backup og meta

Anggur Hitam

Kegunaan

Apakah kegunaan Anggur Hitam?

Anggur hitam adalah sejenis tumbuhan. Orang menggunakan minyak biji, daun, buah, dan bunganya untuk membuat ubat.

Minyak benih anggur hitam untuk:

  • Merawat gejala menopaus, sindrom prahaid, haid yang menyakitkan, kelembutan payudara
  • Meningkatkan imuniti

Beri anggur hitam digunakan untuk:

  • Batuk
  • Penyakit Alzheimer

Daun kering anggur hitam digunakan untuk:

  • Artritis
  • Gout
  • Sakit sendi (reumatisme)
  • Cirit-birit
  • Kolik
  • Hepatitis dan penyakit hati yang lain
  • Sawan
  • Gangguan yang menyebabkan bengkak (keradangan) mulut dan tekak

Daun kering anggur kering juga digunakan untuk:

  • Mengubati batuk, selesema, dan batuk kokol
  • Membasmi kencing
  • Menggalakkan aliran air kencing
  • Mengubati batu pundi kencing
  • Sebagai teh pembersih

Sesetengah orang menggunakan daun anggur hitam secara terus ke kulit untuk merawat luka dan gigitan serangga.

Dalam makanan, beri anggur hitam digunakan untuk rasa liku dan produk lain. Orang lain juga makan buah beri hitam.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian mengenai bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa minyak biji anggur hitam mengandungi bahan kimia yang dipanggil asid gamma-linolenic (GLA). Sesetengah kajian mencadangkan bahawa GLA mungkin meningkatkan keberkesanan sistem imun, menjadikannya lebih mampu melawan penyakit. Minyak biji anggur hitam dan daunnya juga boleh membantu mengurangkan bengkak.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Anggur Hitam?

Sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan anak. Ini adalah kerana, ketika anda menjangkakan bayi atau menyusukan bayi, anda patut hanya mengambil ubat-ubatan atas saranan doktor.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah apa-apa ubat yang anda sedang ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan anggur hitam atau ubat-ubatan lain atau herba-herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit-penyakit lain, gangguan, atau keadaan perubatan.
  • Anda mempunyai lain-lain jenis alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Anggur Hitam selamat digunakan?

Anggur hitam mungkin selamat apabila digunakan sebagai makanan, atau apabila beri angggur hitam atau minyak biji digunakan dengan betul sebagai ubat. Tiada maklumat yang mencukupi mengenai daun kering anggur hitam untuk menilai keselamatannya.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil anggur hitam jika anda hamil atau menyusu. Kekal selamat dan elakkan penggunaannya.

Gangguan pendarahan: Anggur hitam mungkin melambatkan pembekuan darah. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko lebam dan pendarahan pada orang yang mengalami masalah pendarahan.

Tekanan darah rendah: Anggur hitam boleh menurunkan tekanan darah. Secara teori, mengambil anggur hitam mungkin membuat tekanan darah menjadi terlalu rendah pada orang dengan tekanan darah rendah.

Pembedahan: Anggur hitam mungkin melambatkan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan tambahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil anggur hitam sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Anggur Hitam?

GLA dalam biji anggur hitam kadang-kadang boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti:

  • Sakit kepala
  • Cirit-birit
  • Gas dan belerang

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Anggur Hitam?

Anggur Hitam mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Anggur Hitam yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Anggur Hitam?

Anggur hitam boleh didapati dalam bentuk-bentuk dos yang berikut:

  • Buah-buahan segar
  • Suplemen pemakanan
  • Ekstrak minyak benih

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Health Benefits of Black Currant http://www.healthline.com/health-slideshow/health-benefits-black-currant Accessed July 12, 2017

BLACK CURRANT http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1085-black%20currant.aspx?activeingredientid=1085&activeingredientname=black%20currant Accessed July 12, 2017

Black Currant: Uses and Risks

http://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/black-currant-uses-and-risks#1 Accessed July 12, 2017

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Lelaki Yang Bermasalah LEMAH BATIN, Mungkin Boleh Cuba 5 Herba Tradisional Ini!

Pernah Dengar Mengenai Garam Epsom? Ini 7 Manfaatnya, Baik Untuk Ibu Juga!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan