Pada musim pandemik ini, semestinya ramai daripada kita yang lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah berbanding di luar. Apa kata jika masa yang terluang itu digunakan untuk membersihkan rumah.
Tahukah anda tip membersihkan rumah yang paling tepat dan selamat? Kami kongsikan di sini beberapa petua bersihkan rumah yang boleh anda ikuti.
Tip membersihkan rumah 1: Jangan tergesa-gesa membersihkan rumah
Walaupun hanya sekadar membersihkan rumah, ia boleh menjadi satu pekerjaan yang memenatkan.
Ini kerana anda bukan hanya mengemop lantai dan menyapu sampah, tetapi anda juga mungkin akan memanjat tangga dan mengalihkan perabot. Ini pastinya akan meletihkan anda.
Oleh itu, jika anda rasa letih, jangan sesekali memaksa diri untuk terus membuat kerja. Duduk rehat sebentar dan minum air secukupnya.
Anda mempunyai banyak masa lagi untuk membersihkan rumah, jadi jangan terlalu memaksa diri.
Petua bersihkan rumah 2: Gunakan postur badan yang betul sewaktu mengangkat barang
Apabila anda perlu mengangkat barang seperti kotak yang berat, pastikan anda gunakan teknik mengangkat yang betul.
- Anda duduk dalam posisi mencangkung. Pegang kotak dan angkat kotak dengan menaikkan tangan serta punggung. Pastikan pinggang anda tegak seperti posisi semasa anda sedang mencangkung tadi dan tidak membongkok
- Jangan sesekali terus membongkokkan diri anda dan mengangkat barang terus daripada lantai tanpa mencangkung terlebih dahulu. Ini akan menambahkan beban pada pinggang anda dan tidak elok untuk postur badan
Tip membersihkan rumah 3: Gunakan tangga dengan berhati-hati
Apabila menggunakan tangga, jangan sesekali menjauhkan tubuh anda daripada sisi tangga tersebut. Ini akan membuatkan tangga menjadi lebih berat di sebelah sisi dan boleh menyebabkan tangga terbalik dan jatuh.
Cara yang terbaik untuk memastikan penggunaan tangga yang betul adalah dengan memastikan bahagian tengah badan anda tidak melebihi sisi tangga.
Untuk tangga yang lebih stabil, minta tolong daripada individu lain untuk memegang tangga daripada bawah.
Petua bersihkan rumah 4: Hati-hati dengan lantai yang licin
Lantai yang basah dengan air tanpa sebarang sabun pencuci lantai sudah agak licin. Inikan pula jika lantai tersebut diselimuti dengan bahan pencuci lantai.
Apabila anda tergelincir atas lantai yang licin, ia sangat membahayakan. Ia boleh menyebabkan anggota tubuh terseliuh, malah kepala anda boleh terhantuk dan menyebabkan kecederaan.
Ketika mencuci lantai, jauhkan kanak-kanak dan warga emas daripada kawasan tersebut. Minta mereka berada di luar kawasan rumah jika perlu.
Untuk anda pula, gunakan kasut but yang bergetah ketika mencuci lantai bagi mengurangkan potensi anda terjatuh.
Tip membersihkan rumah 5: Ikut arahan pada label produk
Apabila anda mencuci dan membersihkan rumah, pastinya anda guna banyak produk pencuci seperti pencuci lantai dan peluntur.
Perlu anda ketahui bahawa produk-produk ini mengandungi beberapa bahan yang tidak boleh dihidu atau terkena tubuh badan secara langsung.
Oleh itu, pastikan anda membaca arahan cara penggunaan yang tertera pada label produk sebelum menggunakannya.
Jangan sesekali mencampurkan beberapa produk dalam satu bancuhan kerana ia boleh menghasilkan wap toksik yang berbahaya.
Gunakan sarung tangan ketika mengendalikan bahan kimia seperti ini ketika membersihkan rumah anda.
Petua bersihkan rumah 6: Pakai pelitup hidung
Udara yang kotor memberikan kesan negatif kepada saluran pernafasan kita. Begitu juga ketika anda membersihkan rumah yang berdebu dan berhabuk.
Oleh itu, pakailah pelitup hidung dan mulut ketika melakukan kerja-kerja membersihkan rumah. Selain itu, buka tingkap dan pintu agar debu dan habuk tidak terkumpul di dalam rumah.
Kesimpulan
Mungkin ramai yang sering mengendahkan petua bersihkan rumah seperti yang kami kongsikan ini. Namun ia tidak menghalang kami untuk terus berkongsi dengan anda tip membersihkan rumah yang pastinya bermanfaat.
Adakalanya anda terlupa, oleh itu bacalah panduan ini dengan kerap setiap kali anda ingin mencuci rumah anda.
[embed-health-tool-bmi]