backup og meta

Ini Manfaat Senaman Angkat Kaki Ke Dinding, Boleh Buat Di Rumah Sahaja!

Ini Manfaat Senaman Angkat Kaki Ke Dinding, Boleh Buat Di Rumah Sahaja!

Hari ini, kebanyakan orang terlalu memfokuskan aktiviti fizikal yang memerlukan mereka ke gimnasium atau luar untuk kekal sihat. Namun, dengan masa harian yang terhad, sebenarnya terdapat senaman sambil baring, mudah yang hanya boleh dilakukan di rumah iaitu senaman angkat kaki ke dinding.

Cara melakukan senaman sambil baring, angkat kaki ke dinding

senaman sambil baring

  1. Pilih kedudukan yang selesa berhampiran dinding dan letakkan bantal di bawah punggung anda.
  2. Angkat kaki ke dinding dan regangkannya. Tangan anda perlu relaks di bahagian sisi tubuh anda.
  3. Kekal pada kedudukan ini selama 15 hingga 20 minit.

Manfaat senaman angkat kaki ke dinding

1. Kaki dan betis tidak bengkak

Postur ini boleh membantu mengawal aliran darah. Kaki dan betis anda menjadi bengkak akibat terlalu banyak cecair di dalam tisu.

Ia biasanya berlaku jika anda mempunyai masalah dengan tekanan darah atau beberapa penyakit yang menyebabkan pengekalan air.

Apabila anda mengangkat kaki, graviti membantu menormalkan tekanan pada tisu, dan mengurangkan pembengkakan.

2. Melegakan ketegangan otot

Senaman sambil baring mengangkat kaki ke dinding adalah salah satu cara terbaik untuk membantu melegakan ketegangan otot kaki, betis dan pinggul akibat berjalan dalam tempoh yang lama atau memakai kasut tumit tinggi.

Hasilnya anda akan mendapati bahawa kaki yang tegang dan sakit akan berasa lebih baik sekali apabila anda selesai melakukan senaman ini.

3. Memperbaiki sistem penghadaman

senaman sambil baring

Postur ini meningkatkan fungsi perut anda. Bekalan darah ke organ dalaman diperbaiki melalui saluran darah dari kaki.

Otot licin bertanggungjawab untuk peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut pada salur makanan untuk menolak bahan makanan).

Pada masa yang sama, peningkatan peredaran darah meningkatkan fungsi sistem pencernaan. Jika anda melakukan senaman ini dengan teratur, kebanyakan nutrien yang anda makan akan diserap dengan segera.

4. Kesan menenangkan

Apabila anda berada dalam postur ini, biasanya lebih mudah untuk bernafas, iaitu lebih banyak oksigen masuk ke dalam darah anda. Dengan itu, ia membantu fungsi otak anda lebih baik.

Semasa anda berehat, anda juga kurang gementar, dan ketegangan di leher anda hilang. Ia bermanfaat untuk sistem saraf juga boleh dirasakan walaupun anda berbaring di atas lantai.

Jadi, anda tidak perlu melakukannya selama beberapa hari berturut-turut untuk mengalami kesannya buat kali pertama.

5. Senaman sambil baring 20 minit sehari boleh meningkatkan kualiti tidur

Salah satu punca bagi insomnia adalah kaki tidak selesa. Sukar untuk anda tidur apabila kaki dan betis berasa kebas dan oksigen dalam darah tidak mencukupi. Dengan mengangkat kaki biasanya akan membantu anda menyingkirkan simptom ini. 

Selain itu, otak akan menerima lebih banyak oksigen melalui pernafasan yang betul dan peredaran darah yang lebih baik. Tidur anda akan menjadi lebih lena dan baik.

Kekal dalam kedudukan ini sama seperti meditasi, yang bermaksud seseorang tidak terganggu dengan masalah kecil, menjaga tubuh dan minda dengan aman.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, masalah tulang belakang atau kecederaan kaki, berbincang dengan doktor anda sebelum melakukannya.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Changes That Could Happen to Your Body If You Lifted Up Your Legs for 20 Minutes Every Day https://brightside.me/inspiration-health/changes-that-could-happen-to-your-body-if-you-lifted-up-your-legs-for-20-minutes-every-day-545360/ Accessed on Nov 29, 2018.

The Yoga Pose You Need: The Health Benefits of Legs Up the Wall. https://health.clevelandclinic.org/benefits-of-legs-up-the-wall/. Accessed on May 25, 2022.

Legs up the Wall – Viparita Karani. https://asmy.org.au/yoga/legs-wall-viparita-karani/. Accessed on May 25, 2022.

Intraocular Pressure Rise in Subjects with and without Glaucoma during Four Common Yoga Positions. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4689525/. Accessed on May 25, 2022.

Pratyahara: Yoga’s Forgotten Limb. https://artoflivingretreatcenter.org/blog/pratyahara-yogas-forgotten-limb/. Accessed on May 25, 2022.

 

Versi Terbaru

22/11/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Masih 'Berkabung' Lepas Keguguran? Buat 4 Senaman Ini Agar Sihat Tubuh, Emosi!

Nak Turunkan Kadar Gula Dalam Darah? Cubalah 5 Senaman Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 22/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan