Caranya agak mudah. Anda hanya perlu celupkan bebola kapas dalam minyak pati pudina dan letakkan di kawasan-kawasan yang sering didatangi tikus.
Letakkan juga di atas siling, di mana sarangnya berada.
#4. Cara halau tikus atas siling: Buat hirisan bawang

Tikus juga tidak sukakan bau bawang yang agak kuat dan tajam.
Hanya potongkan beberapa hirisan bawang dan letakkan pada lubang atau laluan tikus.
Tikus tidak akan mendekati kawasan tersebut lagi apabila terbau bawang.
Gantikan dengan hirisan bawang baharu selepas dua atau tiga hari. Anda boleh gunakan sama ada bawang besar atau bawang putih.
#5. Taburkan serbuk lada
Serbuk lada mempunyai bau dan rasa yang kurang menyenangkan kepada tikus.
Malah, serbuk lada juga menyebabkan tikus mengalami kesukaran untuk bernafas.
Oleh sebab itu, ada racun tikus yang menggunakan serbuk lada sebagai bahan utama.
Anda hanya perlu taburkan serbuk lada di kawasan dan laluan tikus.
#6. Cara halau tikus atas siling: Letak perangkap tikus

Perangkap tikus juga merupakan antara kaedah yang berkesan menangkap tikus hidup.
Ia boleh membantu mengurangkan bilangan atau populasi tikus dalam rumah anda.
Anda perlu memantau perangkap ini setiap hari untuk memastikan bangkai tikus tidak dibiarkan terlalu lama di atas siling.
Jangan biarkan tikus membiak atas siling!
Anda rasa tikus hanya menumpang tidur di atas siling rumah? Tidak sama sekali.
Jika anda tidak menghalaunya dengan segera, tikus akan mula menggigit dan merosakkan segala kabel, wayar dan kayu yang ada di atas bumbung.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh merosakkan bingkai pintu, kayu alang bumbung dan lain-lain lagi.
Oleh itu, segera bertindak untuk menghalaunya daripada terus beranak-pinak dengan lebih banyak.
Anda juga kena tahu cara bersihkan tahi tikus yang betul supaya tidak menyebabkan jangkitan penyakit.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen