Peraturan mungkin berbeza mengikut syarikat penerbangan, jadi hubungi mereka beberapa minggu sebelum perjalanan anda. Tanya wakil syarikat penerbangan apa yang anda perlu bawa untuk membenarkan anda membawa oksigen bersama di dalam pesawat tersebut.
- Susun atur perjalanan kereta api dan bas
Sesetengah kereta api membenarkan peralatan oksigen mudah alih (botol oksigen dan konsentrator) yang tidak bergantung kepada keperluan kuasa elektrik. Tetapi anda perlu membuat tempahan dan memaklumkan kepada pihak kereta api sekurang-kurangnya 12 jam sebelum perjalanan anda. Syarikat bas kebiasaannya membenarkan penggunaan peralatan oksigen mudah alih tetapi sebaiknya anda periksa sebelum berlepas. Contohnya, sesetengah syarikat menghadkan bilangan canister. Jika anda mengembara ke luar negara, sila semak dengan syarikat berkenaan kerana polisi yang berbeza.
- Tandakan senarai pembekal pada peta
Menggunakan tangki udara kompresor? Sepanjang perjalanan dalam kereta, tandakan tempat untuk membeli tangki ekstra sepanjang perjalanan anda, jika anda mungkin berdepan masalah kerosakan atau kehabisan. Pembekal perubatan anda mungkin mempunyai cawangan di sepanjang perjalanan anda. Cara yang sama juga tertakluk kepada bateri tambahan bagi alatan oksigen mudah alih yang menggunakan bateri.
Anda pasti boleh menjaga diri anda sepanjang pengembaraan ini. Tetapi adalah baik jika anda mengembara bersama keluarga. Mereka akan sentiasa ada untuk anda di saat anda memerlukan bantuan. Selamat mengembara!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen