Selain itu, perkara-perkara berikut juga boleh menyumbang terhadap masalah kaki busuk:
Ini cara menghilangkan bau kaki
Hah sekarang kita sudah faham tentang kejadian kaki busuk ini, Jadi mari kita rungkaikan tip cegah kaki berbau yang boleh dilakukan di rumah!
- Garam Epsom
Garam Epsom ini bagus dalam merawat kaki berbau. Ia bertindak untuk mengeluarkan kelembapan daripada kulit dan akan menyukarkan bakteria untuk ‘berhimpun’.
Cara-caranya, larutkan separuh cawan garam Epsom ke dalam bath tub ataupun di dalam bekas yang besar. Rendam kaki anda selama 10 hingga 15 minit.
- Cuka

Campurkan sebahagian cuka ke dalam air, letakkan di dalam bekas yang besar. Kemudian, rendam kaki anda selama 10 hingga 20 minit. Lakukannya sekali seminggu.
Amaran: Pastikan kaki anda bebas daripada sebarang luka terlebih dahulu sebelum cuba kaedah ini.
- Disinfeksi kasut anda!
Sekiranya bau kaki anda melekat pada kasut, jangan buang dulu sepatu anda! Ini kerana anda boleh disinfeksi atau menyah kuman kasut anda daripada bau busuk itu.
Hanya gunakan mana-mana penyembur pembasmi kuman yang ada di rumah anda. Pastikan semburan itu mengandungi ethanol atau bahan-bahan yang boleh membunuh bakteria.
Cara-caranya: Keluarkan pelapik kasut dan sembur dengan penyembur pembasmi kuman tersebut. Biarkan ia kering selama 24 jam.
- Tepung jagung
Bagi memastikan kaki anda kekal kering, anda boleh melumurkan tepung jagung pada kaki sebelum anda memakai kasut.
Tepung jagung tersebut akan mengelakkan kaki anda daripada kelembapan yang boleh menjadi punca kaki berbau.
- Sapu antiperspirant ketiak di kaki?
Ya, betul! Anda turut boleh mencuba letakkan deodoran yang ada di kaki sebelum memakai kasut. Namun pastikan deodoran anda bersifat antiperspirant (antipeluh).
Elemen antipeluh akan membantu kaki anda kekal kering dengan mengawal potensi kelembapan yang dihasilkan.
Rumusan
Sudah tahu cara menghilangkan bau kaki busuk? Jadi anda boleh mencubanya dengan hanya menggunakan barangan di rumah. Tidak salah jika anda mahu cuba, tapi sebaik-baiknya adalah dengan mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu!
Paling penting, pastikan anda menjaga kebersihan diri sebaik mungkin. Tidak gunalah jika anda beria cuba tip-tip di atas tapi masih malas hendak bersihkan diri.
Nasihat kami, jika masalah kaki anda masih berlarutan atau melarat setelah mencuba tip ini, pastikan anda mengambil tindakan segera dengan berjumpa doktor. Apa pun, selamat mencuba!