Ia biasa datang tanpa diundang dan pergi tanpa diusir. Namun jika terlalu banyak, ia pasti akan membuatkan persekitaran sekeliling anda itu terjejas. Di sini kami akan kongsikan cara halau cicak dalam rumah yang sudah pasti sangat efektif!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.
Cicak, antara spesies haiwan yang kotor?
Sebagai individu yang beragama Islam, kita semua disunatkan untuk membunuh haiwan perosak dan cicak adalah salah satu daripadanya. Adakah ini disebabkan cicak itu haiwan yang kotor?
Untuk pengetahuan anda semua, cicak termasuk dalam kategori haiwan yang kotor sama seperti tikus, lipas, lalat dan lain-lain. Jadi, penghapusannya memang sangat disarankan.
Ini kerana cicak yang melekat pada dinding rumah sering mengeluarkan najisnya yang kemudian akan mengotorkan lantai, tingkap, pintu atau langsir dan ini boleh menjejaskan hidup.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Cik Ti Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!
- Terbau Tahi Tikus Di Rumah? Ini 6 Tanda Kediaman Anda Sudah Jadi Sarang CIK TI!
Selain sakit mata melihat dan pedih hidung menghidu, tahi cicak yang terdedah pada kulit individu juga akan menjejaskan aspek kebersihan dan kesihatan tubuh badan. Maka, adalah sangat penting untuk ia disingkirkan sebelum datang mudarat tersebut.
Persoalannya, bagaimana cara halau cicak dalam rumah? Tenang, kami ada solusi khas buat anda.
Haiwan kecil ini juga bawa banyak penyakit!
Sehubungan di atas tadi, kita juga perlu tahu bahawa cicak adalah haiwan yang kotor malah boleh membawa penyakit. Ini kerana wujud mikrob di dalam tubuh badan cicak yang berbahaya.
Pertama, haiwan reptilia termasuk cicak biasanya membawa bakteria seperti Salmonella, Clostridium, Campylobacter, Leptospira dan lain-lain. Ia mungkin boleh menjadi punca pelbagai jenis penyakit terutama yang melibatkan organ kulit, perut dan paru-paru.
Antara penyakit paling umum adalah flu, demam, pening kepala, sakit perut, sembelit, cirit-birit, muntah-muntah dan keracunan. Maka, individu tidak boleh pandang ringan reptilia kecil ini.
Ini dia antara cara halau cicak dalam rumah!
Dalam usaha untuk mengurangkan atau menghapuskan cicak dalam rumah, ikuti petua di bawah:
#1. Jaga kebersihan kediaman anda
Seperti mana ramai sedia maklum, serangga kecil seperti lalat dan nyamuk adalah makanan utama cicak. Dengan memutuskan rantaian makanan reptilia ini, maka ia tidak akan dapat terus hidup.
Caranya, tentu sahaja dengan menjaga kebersihan rumah anda. Ini kerana serangga-serangga kecil gemarkan persekitaran yang kotor dan akan menjauhi kawasan kediaman yang serba bersih.
#2. Guna racun dan perangkap cicak
Di pasaran, wujud racun yang boleh membunuh dan perangkap yang boleh memerangkap cicak di dinding. Cara menggunakan racun dan perangkap ini juga amat mudah yakni melekatkan ia pada dinding yang penuh dengan cicak dan lihat sahaja hasilnya.
Cara halau cicak #3. Cuka
Cicak juga tidak gemarkan aroma yang terlalu kuat dan cuka adalah pilihan paling tepat kerana ia mudah untuk disapukan pada dinding atau tempat lain yang gemar didiami oleh reptilia ini.
Cara halau cicak #4. Bawang
Selain cuka, bawang putih atau merah turut boleh membawa manfaat sama, tetapi ia tidak perlu dihancurkan atau dicalit pada dinding. Cukup dengan meletakkannya di lokasi cicak gemar bersembunyi.
Cara halau cicak #5. Lemon
Lemon juga mampu berfungsi sama dengan di atas tadi. Tambahan itu, sifat asidik buah sitrus ini boleh membuat tubuh badan cicak menjadi pedih lantas menjauhi kawasan yang diletak lemon.
#6. Baiki kerosakan kediaman anda
Cicak amat gemar bersembunyi di celahan dan rekahan yang biasa wujud pada tingkap, pintu atau dinding rumah. Ia juga boleh menjadi laluan mereka untuk keluar masuk ke dalam rumah.
Maka, anda perlu baiki setiap celahan dan rekahan tersebut dengan cara menutup atau menampal ia dengan bahan yang sesuai seperti plaster, silikon, urethane atau pita pelekat yang biasa.
#7. Elak susun perabot dengan rapat
Petua seterusnya adalah individu perlu mengelak daripada menyusun perabot di dalam rumah itu dengan terlalu rapat ke dinding kerana cicak gemar mendiami kawasan belakang perabot terutama almari, cermin, jam dan lain-lain yang tinggi lagi besar.