backup og meta

Karagenan (Carrageenan)

Kegunaan

Apakah kegunaan Karagenan (Carrageenan)?

Karagenan digunakan untuk keadaan perubatan berikut, seperti:

  • Batuk.
  • Bronkitis.
  • Tuberkulosis.
  • Masalah usus.
  • Ulser perut.
  • Sembelit.

Karagenan boleh menurunkan kadar lipid (kolesterol dan trigliserida) dan kadar gula darah. Walaupun masih belum dikaji dengan baik pada manusia, gel berasaskan karagenan dapat membantu mencegah penularan HIV.

Ia juga digunakan pada kulit untuk ketidakselesaan di sekitar dubur.

Karagenan boleh diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor, ahli farmasi, atau pakar herba anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa karagenan mengandungi bahan kimia, yang dapat mengurangkan rembesan perut dan usus. Ia juga boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Karagenan (Carrageenan)?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Karagenan atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan gai pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Karagenan (Carrageenan) selamat digunakan?

Kehamilan dan Penyusuan Bayi:

Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Karagenan adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kanak-kanak (di bawah 18 tahun):

Tidak ada bukti yang kukuh mengenai keberkesanan untuk menggunakan Karagenan pada kanak-kanak.

Pembedahan:

Berhenti mengambil Karagenan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Karagenan (Carrageenan)?

Karagenan menyebabkan kesan sampingan ini, seperti:

  • Kekejangan.
  • Cirit-birit.
  • Kanser perut atau ulser perut.
  • Keradangan.
  • Jangkitan.

Apabila menggunakan karagenan pada faraj / vagina, ia boleh menyebabkan kepenuhan pundi kencing, kesukaran membuang air kecil, kehangatan pada alat kelamin, sakit pada abdomen bahagian bawah, kegatalan dan kepedihan faraj, serta lelehan faraj yang tidak normal.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Karagenan (Carrageenan)?

Karagenan (Carrageenan) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Sesetengah produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini termasuklah:

  • Ubat diabetes.
  • Ubatan yang meningkatkan risiko pendarahan, seperti aspirin, ubat antigumpal (“pencair darah’) seperti warfarin (coumadin®) atau heparin, ubat anti-platelet seperti clopidogrel (plavix®) dan ubat anti-radang bukan steroid seperti ibuprofen (motrin®, advil®) atau naproxen (naprosyn®, aleve®).
  • Ubat yang menurunkan tekanan darah.
  • Ubat yang merangsang atau merencatkan sistem imun.
  • Agen penurun kolesterol, agen anti kanser, ubat HIV, ubat antivirus, ubat mata, azoxymethane, nitrosomethylurea, dan azidodeoxythymidine (AZT).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Karagenan (Carrageenan) yang biasa digunakan?

Untuk menurunkan kadar lipid: makanan yang diperkaya dengan Karagenan boleh diambil selama lapan minggu.

Untuk pencegahan HIV: Gunakan 5mL gel karagenan di dalam faraj selama 7 hari.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Makanan tambahan herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Karagenan (Carrageenan)?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Gel Karagenan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Carrageenan. http://www.naturesownherbs.com/ns/DisplayMonograph.asp?storeID=F541321FCA7A46F39570F4B746463119&DocID=bottomline-carrageenan. Accessed March 17, 2017.
Carrageenan. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-710-carrageenan.aspx?activeingredientid=710&activeingredientname=carrageenan. Accessed March 17, 2017.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan