backup og meta

Dipanggil Nama Haiwan Lain Bila Terbang, Ini 6 Cara Efektif Halau Lipas Di Rumah!

Dipanggil Nama Haiwan Lain Bila Terbang, Ini 6 Cara Efektif Halau Lipas Di Rumah!

Serangga ini mungkin kecil tetapi ia sangat menggelikan serta mengerikan bagi sesetengah orang! Maka, individu kena tahu cara halau lipas dari kediaman agar ia tidak lagi mengganggu kehidupan dan kesihatan anda seisi keluarga. Bagaimana?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa ramai orang benci dengan lipas?

Merupakan antara serangga perosak paling popular, lipas mampu kekal hidup di dalam situasi dan lokasi yang tiada siapa sangka. Bayangkan, ia telah wujud di muka bumi ini sejak 300 juta tahun yang dahulu dan tidak pupus sehingga saat ini!

Disebabkan karakteristik serangga ini yang jijik lagi kotor, tidak hairan ramai orang benci dengan lipas. Bahkan, ada juga individu yang tidak mahu ada sebumbung atau sebilik dengannya.

Selain itu juga, ada individu yang tidak gemar dengan serangga kotor ini akibat fobia. Mereka yang takut untuk memegang atau gerun dengan hanya melihat lipas disebut dengan istilah katsaridaphobia.

Keberadaan lipas di dalam rumah juga akan beri kesan buruk terhadap kesihatan serta kehidupan, dengan cara:

cara halau lipas

  • Mencemarkan makanan dan minuman
  • Menyebarkan kuman penyebab penyakit
  • Mencetuskan reaksi alergi atau alahan
  • Memasuki rongga tubuh badan manusia
  • Melukai kulit akibat gigitan atau sengatan

Jadi, apa tunggu lagi? Anda kena mula amalkan cara halau lipas dari rumah agar hidup lebih tenang!

Cara halau lipas dari rumah yang efektif!

Tidak perlu langgan khidmat profesional hanya untuk menghapuskan kewujudan serangga ini di rumah kerana beberapa tip yang berikut mungkin boleh bantu anda menyingkirkan lipas:

#1. Bersihkan rumah anda dengan kerap

Pertama dan paling penting, anda kena tahu bahawa lipas sangat gemar dengan persekitaran yang kotor lagi busuk. Bersihkan rumah dengan kerap adalah usaha utama yang perlu dibuat.

Fokuskan pada tempat yang tinggi potensi untuk ia membiak seperti di tandas, dapur, stor serta di celah-celah perabot rumah anda. Mungkin tip yang seterusnya ini akan dapat membantu.

cara halau lipas

Teknik halau lipas #2. Pasang perangkap lipas

Anda boleh pasang perangkap serangga ini pada tempat-tempat yang tersembunyi seperti di celah-celah perabot. Ada banyak jenis perangkap yang anda boleh gunakan sama ada ia dalam bentuk sangkar, gam atau racun untuk terus membunuh serangga ini.

Namun anda perlu ingat agar meletakkan ia jauh daripada jangkauan anak kecil dan haiwan peliharaan anda dalam usaha mengelakkan mereka pula yang terjatuh atau terkena perangkap lipas.

Teknik halau lipas #3. Guna racun lipas

Sehubungan di atas tadi, anda sudah tentu perlu membunuh lipas yang telah terperangkap bukan? Cara paling mudah, cepat dan efektif untuk itu adalah dengan gunakan racun lipas sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau semburan yang ada dijual di pasar raya.

Ya, anda juga boleh gunakan insektisida pembunuh serangga lain seperti nyamuk atau lalat. Pun begitu, jangan sembur racun ini terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan udara dan aroma.

#4. Buang telur lipas yang ada dalam rumah anda

Kenapa perlu fikir cara halau lipas sedangkan kita boleh mencegah atau mengawal kewujudan serangga kotor ini daripada awal lagi? Caranya adalah dengan hanya menyingkirkan telurnya.

Berbentuk seperti biji kopi dengan gerigi pada satu sisi, sebiji telur yang hanya dibiarkan akan melahirkan berpuluh ekor lipas. Buang telur ini sebelum ia menetas adalah kunci utamanya.

#5. Bersihkan segala sisa makanan dan minuman

cara halau lipas

Jika anda mempunyai tabiat untuk membiarkan atau melonggokkan sisa makanan dan minuman di suatu tempat, segera ubah ia kerana ini akan mewujudkan sebuah habitat ideal untuk lipas.

Dengannya, anda bukan sahaja akan mampu mengelakkan daripada ia menjadi habitat untuk serangga ini malah memutuskan sumber makanan lipas. Akibatnya, ia tidak mampu untuk terus hidup.

Cara halau lipas #6. Haiwan peliharaan

Akhir sekali, anda juga mungkin boleh bela haiwan peliharaan seperti kucing yang aktif memburu serta membunuh serangga seperti lipas kerana ia sudah wujud di dalam naluri mereka.

Selain boleh jadi antara cara halau lipas yang efektif, haiwan peliharaan yang dibela itu juga boleh menjadi pelindung untuk anda jika diserang sekumpulan lipas terutama ketika ia terbang.

Baca lagi artikel berkaitan:

Konklusinya, ada banyak teknik halau lipas dari rumah yang anda boleh cuba. Namun jika usaha anda itu tidak berhasil, segera hubungi profesional pest control untuk membantu anda menghalau serangga perosak ini dari kediaman dan kehidupan anda!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Truth About Cockroaches and Health, https://www.pestworld.org/news-hub/pest-health-hub/the-truth-about-cockroaches-and-health/, Accessed Jun 16 2022.
  2. Controlling Cockroaches, https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/at-home/Pages/Controlling-Cockroaches.aspx, Accessed Jun 16 2022. 11
  3. Killer Ways To Get Rid Of Roaches Without Harming You, https://www.lifehack.org/390971/how-to-get-rid-of-roaches-without-harming-you, Accessed Jun 16 2022.
  4. Keep Cockroaches Out of Your Home, https://www.cccleanwater.org/userfiles/documents/files/256/Keep-Cockroaches-Out-of-Your-Home-OWOW-March-2016.pdf, Accessed Jun 16 2022.
  5. Attacking Cockroaches With Better Science, https://www.northcarolinahealthnews.org/2017/11/17/attacking-cockroaches-with-better-science/, Accessed Jun 16 2022.

Versi Terbaru

03/08/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ahli Keluarga Ada Menghidap Alahan? Ini Cara Terbaik Untuk Bersihkan Rumah

Hanya 20-Minit untuk Membersihkan Rumah. Ini Caranya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan