti pil estrogen. Namun beitu, ia boleh meningkatkan keupayaan penyerapan badan dan mengurangkan masa pencernaan estrogen, yang boleh mengakibatkan kanser payudara.

Walaupun tidak terdapat bukti yang tidak mencukupi, tetapi wanita hamil dan menyusukan bayi hendaklah mengelakkan penggunaan limau gedang. Jadi sebelum mengambil limau gedang, tanya doktor anda sekiranya anda berada dalam preskripsi ubatan

Diet limau gedang

Sesetengah orang mungkin melampau dengan diet limau gedang yang bermula pada tahun 1930-an. Mereka mengehadkan pengambilan kalori mereka kepada 800 kalori setiap hari – kurang daripada separuh daripada apa yang diperlukan untuk orang dewasa.

Diet ini membuat beberapa perubahan pada skala serta-merta selepas 10 – 12 hari tetapi ia tidak akan bertahan lama kerana ia dianggap sebagai diet fad, apatah lagi tidak sesiapa boleh terus mengikuti menu ini untuk seluruh hidup mereka.

Mana-mana diet fad, hatta diet limau gedang yang terkenal, tidak boleh menjadi jalan singkat anda kepada angka berat yang lebih rendah. Ia jelas dapat membantu anda menurunkan berat badan dalam masa yang sangat singkat tetapi dengan pasti, anda akan mendapati kenaikan berat yang lebih banyak selepas itu.

Walau bagaimanapun, menggabungkan limau gedang dengan diet penurunan berat badan yang sihat dan pelan senaman dapat memberikan sedikit dorongan kepada perjalanan anda. Buah limau gedang atau segelas jus limau gedang setengah jam sebelum sebarang makanan boleh memenuhkan perut anda, menyebabkan anda lebih kurang perlu kepada makanan akan dimakan dan berpotensi menstabilkan berat anda dan meningkatkan kesihatan anda secara umum.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ways Grapefruit Can Help You Lose Weight. https://www.popsugar.com/fitness/Ways-Grapefruit-Can-Help-You-Lose-Weight-26331222 Accessed March 12, 2017

Grapefruit Diet http://www.webmd.com/diet/a-z/grapefruit-diet Accessed March 12, 2017

GRAPEFRUIT: Uses, Side Effects, Interactions and Warnings. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-946-grapefruit.aspx?activeingredientid=946& Accessed March 12, 2017

Versi Terbaru

12/09/2019

Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 12/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan