backup og meta

Camu Camu

Kegunaan

Apakah kegunaan Camu Camu?

Camu camu ialah sejenis pokok semak. Buah dan daunnya digunakan sebagai ubat.

Ia digunakan untuk keadaan perubatan berikut seperti:

  • Jangkitan virus termasuk herpes, luka sejuk (cold sores), demam campak (shingles) dan demam biasa
  • Penyakit mata termasuk katarak dan glaukoma
  • Rawatan asma, “arteri mengeras” (aterosklerosis), sindrom keletihan kronik, depresi, penyakit gusi (gingivitis), sakit kepala dan osteoartritis.

Sesetengah orang menggunakan camu camu untuk menambah tenaga dan mengekalkan kesihatan gusi, mata dan kulit; dan sebagai antioksida dan perangsang sistem imun.

Buahnya digunakan sebagai makanan.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, buah camu camu diketahui mengandungi banyak nutrisi termasuk vitamin C, beta-carotene, asid lemak, protein dan lain-lain. Ia juga mengandungi bahan kimia lain yang mungkin mempunyai kesan terhadap badan anda. Walau bagaimanapun, tiada maklumat yang cukup tentang bagaimana camu camu berfungsi dalam merawat atau mencegah apa-apa masalah kesihatan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Camu Camu?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap herba ini atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Camu Camu selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi.

Langkah-langkah berjaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusukan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi tentang penggunaan camu camu semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Camu Camu?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Masalah penghadaman
  • Insomnia dan hilang selera makan
  • Cirit-birit kronik
  • Degupan jantung laju
  • Keracunan zat besi

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Camu Camu?

Camu Camu mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Camu Camu yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Camu Camu?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk camu camuberry
  • Kapsul camu camu
  • Ekstrak cecair camu camu bebas alkohol

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Camu camu http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1243-camu%20camu.aspx?activeingredientid=1243&activeingredientname=camu%20camu Accessed August 9, 2017

CAMU CAMU https://jonbarron.org/herbal-library/foods/camu-camu  Accessed August 9, 2017

Versi Terbaru

12/09/2019

Ditulis oleh Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!

Akar Seruntun Kaya Khasiat, Tapi, Jika Terlebih Dos Boleh Sebabkan Kesan Toksik Pada Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 12/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan