backup og meta

Baru Pakai 2 Kali Sudah Buruk? Ini 5 Cara Pastikan Kain Baju Batik Kekal Cantik, Tak Mudah Lusuh

Baru Pakai 2 Kali Sudah Buruk? Ini 5 Cara Pastikan Kain Baju Batik Kekal Cantik, Tak Mudah Lusuh

Ada banyak koleksi pakaian batik di rumah? Tak pasti apakah cara yang terbaik untuk menjaga kain batik agar kekal cantik, lembut dan berseri? Jangan bimbang, kami akan kongsikan beberapa tip penjagaan batik, lebih-lebih lagi untuk baju yang diperbuat daripada material sutera.

Pakaian batik merupakan salah satu jenis pakaian yang wajib untuk orang Melayu. Batik adalah satu bentuk seni dan kraf yang semakin popular di seluruh dunia. Setidak-tidaknya, kita pasti akan mempunyai 1 helai baju batik untuk diperagakan ke majlis-majlis tertentu seperti kenduri atau makan petang.

Seni mencanting kain menggunakan lilin dan pewarna ini telah diamalkan sejak berabad-abad di banyak tempat di dunia termasuk China, Jepun, India, Amerika Selatan dan Eropah.

Namun, baju batik yang cantik bukanlah murah. Batik dengan cantingan yang kompleks dan eksklusif boleh memakan ratusan ringgit. Bukan itu sahaja, kainnya yang lembut juga menjadikan ia sukar untuk dijaga.

Malah, kaum perempuan pakai kain batik juga nampak ayu dan jelita.

Bagi penggemar pakaian batik di luar sana, jangan khuatir! Kami akan kongsikan 5 rahsia penjagaan batik agar kekal cantik dan tidak mudah luntur!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

5 cara penjagaan kain batik – Barulah tak mudah lutur!

1. Rendam pakaian batik dalam air sejuk

Menurut petua orang tua-tua, ada satu tip untuk pastikan warna batik kekal terang walaupun sudah banyak kali dibasuh.

Sebelum basuh, rendam dulu kain tersebut di dalam air sejuk. Selepas itu, anda boleh tambahkan beberapa sudu cuka ke dalam baldi rendaman.

Cuka merupakan bahan semula jadi yang dapat memastikan warna batik tidak mudah luntur.

Air sejuk pula tidak akan menyebabkan baju meregang atau mengecut selepas basuhan. Malah, penggunaan air yang bersuhu dingin juga akan melindungi warna baju berwarna daripada luntur.

2. Jangan gunakan terlalu banyak sabun

kain batik

Betul ke lebih banyak sabun, lebih baik? Sebenarnya, tidak!

Kain sarung batik perlu dicuci dengan berhati-hati untuk mengekalkan warnanya.

Cara terbaik untuk pastikan kain tahan lama adalah dengan merendamnya dalam larutan sabun. Selepas beberapa minit, angkat, perah dan sidai seperti biasa.

Penggunaan sabun basuh baju yang terlalu banyak bukan sahaja menyebabkan pembaziran, malahan juga boleh menyebabkan warna putih daripada buih sabun melekat pada pakaian.

Sebagai solusi, cuba gunakan ½ daripada jumlah sabun yang dicadangkan. Elakkan penggunaan klorin, peluntur atau apa-apa jenis detergen yang keras dan mungkin boleh merosakkan baju.

Baca juga:

3. Hilangkan kesan degil secepat mungkin

kain batik

Alamak, ada sos tumpah atas pakaian batik! Macam mana ni?

Jangan runsing. Pertama sekali, cuba basuh kotoran itu serta-merta. Sapukan sabun basuh baju atau penanggal kotoran betul-betul di atas kesan tersebut.

Kemudian, rendam kain dalam air sejuk secepat mungkin. Letakkan penanggal kotoran buat kali kedua jika masih ada kesan.

Pastikan kotoran 100% hilang sebelum anda mengeringkan baju. Jika tidak, kotoran tersebut mungkin akan kekal selamanya!

4. Basuh kain batik mahal dengan tangan

Mencuci dengan tangan merupakan cara terbaik untuk pastikan batik tahan lama. Jangan lupa, bukan semua jenis baju boleh dibasuh menggunakan mesin.

Jika kain anda diperbuat daripada fabrik yang lembut dan mahal, rendam sahaja dalam air bersabun dalam masa 3-4 minit.

Material seperti sutera, kapas, rayon dan linen boleh dibasuh menggunakan tangan. Namun, jangan pula perah terlalu kuat!

Selain itu, elak menggunakan apa-apa jenis berus untuk menyental batik masing-masing.

5. Jemur kain batik di tempat redup

kain batik

Jangan sesekali jemur kain di bawah terik matahari. Sinaran UV boleh melunturkan warna kain.

Untuk elakkan kedutan, jemur baju batik secara menegak menggunakan penyangkut baju.

Walaupun pakaian cepat kering, bahang dari matahari juga boleh buatkan kain cepat rosak dan mudah koyak. Sebab itulah, kita tidak digalakkan menyeterika pakaian batik.

Jika perlu, lapikkan batik dengan selembar kain lain. Bagi kaum perempuan pakai kain batik, hati-hati dan pastikan iron tidak terlalu panas!

Anda juga boleh gunakan pelembut fabrik untuk mengurangkan kedutan. Walau bagaimanapun, pelembut fabrik mungkin akan melunturkan warna kain jika digunakan terlalu banyak. Jadi, hati-hatilah ya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Batik, the Traditional Fabric of Indonesia. https://www.expat.or.id/info/batik.html. Accessed on September 5, 2022.
  2. Hand Washing Clothes Dos and Don’ts. https://www.cleaningiscaring.org/wpd/hand-washing-clothes-dos-and-donts/. Accessed on September 5, 2022.
  3. How to handwash clothes at home in 6 easy steps. https://www.grove.co/blog/hand-wash-clothes. Accessed on September 5, 2022.
  4. What is Batik? https://www.batikguild.org.uk/batik/what-is-batik. Accessed on September 5, 2022.
  5. Your Comprehensive Guide on How to Wash Clothes in a Washing Machine. https://www.ariel.co.uk/en-gb/how-to-wash/how-to-do-laundry/your-comprehensive-guide-on-how-to-wash-clothes. Accessed on September 5, 2022.

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Salah Cara Basuh Punca Warna Baju Asyik Luntur? Ini Kaedah Yang Betul Cuci Baju Berwarna!

Ikut Stail Orang Lama Pakai Pad Jenis Kain, Ia Lebih Bagus Berbanding Pakai Buang?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan