Trend ‘Blackout Tattoo’: Adakah Selamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/04/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Tatu merupakan salah satu seni dan ekspresi dalam dunia moden sekarang ini. Kebanyakannya cantik, sangat berkuasa dan mempunyai maksud yang tersirat di dalamnya. Namun begitu, trend terbaru telah muncul dan ia menyebabkan banyak kontroversi. Ia dipanggil sebagai “The Blackout Tattoo’. Ramai yang terkejut dan berlaku perdebatan tentang kesannya kepada tubuh seseorang individu. Ada golongan yang mengatakan ia hanyalah tatu jenis lain yang tidak membahayakan, terdapat sesetengah yang lain pula mengatakan bahawa mempunyai tatu pada sebahagian besar tubuh badan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kulit. Jadi, adakah trend ‘Blackout Tattoo’ ini bahaya? Teruskan membaca untuk mendapatkan jawapannya!

Kenapa trend ‘blackout tattoo’?

Tatu adalah satu komitmen sepanjang hayat dan sebahagiannya dilakukan tanpa berfikir panjang. Oleh sebab itu, ada individu menjalani rawatan laser untuk menanggalkan tatu. Malangnya, teknologi yang digunakan itu sangat mahal dan memerlukan lebih dari satu temu janji untuk menanggalkan tatu yang tidak diingini tersebut sepenuhnya.

Disebabkan itu ‘blackout tattoo’ dicipta. Alasan paling biasa yang diberikan oleh orang yang melakukan ‘blackout tattoo’ adalah untuk menyembunyikan tatu yang lama. Ia lebih murah dan lebih mudah apabila ia boleh menyembunyikan segalanya. Tambahan pula, artis tatu juga boleh meletakkan beberapa reka bentuk pada ‘blackout tattoo’ tersebut. Namun begitu, ada juga orang yang melakukan tatu tersebut hanya kerana keunikannya.

Untuk mendapatkan ‘blackout tattoo’ yang sempurna, seorang artis akan menghabiskan sekurang-kurangnya 20 jam untuk keseluruhan lengan. ‘Blackout tattoo’ mengambil masa yang lebih lama bagi artis mewarnakannya dan untuk pelanggan sembuh. Selain itu, kosnya juga lebih mahal jika dibandingkan dengan tatu biasa kerana kebanyakan artis mengenakan caj berdasarkan masa bekerjanya. Tatu biasa boleh dikenakan kos sebanyak 100-200 dolar manakala ‘blackout tattoo’ boleh dikenakan kos sebanyak sehingga 10000 dolar.

Dakwat, mesin dan cop yang digunakan mungkin sama, tetapi ia sangat menyakitkan walaupun hanya untuk menyiapkan satu sesi. Kebiasaannya, satu sesi mengambil masa sehingga 5 jam tanpa henti. Mendengarnya sahaja sudah membuat kita rasa tidak selesa, dan sememangnya proses tersebut sangat menyakitkan.

Kesan trend ‘blackout tattoo’ terhadap kesihatan

Seperti tatu yang lain, memasukkan dakwat ke dalam kulit mendedahkan anda kepada risiko pendarahan, jangkitan dan keradangan. Namun begitu, ia boleh menjadi lebih teruk dengan ‘blackout tattoo’.

Walaupun kebanyakan artis mengaku hanya menggunakan dakwat yang dibenarkan tetapi masih ada juga yang menggunakan dakwat campuran. Dakwat campuran mengandungi plumbum kromat, kobalt dan bahan-bahan lain yang bahaya dan sepatutnya tidak berada di dalam sistem tubuh badan anda.

Pada masa yang lain, apabila anda perlu bertemu dengan doktor dan menjalani ujian pengimejan seperti pengimejan resonan magnetik (MRI), ‘blackout tattoo’ boleh mengganggu hasil keputusan dan boleh disalah anggap sebagai tisu kanser. Ramai individu juga yang mengalami rasa terbakar dan bengkak sewaktu menjalani imbasan MRI.

Lebih penting lagi, sesetengah individu mempunyai kulit sensitif dan boleh memberi tindak balas alahan apabila cuba untuk melakukan ‘blackout tattoo’. Dalam kebanyakan kes, kulit menjadi rosak dan bertukar menjadi parut. Bagi kes yang lebih teruk, tatu tersebut boleh menjadi gatal, kemudian kemerah-merahan ,rasa terbakar dan akhir sekali menjadi lepuh.

‘Blackout tattoo’ sememangnya menjadi perhatian di internet dan semua orang membincangkan baik dan buruknya, Apa pun alasan anda untuk melakukan ‘blackout tattoo’, ingatlah untuk berfikir, rancang dengan teliti, belajar dan persiapkan diri anda untuk sebarang  kesan sampingan yang mungkin berlaku serta potensi risikonya. Ini adalah kerana apabila anda melakukannya, ia akan menjadi sebahagian hidup anda untuk selamanya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin ingin membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    tatu badan

    Cara Membuang Tatu Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 13/09/2018 . 3 minit bacaan