Glyconutrients

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Glyconutrients?

Glyconutrients biasanya digunakan untuk: ketagihan alkohol, alergi, penyakit Alzheimer, Sklerosis Lateral Amyotrophic, Asma, pembentukan plak di arteri (aterosklerosis), prestasi atletik, gangguan hiperaktiviti kekurangan perhatian (ADHD), Autisme, Kanser, Cerebral Palsy, Penyakit Crohn, Fibrosis Kistik, kemurungan, sindrom Down, Disleksia, Fibromyalgia, masalah pembesaran pada bayi, hepatitis, HIV / AIDS, penyakit Huntington, masalah kesuburan, selesema, lupus, kehilangan penglihatan (degenerasi makula), Sclerosis berbagai, keadaan yang menyebabkan kehilangan otot (distrofi otot), keadaan saraf yang menyebabkan kelemahan otot dan kelesuan (Myasthenia Gravis), penyakit Parkinson, Arthritis, Stroke, penyakit Tay-Sachs, dan sindrom Tourette apabila diambil mulut dan untuk sor mulut (Sor Canker), lepuh demam, dan penyakit pergigian apabila digunakan pada kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan dengan komponen kimia, Glyconutrients boleh digunakan untuk merangsang sistem imun atau mempromosikan pertumbuhan bakteria tertentu di usus besar.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Glyconutrients?

Sebelum mengambil Glyconutrients, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Glyconutrients atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Glyconutrients selamat digunakan?

Glyconutrients mungkin selamat apabila diambil mulut dengan dos kira-kira 9 gram sehari selama 7 minggu.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan anak: Tidak ada maklumat yang boleh diyakini mengenai keselamatan mengambil Glyconutrients jika anda hamil atau menyusu. Pilih bahagian selamat dan elakkan penggunaan.

“Penyakit autoimun” seperti sklerosis berbagai (MS), lupus (Sistemik Lupus Erythematosus, SLE), Rheumatoid Athritis (RA), atau keadaan lain: Glyconutrients boleh menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif. Ini mungkin meningkatkan gejala penyakit autoimun. Sekiranya anda mempunyai masalah autoimun, sebaiknya elakkan penggunaan Glyconutrients sebagai ubat sehingga ianya lebih difahami.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Glyconutrients?

Glyconutrients boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang lain, termasuk:

  • Gas usus (perut kembung)
  • Berasa kembung
  • Dahaga

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Glyconutrients?

Glyconutrients mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Glyconutrients yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Glyconutrients?

Glyconutirens boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk ekstrak tulen digabungkan dengan herba lain.
  • Kapsul.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

    Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

    Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ada Risiko Pada Janin Nanti

    Tekanan dialami oleh ibu mengandung bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Pernah tak terfikir mengenai reaksi janin saat ibu menangis? Jom ketahuinya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Realiti Sebenar Penghidap Sindrom Down, Bukan Ibu Bapa Saja, Orang Sekeliling Juga Kena Tahu

    Bolehkah kanak-kanak yang menghidap penyakit seperti sindrom Down hidup seperti manusia biasa? Sebenarnya mereka juga boleh berkawan, berkahwin dan bekerja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 07/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    komplikasi asma

    Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit hepatitis

    Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    tahun baharu

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan