backup og meta

Euw, Sarung Bantal Sudah Berbau Hapak, Ini 3 Sebab Anda Perlu Basuh Dengan Kerap!

Euw, Sarung Bantal Sudah Berbau Hapak, Ini 3 Sebab Anda Perlu Basuh Dengan Kerap!

“Uish, bau bantal dah hapak ni. Cabut sarung bantal ni lepastu basuh,” kata Nazrah kepada anaknya. 

Berapa kerapkah anda membasuh sarung bantal anda? Adakah sehingga ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau warna berubah sedikit demi sedikit? Sebelum mengetahui berapa kerap anda perlu membasuh sarung tersebut, ambil tahu dahulu mengapa anda perlu membasuh sarung itu. Jika anda tak tahu sebabnya, mungkin ia tidak mendorong anda untuk kerap membasuh sarung tersebut.

Sebab mengapa anda perlu mencuci sarung bantal

Terdapat beberapa sebab utama yang perlu anda tahu mengenai hal ini. 

#1. Tempat berkumpul minyak, kotoran dan peluh

Kesemua minyak, kotoran dan peluh pada sarung bantal anda berpunca daripada rambut dan leher anda. Sarung tersebut berfungsi ibarat pengelap kepada rambut anda, begitu juga kepada wajah anda. Kesemua kotoran dan minyak yang terkumpul ini menyebabkan jerawat muncul dengan mudah selain menyebabkan blackhead.

#2. Memburukkan alahan dan menyebabkan penyakit

Kajian menunjukkan bahawa 99% individu mempunyai alergen di dalam bilik tidur mereka seperti hama habuk. Manakala sebanyak 74.2% individu pula mempunyai antara 3 hingga 6 alergen dalam bilik tidur mereka. Kesemua alergen ini menyebabkan alahan semakin memburuk selain penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda tidak mencuci sarung bantal anda, anda akan mendedahkan diri kepada partikel halus yang boleh memasuki sistem pernafasan. Ia bukan sahaja memicu asma malah penyakit lain. 

#3. Tempat berkumpul kuman

Bakteria atau kuman yang berada pada sarung tersebut, digabungkan dengan kurangnya penjagaan kesihatan diri, akan menyebabkan sistem imun anda terjejas. Ini akan menyebabkan risiko penyakit seperti bronkitis dan penyakit lain yang disebabkan oleh kehadiran jangkitan bakteria. 

Berapa kerap anda perlu cuci sarung bantal?

  • Kami menyarankan untuk anda mencuci sekerap yang boleh. Cuba untuk mencucinya setiap dua hari sekali, dan sekiranya tidak berkesempatan, anda boleh mencucinya seminggu sekali
  • Anda juga disarankan untuk mencuci sarung bantal anda dengan menggunakan air panas sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ini bertujuan untuk menyingkirkan alergen dan membunuh hama habuk
  • Untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria, anda boleh menggunakan sarung bantal yang diperbuat daripada sutera. Ini kerana bakteria tidak boleh hidup pada fabrik sutera

Jangan tunggu sehingga sarung anda berbau atau bertukar warna untuk mencucinya. Amalkan cucian berkala sekurang-kurangnya setiap minggu. Kami tidak boleh bayangkan bagaimana seseorang individu itu tidur dengan bantal yang mempunyai sarung yang berbau. Jangan lupa juga untuk mencuci bantal anda dan menjemurnya di bawah terik matahari untuk membunuh kuman yang ada. Cuba elakkan untuk menjemurnya di hadapan rumah, risau jiran ternampak ‘peta dunia’ milik anda sekeluarga pada permukaan bantal. 

 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.insider.com/reaasons-to-change-your-pillowcase-2018-8

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

5 Deodoran Popular Untuk Wanita, Tak Melekit, Cepat Kering & Hilangkan Bau Ketiak!

Malu Ketiak Gatal Dan Menghitam? Jangan Risau, Kami Ada Solusinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan